Monday 24 June 2013

~ MR.L DALAM HATI 8~


Assalamualaikum. Salam Nisfu Sya'ban. Moga kita menjadi insan yang lebih baik dari semalam. Atas kesempatan ini saya mohon maaf atas segala salah silap andai ada terguris rasa dengan cerita saya ni ye. Sesungguhnya ianya hanya rekaan semata-mata. (>,^)V
Ohye, sekarang ni jerebu teruk kan? Harap kawan2 semua jaga kesihatan, kurangkan aktiviti luar. Tutup hidung dan mulut bila nak keluar tu ek. Minum air banyak2. Sama2 kita berdoa moga Allah turunkan hujan. Allah takkan jadikan sesuatu perkara tu tanpa sebab. Sama2 kita muhasabah diri ek. Panjang pulak membebel. Ok enjoyz dengan Bab 8 ni. Terkejut tak terkejut tak? Baru 2 hari lepas naik Bab 7, harini naik pulak Bab 8 kan... Hehehe... mood nak menulis tengah ada ni, jangan ditegur. kehkehkeh ;D


 

BAB 8


 
            Hari ini Haz sangat sibuk. Sepanjang di pejabat dia hanya fokus pada kerjanya. Facebook pun dia tidak buka langsung! Banyak kerja yang perlu dia siapkan.
            Sedang Haz khusyuk menyiapkan kerja-kerjanya…
            ‘Tok tok tok!’ Bukan bunyi pintu diketuk. Tetapi bunyi mesej yang masuk dekat telefon bimbitnya. Haz membuka mesej tersebut.
Shima > Weh ape cite?
Haz > Cte ape?
Shima > Mamat Honda? Ruzain?
Haz > Xde ape citenyelah! Dun worry laling. Ade cte baru, haku hapdet hokek? =)
Shima > Wokeh! Good (thumbs up)
            Haz kembali menghadap kerja-kerjanya. Mr. Jimmy mahu kerja itu siap pada hari ini juga. Terpaksalah Haz ‘puasa’ Fb dan ‘ber-mesej-mesej-an’ dengan kawan-kawan.
‘Kerja diutamakan, kawan-kawan dikemudiankan. Hehe.’ Desis hatinya. Haz tersengih sendiri.
“Wani!” Tiba-tiba bergema suara Mr. Jimmy dari pintu biliknya.
“Oh mak kau!” Terpelanting pen di tangan.
“Yes boss!” Haz menjawab lekas-lekas panggilan boss-nya itu. Kepala didongak memandang Mr. Jimmy di muka pintu biliknya.
“Masuk bilik I sekejap. Bawak drawing sekali!” Arah Mr. Jimmy, sebelum berlalu masuk ke dalam biliknya.
“Ok Mr. Jimmy. 1 minute!” Haz cepat-cepat mengambil apa-apa yang patut.
“Amboi main seru-seru direct je sekarang boss aku ni! Oh lupa pulak meja aku tak ada intercom.” Haz menggumam sendiri.
“Wanie, faster!” Sekali lagi kepala Mr. Jimmy terjengul di muka pintu.
“Ok ok!” Haz segera berlalu ke bilik Mr. Jimmy.
“Hisyyy! Tak sabor-sabor!” Sempat lagi Haz merungut.
***
Usai solat maghrib, Haz meluangkan masa membaca Al-Quran. Begitulah kelazimannya jika ada masa terluang, pasti dia akan membaca Al-Quran. Paling-paling tidak pun, surah-surah amalan seperti surah Al-Waqi’ah, Al-Mulk, Al-Kahf mesti menjadi bacaan hariannya. Tiada lain yang dipinta oleh Haz, moga dia dan keluarga sentiasa dipelihara oleh yang Maha Esa, sentiasa dimurahkan rezeki, terhindar dari segala fitnah, dan mendapat kesenangan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Pada hari ini dapatlah Haz menghabiskan bacaan Al-Quran hingga enam muka. Terasa lapang hatinya.
Habis mengalunkan bacaan ayat-ayat suci, Haz menunggu masuk waktu Isyak. Dia mengajak ibunya berjemaah bersama. Lalu Haz menuju ke bilik ibunya.
“Mak, jom jemaah.” Pelawa Haz.
“Mohle.” Makcik Hazimah laju bersetuju.
Maklumlah, solat berjemaah bukankah lebih banyak kelebihannya. Sememangnya amat digalakkan.
Dalam hati Puan Hazimah, merasa amat bersyukur kerana mempunyai anak-anak yang taat pada suruhanNya. Walaupun keadaannya kadangkala sedikit uzur, tidak dapat hendak berjemaah selalu di surau, dia amat bersyukur kerana berpeluang melakukannya di rumah dengan anak bongsunya.
Seperti biasa, Haz menjadi imam dan ibunya menjadi makmumnya.
Selesai berwirid, tangan ditadah memohon doa kepada Allah. Selesai bacaan doa, tangan ibunya dicium, kedua-dua pipi dan dahi ibunya dikucup penuh kasih. Apabila tiba saat-saat sentimental begini mulalah Haz terasa mahu menitiskan air mata. Tidak dapat dibayangkan hidupnya jika ibunya tiada di sisinya lagi. Bagaimanapun air mata ditahan. Control ‘macho’ di hadapan ibunya.
Sedang Haz melipat telekung dan sejadah, Puan Hazimah bertanya. “Nak makan ke Wani?”
“Hah? Tak naklah mak. Orang dah makan dah balik kerja tadi. Mak lupa ke?” Jawab Haz.
“Manalah tau kut kamu nak makan lagi.” Puan Hazimah tersengih.
“Agak-agaklah mak. Nak orang jadi tembun ke? Makan je kojenye…” Haz tau ibunya sengaja mengusik.
Puan Hazimah hanya ketawa. Sengaja dia mengusik anak bongsunya itu. Dia sendiri pun sudah makan bersama-sama Haz lewat petang tadi. Baik mak baik anak, sama-sama menjaga kesihatan kononnya. Makan malam mereka selalunya jam 6.00 atau 7.00 malam. Kadang-kadang sahaja makan malam mereka agak lewat. Itupun kalau sudah terasa lapar sangat. Tinggal berdua, mak, anak sama saja kerenahnya.
Itu yang Haz suka sangat! Ibunya melayankan sahaja kerenahnya. Bila terasa mahu makan burger, ibunya turut di suruh makan sama walaupun itu bukanlah kegemaran Puan Hazimah. Puan Hazimah tetap makan walaupun sebelum makan, mayonese pada burger akan dikuis keluar terlebih dahulu. Memang Puan Hazimah tidak ‘masuk’ makanan-makanan western dan fast food ini! Termasuklah cheese, susu, mentega, yogurt, mayonese, semuanya sudah dipangkah awala-awal oleh ibu Haz.
Kemudian kedua-dua beranak itu menonton televisyen bersama-sama. Sambil-sambil itu, bermacam-macam cerita yang mereka borakkan. Dari kisah drama TV yang ditonton sehinggalah kisah keluarga mereka.
Sedar-sedar jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam. Mata Haz pun sudah mula layu. Kalau banyak kerja di pejabat, beginilah kedaannya. Malah kalau penat yang melampau-lampau, selepas solat Isyak, jam 9.00 pun dia sudah masuk tidur.
Seperti biasa zikir tidur dibaca bagi menghindari gangguan jin dan syaitan. Semasa badan sudah rebah ke katil, kepala sudah mencecah ke bantal, Haz tiba-tiba teringatkan kata-kata Ruzain di Restoran Old Town White Coffee tempoh hari.
“Saya mintak maaf bagi pihak kawan saya ni. Dia tak ada niat tak baik pun. Biasalah perangai lelaki ni pelik-pelik sikit time nak mengorat awek.” Terngiang-ngiang suara Ruzain ditelinganya.
“Maksud awak?” Balas Haz.
“Eheh. Takkan awak tak faham? Takpe. Nanti awak akan faham.” Ruzain berkata lagi.
“Sapa mengorat sapa ni?” Tiba-tiba Fahmi menyampuk. Pelik Fahmi apabila Ruzain berkata begitu kepada Haz.
“Errr… Kami balik dululah ye. Assalamualaikum. Jom Mi!” Lekas-lekas Ruzain meminta diri.
Haz memikirkan kata-kata Ruzain. Penjelasan Ruzain tidak jelas langsung! Tergantung! Penjelasan apa macam tu?
‘Mamat Honda suka dekat aku ke?’ Detik hati Haz.
“Isy isy! Semak otak!” Tangan Haz tergawang-gawang menghalau bayangan dan persoalan yang berlegar dalam kepalanya.
“Wani! Kamu halau apa tu?” Suara Puan Hazimah kedengaran dari bilik sebelah.
“Eh dengar pulak mak aku ni!”
“Hah! Tak ada apa mak! Halau nyamuk.” Itu yang terlintas dalam kepala pada ketika ini.
“Macam-macam kamu ni!” Kedengaran lagi suara Puan Hazimah.
Haz tersengih sendiri. Mata terus dipejam. Sekejap sahaja dia sudah belayar entah ke mana-mana. Orang letih katakan.
***
Sementara itu, petang selepas kerja hari yang sama, Ruzain dan Fahmi pergi ke Fever Fitness yang merupakan sebuah gym yang terletak di tingkat 5 Menara Megah. Sudah lama tidak workout kata Ruzain. Dia tahu mengenai gym itupun selepas menerima flyers daripada pekerja hotel tempoh hari.
Ruzain menumpukan sepenuh perhatian pada mesin-mesin dan segala peralatan senaman di hadapannya. Dia amat teruja melihatkan peralatan-peralatan di Fever Fitness itu. Tidak sabar-sabar dia hendak menggunakannya selepas beberapa lama dia tidak exercise. Asyik sibuk sahaja di pejabat sampai tidak ada masa untuk bersenam. Inilah masa dia mahu membalas dendam. Dia mahu bersenam sepuasnya.
Ruzain berlari di atas treadmill. Bermula dengan perlahan-lahan, dan semakin lama semakin laju lariannya.
Fahmi pun turut sama berlari di sebelah Ruzain. Sambil bersenam, mulut pun turut sama bersenam.
“Weh, apesal kau cakap macam tu dekat Wani hari tu?” Tanya Fahmi.
“Cakap apanya?” Soalan dibalas dengan soalan juga.
“Yang kau kata tu cara lelaki mengorat la apa la… Kang Minah tu ingat aku syok kat dia.” Fahmi mengenangkan kembali  tentang percakapan Ruzain kepada Haz.
“Fuh. Fuh. Fuh.” Turun naik nafas Ruzain sambil berlari.
“Oi! Kau memang macam ni kan! Selalu nak elak soalan! JAWAB! Aku belasah kau dengan dumbbell tu karang!” Fahmi sudah menaikkan pitching-nya. Bosan apabila soalan dijawab dengan soalan. ‘Ingat main soal menyoal Super Spontan ke?’ Gumam hatinya.
“Uiii… Garangnya. Takut aku. Hahaha. Memang itupun tujuan aku.” Ruzain terus ketawa.
“Tujuan apa?” Encik reporter a.k.a Fahmi bertanya lagi.
“Memang aku nak Wani tau yang kau syok dekat dia. Haha.” Dengan muka tak bersalah Ruzain menjawab.
“Kau gila ke Zain?” Fahmi terkejut dengan kata-kata Ruzain.
“Hahaha. Relax la… Wani tu okay apa. Apa salahnya aku carikan jodoh untuk kau. Hahaha.” Ruzain terus tergelak besar.
“Jodoh aku ke jodoh kau? Cakap cantik sikit…” Fahmi perbetulkan statement Ruzain.
Ruzain terus memeperlahankan lariannya dan terus menamatkan lariannya. Fahmi pun turut melakukan perbuatan yang sama. Cerita dari mulut Ruzain lebih menarik perhatiannnya dari bersenam di gym ini.
Selepas turun dari mesin treadmill itu, Ruzain menuju ke arah rak untuk mengambil botol air. Air diteguk dengan rakus. Dia meregang-regangkan ototnya sebelum mahu meneruskan exercise dengan equipment yang lain.
Ruzain menarik Fahmi mendekatinya. Dia membisikkan sesuatu ditelinga Fahmi. Fahmi terus membuat muka terkejut tidak percaya.
“Kau gila ke?” Kata Fahmi.
“Kau buat je la…” Balas Ruzain.
Fahmi berfikir sebentar. “Ooo…kay… Manalah tau memang betul jodoh aku kan… Haha…” Lambat-lambat, akhirnya Fahmi bersetuju.
“Kahkahkah! Bab-bab menggatal ni bagi dekat kau!” Ruzain sudah tergelak-gelak sambil menggeleng-gelengkan kepala.

5 comments:

  1. cepat kak... nak bab 9 .... hihihihi ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hamboii...hehe..akan d usahakan secepat mungkin! =)

      Delete
  2. Salam Ramadhan dan selamat berpuasa..

    Nak kad raya? jom join GA ni.. ^_^

    Jemput join.. ^_^

    http://kampung-kameq.blogspot.com/2013/07/ga-kad-raya-2013-by-ejulz.html

    ReplyDelete
  3. phewitttt!!!adakah ini cinta??bluppp3x ske2..xsbr na tggu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waahhhh....akhirnye muncul jugerk adikku ini... x sabar ke? miahaha...xtau ble nk smbung. Berganda kesibukan d bulan Ramadhan. Sampai ke malam. hehe. Akan cube cari2 n selit2 diri dalam masa yang sangat2 mencemburuiku...ewahh...haha. bluppp88x. adakah ini cintaaa??? haha ;p

      Delete