Sunday 23 June 2013

~ MR.L DALAM HATI 7~


Assalamualaikum. Morning! Umpecakk!!!hehe. Wajah terbaru blog saya! Hasil pertapaan, sempat meng-renovate blog!hehe. Comey x kakt000nn??? ;p  Saat saya menaip ni, pukul 12.34am yer. Hehehe...Lame bebenor bertapenye ye???tiada kate lain melainkan maaf semata-mata. Banyak perkara yg nk di setelkan. Apa2pun besar harapan saya dapat menyiapkan sehingga 3 atau 4 bab lagi sebelum Ramadhan. Sebabnya, pada bulan yg mulia itu, kemungkinan utk blog bersawang kembali sememangnya ade. hehe.Sbb aktiviti penuh sampai ke lewat malam. =) Untuk hari ini, terutama bg yg belum beradu tu, sudi2kanlah membaca yer... tq jika ada yg menanti n3 terbaru... (perasan ;p)

p/s: sudi2 jugak jengukkan diri anda ke page waniezshopz saya yer... cer tgk ok x? isinya akan bertambah dari semasa ke semasa. thanx... =)



 BAB 7


Di dalam pejabat, Ruzain merenung ke luar jendela sambil menyeluk tangan ke dalam kocek seluarnya. Begitu kacak sekali dengan kemeja jalur lengan panjang jenama G2000 berwarna biru dipadankan dengan seluar coklat gelap. Lengkap dengan tie maroon dari jenama yang sama, dan kasut kulit jenama Clarks. Terserlah karismanya sebagai jejaka bekerjaya lagi bergaya. Kepala Ruzain sarat dengan bermacam-macam perkara yang difikirkan. Dengan hal kerja yang tidak habis-habis, masalah untuk mendapatkan rumah sewa di Teluk Intan lagi. Mujurlah ada si Fahmi sahabat baiknya itu. Di rumah ibu Fahmilah Ruzain menumpang sepanjang dia berada di Teluk Intan bagi memantau projeknya.
Fahmi memang berasal dari Teluk Intan. Sekarang dia bekerja sebagai Engineer di Kuala Lumpur. Dia dipaksa oleh Ruzain untuk mengambil cuti semata-mata bagi menemankannya ke Teluk Intan. Huh, bukan sekadar teman, tetapi juga sebagai driver tidak bergajinya. Maklumlah Ruzain tidak mahir lagi jalan-jalan di sini. Dia terpaksa akur datang ke sini atas arahan boss-nya demi memantau projek terbaru syarikatnya. Lagipun lebih manis Fahmi bersamanya. Takkanlah Ruzain mahu tinggal berdua-duaan dengan ibu Fahmi yang tinggal berseorangan. Bapa Fahmi telah meninggal dunia 3 tahun yang lalu. Adik lelaki Fahmi, Syafiq masih berada di asrama. Kalau hujung minggu adalah dia pulang ke rumah.
Ruzain masih meneruskan renungannya. Dan-dan-dan, dalam tiga empat hari ini, bertambah satu lagi perkara yang asyik difikirkannya. Hendak kata masalah buat dirinya, tidak juga, hendak kata suatu bebanan buat dirinya tidak juga dan hendak diabaikan pun tidak boleh juga. Itu yang agak berserabut sedikit kepalanya.
“Hoi!” Tiba-tiba sergahan dari Fahmi dengan tepukan yang agak kuat pada bahunya mematikan lamunannya.
“Arghhh!!!” Ruzain yang amat terkejut sudah memegang dadanya seperti menahan sakit yang amat sangat. Dirinya menjadi tidak seimbang dan mula hendak terjelepuk jatuh ke lantai. Mujur sempat dipaut oleh Fahmi.
“Eh eh! Kau ni kenapa? Zain?” Fahmi sudah berpeluh-peluh menahan cuak. Jantungnya turut berdegup laju dengan tiba-tiba.
“Mmm…Mmm…Mi…” Tersekat-sekat suara Ruzain memanggil Fahmi.
“Weh Zain, kau kenapa ni? Jangan buat aku cuak boleh tak? Aku sergah sikit je, takkan kau sakit sampai macam ni?” Fahmi berkata sambil memangku kepala Ruzain. Terdetik juga dalam hatinya yang Ruzain hanya mepermain-mainkan dirinya. Tetapi demi melihatkan keadaan Ruzain yang betul-betul dalam kesakitan membuatkan dia diserbu rasa bersalah, mengelabah, malah dia pun turut rasa mahu rebah.
“Mmm…Mi. Kalau jadi ap...apa pada aku, kau sampaikan salam pada abah dan mak aku ye. Ca…ca…kap dengan dia orang aku sayang sangat dengan dia orang. Aku mintak maaf sangat-sangat sebab tak dapat jadi anak yang terbaik.” Ruzain menyampaikan pesan dengan suara yang tersekat-sekat menahan sakit di dada. Seperti tahu ajalnya hampir tiba.
“Arghhh! Ya Allah! Kenapa dengan kawan aku ni ya Allah. Selamatkanlah dia ya Allah.” Fahmi sudah meraung, risau melihatkan keadaan sahabatnya itu. Dia buntu tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Semuanya berlaku secara mengejut. Memang tidak dijangka sama sekali dia akan berdepan dengan keadaan seperti itu. Niatnya tadi hanya mahu bergurau dan mengejutkan sahabatnya itu yang asyik mengelamun. Tetapi lain pula yang terjadi. Dia percaya dengan ketentuan Tuhan, bila-bila masa sahaja nyawa akan diambil, tidak lambat atau awal walau sesaat. Tetapi sumpah dia belum bersedia untuk kehilangan sahabat baiknya ini. Sepanjang pengetahuannya Ruzain tidak mempunyai apa-apa penyakit.
“Mm…Mi kau janji dengan aku…” Ruzain membuat permintaan lagi.
“Ye ye, aku janji Zain.” Fahmi sudah meleleh-leleh air matanya. Mengenangkan dia akan kehilangan sahabatnya, mengenangkan rasa bersalahnya lagi. Sesungguhnya Fahmi tidak akan memaafkan dirinya atas apa yang berlaku.
“Kkk…kau janji dengan aku…” Ruzain berusaha sedaya upaya menuturkannya.
“Takpa Zain, slow-slow, aku dengar ni.” Kata Fahmi sambil mengusap wajah Ruzain.
“Kau janji dengan aku…” Wajah Ruzain berkerut-kerut dan matanya turut terpejam-pejam menahan kesakitan tatkala menuturkan kata-kata tersebut.
“Ye Zain…” Fahmi sudah mendekatkan telinganya pada mulut Ruzain supaya sahabatnya itu tidak bersusah payah menguatkan suara. Cukup dengan hanya berbisik.
“Kkk…kau janji dengan aku… Yang kau…” Kepala Fahmi dipegang kejap oleh Ruzain.
“Kau tak payah POYO sangat nak meleleh-leleh air mata bagai!!! Kahkahkahkah!!!” Ruzain terus menolak keras kepala Fahmi ke tepi sambil ketawa berdekah-dekah. Perkataan  ‘POYO’ ditekankan tanda mengejek si Fahmi. Dia terus bangun dan duduk sambil menekan-nekan perutnya, tidak tahan dia melihat wajah Fahmi yang berendam air mata itu.
Fahmi yang sedang dalam mode pilu sepilu-pilunya di mana kalau Puteri Gunung Ledang mensyaratkan 7 tempayan air mata pasti Fahmi dapat sediakan, terus terhenti cucuran air matanya. Laju dikesat dengan belakang tangan.
“Kurang ajar kau Zain!!!” Fahmi menghamburkan geram kepada Ruzain. “Bukkk!!!” Satu tumbukan padu mengenai bahu Ruzain yang tidak sempat mengelak.
“Kahkahkah! Adoi! Adoi! Woi sakitla woi!” Ruzain mengaduh sambil tidak henti lagi ketawanya itu. Tangannya sudah menggosok-gosok bahunya yang sengal ditumbuk sahabatnya itu.
 “Aku tak puas hati dengan kau! Alang-alang nak mati sangat, meh aku tunaikan hajat kau!!! Hiyarrghhh!!!” Tidak cukup dengan itu, Fahmi laju meluru ke arah Ruzain mahu mencekiknya tetapi Ruzain sempat menahan tangan Fahmi.
“Hahaha! Woi relax bro! Kau yang mulakan dulu!” Ruzain mencekak pantas tangan Fahmi yang mahu mencekiknya.
“Apehal aku pulak?” Fahmi bertanya sambil tangannya masih dalam genggaman Ruzain.
“Ai, kau tu dengan masuk tak bagi salam, terus-terus sergah aku sapa suruh!” Ruzain menghamburkan geramnya kepada Fahmi.
“Eleh! Dah kau tu aku tengok khusyuk sangat melayan perasaan. Termenung panjang tengok luar tingkap tu! Apa yang dimenungkan pun aku tak tau!” Fahmi mencebik.
“Hahaha. Sukati aku la!” Ruzain ketawa tak bersalah..
“Eee… Isy! Isy! Isy! Lepasla tangan aku ni oi! Geli pulak aku kau pegang-pegang ni! Nampak dek orang ingat aku scandal dengan kau pulak! Hisyyy!!!” Fahmi menyentap tangannya dari pegangan Ruzain.
“Hahaha. Kau ingat aku hadap sangat nak pegang tangan kau? Phuiii!” Ruzain pura-pura meludah.
“Eh tapikan aku tetap rasa nak bunuh kau sekarang jugak tau tak! Kau agak-agak la nak bergurau pun. Tak ada idea lain dah ke?” Tidak sabar-sabar Fahmi hendak ‘membunuh’ si Ruzain.
“Hek eleh. Relax bro! Sejak bila tak boleh bergurau pulak ni?” Balas Ruzain.
Relax kepala hotak kau! Benda hidup mati ni bukan boleh buat main tau!” Asap sudah mula keluar dari telinga Fahmi.
Ruzain hanya tersengih. Taulah dia handle si Fahmi ni. Bukan lama pun marahnya…
***
Selepas keadaan reda, Fahmi dan Ruzain pergi melepak di kedai mamak berhampiran. Mahu membasahkan tekak setelah berperang mulut tadi.
Hari minggu semalam, semasa mereka pusing-pusing melawat kawasan mencari rumah sewa untuk Ruzain, Fahmi ada bertanya mengenai penjelasan Ruzain pada Wani. Tetapi Ruzain hanya mensenyapkan diri. Hari ini Fahmi kembali bertanya.
Sedang Ruzain tekun menghadap surat khabar di atas meja restoran itu, Fahmi bertanya. “Oi apa yang kau menungkan tadi?”
“Hah? Mana ada!” Ruzain kembali menumpukan perhatian kepada berita-berita dalam dan luar negara di hadapan matanya itu.
 “Ek ele. Kau ingat aku baru kenal kau semalam ke? Aku tau kau ingatkan sapa.” Fahmi cuba pancing perhatian Ruzain.
Dengan senyum senget, Ruzain membalas, “Eheh, sapa? Ape benda la kau ni! Merepek!”
“Wani kan…” Tebak Fahmi sambil angkat-angkat kening.
“Wani mane pulak niii…” Ruzain jawab meleret tanda malas melayan.
“Em… Dan dan le pulak tak kenalnya!” Fahmi mula meluat.
Ruzain terus menyelak akhbar dari satu muka surat ke satu muka surat. Bukan ada berita yang hendak dibacanya. Semua yang penting-penting telah lama habis dibacanya. Sengaja malas hendak melayan soalan Fahmi.
“Eh Zain kau tak jawab lagi soalan aku!” Fahmi mengulang soalan.
“Soalan ape bendanya? Haisy kacau aku nak menelaah je kau nih!”  Ruzain cipta alasan lagi.
“Selagi kau tak jawab soalan, jangan harap mulut aku nak diam!” Fahmi mengugut.
Tetapi ada Ruzain kisah? Sikit pun dia tidak peduli.
“Eh kau da habis minum ke? Aku nak masuk office balik ni!” Ruzain lekas-lekas bangun menuju ke kaunter.
“Woi! Jawab la woi! Nak lari pulak dia!” Tangan Ruzain ditarik supaya duduk kembali.
“Isy ape tarik-tarik orang ni? Aku ada kerja nak buat lah! Kau takpelah cuti!” Ruzain bangun semula.
“Oi cuti pun sebab kau tau!” Sesi soal menyoal, jawab menjawab masih berterusan.
Ruzain lekas-lekas berlalu menuju ke kaunter sebelum Fahmi menarik tangannya semula. Lebih baik dia berlalu dari situ secepat mungkin sebelum Fahmi lontar lagi soalan cepu cemas!
“Aku tak habis minum lagi lah! Kau tak payah tunjuk sangatlah gaya kau mengelak jawab soalan tu!” Tergesa-gesa Fahmi menghabiskan baki teh tariknya.
Ruzain terus berlalu meninggalkan Fahmi di belakang.
“Woi! Tunggu la aku woi!” Termengah-mengah Fahmi mengejar Ruzain di hadapan.
“Penat lari bang…” Suara ala-ala lelaki ayu sudah keluar, memerli Fahmi.
“Penat la. Siot betul kau ni! Tadi main elak-elak jawab soalan. Ni main lari-lari pulak!” Fahmi tercungap-cungap. Nak muntah pula dia rasa. Terasa muak lepas minum teh tarik, kemudian tergesa-gesa berlari mengejar Fahmi.
“Padan muka kau!” Itu yang dibalas oleh Ruzain.
“Tak guna! Apa punya kawan macam gini ni!” Fahmi buat muka sedih minta simpati.
“Hahaha. Kau tak payah nak buat muka kesian sangatlah dekat sini. Tak jalannya dengan aku.” Ruzain tersenyum sinis.
“Yelah. Sapelah aku.” Drama muka ‘seposen’ Fahmi masih keudara.
“Hahaha! Dah Dah! Mi kau pergilah balik dulu. Aku nak masuk office ni. Petang karang lepas aku habis kerja kita jumpa. Chow!” Ruzain menepuk bahu Fahmi dan terus berlalu.
“Oi blah gitu aje? Takda laga-laga pipi ke? Peluk cium ke? Hahaha!” Terangkat-angkat tangan Fahmi bertanya.
Ruzain terus berlalu tanpa berpaling memandang Fahmi. Sempat dia mengangkat genggaman penumbuknya ke atas biar Fahmi nampak.
Berdekah-dekah Fahmi ketawa. Kemudian dia pun turut bergerak ke keretanya.

4 comments:

  1. Siannya Fahmi kena main dgn Ruzain.. habis air mata lelaki.. hihihihi...

    ReplyDelete