Thursday 11 April 2013

~ MR.L DALAM HATI 6~

BAB 6



Habis saja waktu kerjanya pada hari itu, Haz pulang ke rumah. Dia berharap sangat tidak bertembung lagi dengan Mamat Honda itu! Yalah termasuk semalam, sudah tiga hari berturut-turut dia terserempak dengan lelaki itu. Entah apa punya malang nasibnya. Dan yang amat pelik apa yang lelaki itu buat di sini? Sebelum ini tidak pernah pula dia melihatnya.
            Hari Sabtu Haz hanya bekerja half day. Selepas solat Zuhur Haz bersiap-siap untuk keluar bersama rakan-rakannya. Miza, Shima dan Mira telah dihubungi semalam. Kebetulan kesemua mereka berada di Teluk Intan. Bukan main gembira hati Haz apabila semua gang-nya pulang ke kampung halaman. Bukan selalu mereka dapat peluang seperti ini.
            Haz yang sudah diiktiraf oleh Yani sebagai ketua kumpulan itu lantas mencapai telefon bimbitnya untuk menghubungi rakan-rakanya. Saja untuk mengingatkan temujanji mereka. Takut mereka terlupa. Maklumlah Shima dan Mira sudah berkeluarga, banyak perkara yang perlu mereka lakukan. Nak mengharapkan Yani menghubungi mereka memang tidak jadilah mereka keluar nampak gayanya. Berlagak mandor saja lebih.
Tepat jam 2.15 petang, Miza tiba dengan kereta Viva comelnya.
Haz pergi mendapatkan Miza. Mereka bersalaman, berpelukan. Macam setahun tidak berjumpa. Padahal mereka boleh dikatakan kerap juga berjumpa kerana Miza pulang setiap minggu.
“Weh jom la masuk dulu. Panas ni. Shima dengan Mira tak sampai lagi.” Haz mengajak Maz duduk melepak di dalam rumah sementara menunggu rakan-rakan yang lain.
“Ai makcik sorang tu mana? Bukan dia yang beria ajak keluar ni?” Maz bertanyakan kepada Haz tentang Yani.
“Emm… Makcik tu entah apa dibuat tak siap-siap lagi. Aku dah panggil dia tadi. Nak pakai tudung katanya.” Bibir Haz di muncungkan ke arah rumah Yani yang terletak bersebelahan dengan rumahnya.
Sementara itu kedengaran bunyi hon di luar rumah. Kelihatan Shima dan Mira sudah tiba dengan menaiki satu kereta. Shima membawa kereta Gen-2nya.
“Shima! Lamanya tak jumpa kau! Manyak linduuu…” Haz meluru ke arah Shima. Terus mereka berpelukan. Kemudian diikuti giliran Mira pula dipeluk. “Kau pun. Rindu gilerrr!!!”
Kemudian Miza pun melakukan aksi yang sama. Begitulah keakraban mereka. Sudah seperti adik beradik.
“Aku pun rindu gila kat kau Wani, Miza.” Jawab Shima.
“Haah. Aku pun.” Mira menyampuk.
“Assalamualaikum.” Tiba-tiba muncul makcik sebelah rumah. Siapa lagi, Yanilah.
“Waalaikumussalam.” Haz, Shima, Miza dan Mira menjawab serentak.
“Amboi. Terlepas flight ke?” Lambat sampai?” Sindir Mira kepada Yani.
“Hehe. Aah flight terlepas. Terpaksa ambik tiket lain.” Yani tersengih tak bersalah. Mereka bersalaman dan berpelukan.
“Dah. Dah. Jomlah gerak sekarang. Aku dah lapor gila ni. Makan pagi tadi je ni!” Haz memotong percakapan mereka sebelum berlarutan lebih panjang.
Mereka sepakat menaiki kereta Shima. Ngam-ngam mereka berlima. Kereta Shima besar sedikit. Tidaklah berhimpit. Viva comel Maz diparkir di hadapan rumah Haz.
“Eh lupa pulak aku nak tanya. Anak-anak kome mana? Tak bawak sekali ke?” Haz yang duduk di sebelah kerusi pemandu bertanya kepada Shima di sebelahnya dan Mira di belakang.
“Aku tinggalkan dengan ayahnya. Elok pulak dia tegah tidur tadi.” Jawab Shima.
“Aah, aku pun sama. Tinggalkan sekejap dengan papanya. Seronok tadi dia tengah main. Aku keluar senyap-senyap.” Jawab Mira pula.
“Kalau dia orang nangis macam mana?” Tanya Miza pula.
“Isy pandai-pandailah laki aku melayannya. Ini hari girls day out! Dia pun kasi can dengan aku. Haha.” Shima sudah tergelak sakan. Berlagak jadi anak dara seketika. Sama jugalah dengan Mira.
Macam-macam cerita mereka bualkan sepanjang di dalam kereta. Lama tidak berjumpa katakan…
***
            Mereka memilih untuk makan di Oldtown White Coffee. Selesa sedikit. Sementara menanti pesanan tiba mereka sambung bercerita itu dan ini.
            Babe. Apa story baru?” Tanya Shima kepada Yani.
            “Aku tak ada story barunya. Nak story baru kau tanya si Wani ni haaa. Ada je story baru dia.” Jawab Yani.
            “Haah. Haah weh! Dengar sini aku nak cerita.” Begitu bersemangat Haz hendak bercerita kepada kawan-kwannya. Melambai-lambai tangannya kepada rakan-rakannya supaya mereka menumpukan perhatian kepadanya.
            Semua rakan-rakannya sudah duduk merapatkan diri antara satu sama lain. Tidak mahu terlepas cerita yang bunyi macam menarik itu.
            Haz pun mula bercerita dari saat dia ditipu tayarnya pancit sehinggalah ke peristiwa semalam. Dia bercerita bagaimana dia diketawakan oleh Mamat Honda kerana terkial-kial membawa motor dengan berbaju kurung.
            ”Ek ele. Apahal Mamat tu macam bagus sangat? Kau kenal dia ke?” Yani bertanya.
            “Tau takpe! Kau belum tengok lagi muka dia yang confident bagus. Bapak berlagak. Hebat sangatlah tu tayang Honda City dia! Mana ada aku kenal dia!” Haz melepaskan geram. Inilah masanya dia nak meluahkan semuanya. Selepas ni kawan-kawannya sudah tiada di sini. Nak bercerita pun payah sebab jarang-jarang mereka balik.
            “La… Ingatkan kau kenal. Takpe Wani. Kau jangan risau. Lepas ni kalau aku pakai Honda, kau berlagak pulak dengan dia!” Yani menyedapkan hati Haz.
            “Oh kalau ye? Kalau? Maknanya tak confirm lagila kau nak pakai Hondakan? Phui!” Haz membalas kata-kata Yani.
“Haha! Betullah. Aku bagi cadangan nak tolong kau ni.” Jawab Yani lagi.
“Kalu iya pun, dah kenapa aku nak berlagak dengan harta orang pulak dah? Aku sekeh jugak kang kepala kau tu!” Haz geram.
            Yang lain sudah ketawa sakan. Memang kalau Haz dan Yani berjumpa, ada saja yang hendak di gaduhkan. Perkara kecil pun menjadi besar. Gaduh-gaduh manja sebenarnya.
            Sampai sahaja makanan, mereka berhenti bercerita seketika. Memberi peluang kepada perut yang minta diisi. Masing-masing fokus dengan makanan masing-masing. Laksa Oldtown White Coffee memang menjadi pilihan Haz dan rakan-rakan. Tetapi oleh kerana dia lapar nasi, maka dia memilih untuk memesan Hainanese Chicken Chop Rice. Air dia memilih Lime Yogurt Smoothie. Miza hanya memesan Curry Chicken Paratha kerana perutnya masih kenyang. Apabila memesan menu berlainan, mereka turut sama-sama berkongsi dan bertukar-tukar hidangan untuk merasa.
            “Weh tapi kan Mamat Honda tu ada bawak sorang kawan. Masa hari first aku jumpa tak ada pulak aku nampak kawan dia tu. Tapi esoknya aku ada terlanggar dengan sorang Mamat ni dekat lif. Sekali tengok dia naik kereta Mamat Honda tu. Terkezut aku!” Haz tiba-tiba bersuara.
            “Apa? Kau terlanggar sorang Mamat?” Tanya Shima.
            Haz angguk.
“Depan lif?” Miza pula bertanya.
Haz angguk lagi. “Masa tu aku kelam kabut cari kunci dalam beg. Mamat tu pulak kelam kabut keluar dari lif, tu terlanggar tu.” Jawab Haz.
“Ooo…” Kesemua kawannya membulatkan mulut.
Handsome tak weh?” Tanya Mira.
“Emm… Handsome la jugak. Suara sexy gitu.” Haz membalas sambil tersengih gatal.
“Wow wee!!!” Shima sudah tepuk-tepuk tangan.
“Kau ni kenapa beria-ria benor tepuk-tepuk tangan ni?” Yani menebak Shima.
“Hehe… Tak adalah. Mana tau ada jodoh dengan si Wani ni. Hehe…” Shima sudah tersengih-sengih tayang gigi.
“Adakah ini cinta?” Jawab Miza sambil angkat-angkat kening. Nada suara sudah macam iklan TV.
“Kahkahkah!!!” Ramai-ramai mereka ketawa mengusik Haz.
“Cinta hotak kau! Kau ingat ini drama ke? Hahaha!” Haz pun turut sama ketawa.
“Eh tapi antara Mamat suara sexy yang berlanggar dengan kau tu, dengan Mamat Honda tu mana lagi handsome?” Tanya Yani pula.
“Eee… pelisss… Kalau Mamat Honda tu handsome sekalipun, akan terpancar ketidakhensemannya buat dek perangai dia yang menyakitkan hati tu! Babun!” Haz melepaskan geram lagi.
“Hahaha. Ye ye je muke marahnya. Marah sungguh ni! Ketidakhenseman ye. Mana kau belajar BM ni? Kau jangan, nanti benci-benci lama-lama sayang.” Yani mengusik lagi.
“Sayang? Tak payah! Kirim salam banyak-banyak dengan dia! Hahaha!” Haz ketawa lepas. Tidak dihiraukan pelanggan lain yang memandang ke arahnya. Kawan-kwannya pun turut sama ketawa.
“Ehem! Waalaikumussalam.” Tiba-tiba terdengar suara deheman dan jawapan salam yang agak kuat di belakang tempat duduk Haz and the gang duduk. Suara itu seolah-olah mahu menandingi suara gelak tawa mereka berlima.
Kelima-lima mereka menoleh ke belakang.
Terkejut bukan main Haz apabila melihat Mamat Honda si pemilik suara sebentar tadi.
‘Dia dengar ke aku kutuk-kutuk dia tadi?’ Haz berkata di dalam hati.
“Kau kenal ke Wani?” Tanya Shima.
Haz berfikir seketika. Lantas dia bingkas bangun.
Kawan-kawan lain terkejut dengan reaksi Haz.
“Oi kau nak pergi mana ni?” Yani bertanya.
Okay! This is not kebetulan dah!” Wani bersuara geram.
“Amboi. Cakap orang putih sampai haa… Apa hal kau ni? Apa yang bukan kebetulannya?” Yani bersuara lagi.
Haz tidak menghiraukan pertanyaan Yani. Dia terus keluar dari tempat duduknya dan menuju ke arah mamat Honda.
Rakan-rakan yang lain sudah tercengang. Dagu semua sudah jatuh ke lantai. Tidak pernah dibuat Haz macam ini. Pergi serang orang. Lelaki pula tu!
“Assalamualaikum.” Haz mengucapkan kepada mamat Honda dengan suara yang tegas. Nampaknya sahabatnya si mamat suara sexy tidak ada bersama.
“Waalaikumussalam. Jemputlah duduk.” Penuh slumber mamat Honda mempelawa Haz duduk dengan suara yang tenang.
“Aku datang sini bukan nak duduk.” Haz menjawab
“Kalu macam tu jemputlah berdiri.” Kata Mamat Honda itu lagi.
“Kurang asam punya Mamat Honda!” Haz berkata dalam hati.
“Arghhh! Tension-nya aku!” Haz sudah memegang kedua kepalanya. “Kau ni sapa hah? Kenapa masuk hari ni dah empat hari aku asyik jumpa muka kau je? Cari pasal dengan aku je? Aku kenal kau ke? Ke kau kenal aku? Aku ada hutang dengan kau ke?” Haz sudah menunjukkan tanda-tanda mahu bertukar menjadi Incredible Hulk tetapi masih dapat dikawal. Nafasnya saja turun naik menahan kemarahan.
“Weh weh. Apa kena si Wani ni. Jom jom tengok.” Shima sudah bangun dari tempat duduknya untuk mendapatkan Haz. Kawan-kawan yang lain turut sama bangun. Risau pula kalau apa-apa buruk berlaku.
“Eh awak tak ada apa-apa hutang dengan saya. Awak tak kenal saya. Dan saya pun tak kenal awak sebenarnya. Tapi dalam empat hari ni rasanya semakin kenal la kut. Hehe.” Jawab sentiasa main-main saja lelaki seorang ni. Memang menyakitkan hati.
“Dah tu, apesal ke mana je aku pergi ada je muka kau? Kau ikut aku ke?” Haz main tembak saja. Mana tau kena.
Sementara itu kawan-kawan yang lain, sudah mula faham kedudukan sebenar. Mereka sudah dapat mengagak Mamat itulah Mamat Honda yang diceritakan oleh Haz sebentar tadi.
“Mana ada saya ikut awak. Kebetulan je. Eleh! Perasan!” Mamat Honda sengaja menambahkan bara di hati Haz.
“Eee… Kau tau tak aku tengah membara dengan kau sekarang ni? Oh bukan sekarang je. Dari hari kau menipu aku kata tayar aku pancit lagi aku dah bengang dengan kau!” Haz menyembur si Mamat Honda itu lagi.
“Tau…” Itu sahaja yang dijawabnya.
“Itu je yang kau jawab? Apa yang kau tau?” Haz menambah lagi.
“Taulah yang awak bengang dengan saya.” Muka Mamat Honda masih tenang tiada perasaan.
“Ya Allah… Manusia jenis apa kau ni? Tak ada perasaan langsung!” Haz sudah meletakkan kedua-dua tapak tangannya ke atas meja dan mengahadap muka Mamat Honda. Garang renungannya. Rasa macam hendak ditelan saja Mamat Honda itu.
“Err… Excuse me. Sorry ganggu perbincangan kau orang.” Tegur seorang lagi lelaki. Ya sahabat kepada Mamat Honda.
“Perbincangan apanya? Saya datang nak gaduh. Tak ada bincang-bincang dah!” Automatik kata ganti diri bertukar kepada saya. Haz baru perasan inilah lelaki bersuara sexy itu. Nampak santai tetapi masih segak dengan hanya memakai T-shirt berkolar dan seluar jeans.
Yani, Shima, Miza dan Mira sudah bertukar-tukar mengalih pandangan antara Haz, Mamat suara sexy dan juga Mamat Honda. Apa sebenar-benarnya yang berlaku pun mereka sudah pening memikirkannya.
“Wo wo! Sabar awak. Jangan ikutkan perasaan. Sebelum tu saya kenalkan diri saya. Saya Ruzain. Yang ni kawan saya. Orang yang awak bengang sangat ni namanya Fahmi. Err… Awak?” Si Mr. Sexy Voice sudah memperkenalkan diri.
‘Ooo… Ruzain namanya.’ Hati Haz menyebut semula nama lelaki itu.
“Perluke awak tahu nama saya?” Balas Haz.
“Perlu. Sangat perlu!” Balas Ruzain sambil tersenyum manis. Cair. Cair.
“Eh tak perlu kut. Ni saya nak pesan dengan awak tolong nasihat dengan kawan awak ni, jangan asyik nak cari pasal dengan saya. Jangan bagi saya Nampak lagi muka dia!” Haz menyampaikan pesan berbaur amaran kepada Ruzain.
“Err… Sabar cik…” Ruzain menghalakan ibu jarinya kepada Haz sebagai isyarat bertanyakan nama Haz.
“Wani!” Jawab Shima tiba-tiba.
Kawan-kawan yang lain sudah menoleh ke arah Shima. Haz sudah bagi jelingan maut. Punyalah dia beria-ria merahsiakan namanya tadi, Shima sesedap hati saja bagi tahu pada lelaki itu.
“Ah Cik Wani…” Nama Wani meniti di bibir Ruzain.
“Tak payah ber-cik-cik Ruzain. Panggil Wani je dah cukup.” Shima menyampuk lagi.
Haz berasa seperti hendak cekik-cekik saja Shima pada saat itu. Mulut tak reti nak diam dengan tiba-tiba.
“Oh… Sabar Wani. Jangan ikutkan perasaan. Fahmi tak buat apa-apa yang melampau pun.” Ruzain seperti membela kawannya.
“Tak melampau kata awak?” Haz memprotes kata-kata Ruzain.
“Dia kacau saya tengah-tengah jalan raya tau tak? Yang awak boleh biarkan aja duduk diam dekat sebelah dia? Kalau apa-apa jadi, entah saya terjatuh ke apa ke sapa nak bertanggungjawab? Cakap pulak nak menyakitkan hati orang je!” Haz meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap Fahmi. Dengan-dengan Ruzain sekali terkena penangannya.
Ruzain sudah terkedu. Sedar silap sendiri. ‘Padan muka aku!’ Katanya di dalam hati.
“Err… Saya minta maaf. Saya boleh terangkan semuanya.” Balas Ruzain.
“Apa yang awak nak terangkan ni?” Jawab Haz pula.
“Haah! Apa dia? Kita orang nak tau jugak!” Jawab Yani bagi pihak rakan-rakan yang lain. Dia sudah berdiri di antara Shima dan Mira sambil memegang bahu mereka dengan kepala dipanjangkan ke depan. Ketara sangat aksi menyibuknya.
‘Adoi semenjak bila pulak kawan-kawan aku jadi macam gini ni? Dah lah pening dengan perangai dua lelaki ni. Ni bertambah pening dengan perangai kawan-kawan aku!’ Haz bermonolog.
“Cepatlah Ruzain. Terangkan cepat! Kita orang nak dengar ni!” Mira pula mengambil alih untuk bersuara. Tidak sabar-sabar saja lagaknya.
Haz sudah menepuk dahi melihat kerenah rakan-rakannya. Macam mak nenek fikirnya. Kepoh! Rasa seperti mahu melagakan kepala kawan-kawannya di antara satu sama lain.

12 comments:

  1. eewwaahhh...cakpong!!cakpong!!!kahkahahakah

    ReplyDelete
  2. erk! boleh ke babak strusnye .. ke scene lain bkn smbungn nie. hahaha

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. tq kak!!! sukenye akk komen...akhirnya...salah seorang writer yg d minati telah mengomen..hehe =)

      Delete
  4. hahaah mmg rindu sgt kt kuar ramai2 mcm ni kan...rse mcm nk skolah blik lak...tiap2 ptg ak dtg amik ko dgn lagenda oren, n kt merayap kg banjar la, pdg tembak dalam la...kekadang pasar rabu...si lela mesti singgah tmpat asam kan..sooo sweet...best2 bab ni...mengingatkan ak zaman kegemilangan kt semua...wani no mmg LEADER ktorg

    ReplyDelete
    Replies
    1. rindu kannnn....hrp dpt la jd knyataan kumpul cenggini... best ek bab ni? tq tq =)

      p/s:aku memang LEADER??? huhu sejak ble??? kwang kwang kwang ;P

      Delete
  5. wahhhh,berdebar bc...gado lg kak..huhu (batu api)..xsbr na tggu episod dpn..aummm

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh bru bce ke b6?dari mgu lps lg da ade.same naik dgn b5..debar ye..wah wah wah batu api nk tgk org gado..hehe...nk tau tungguuuu....kalo idea mari, mlm ni tulis...kalo x, peram dlu lar...hehe

      Delete
  6. hahahahaha.... :) nk jugak tau pe yg nak diterangkan tu ...

    ReplyDelete