Oh ya di kesempatan ini saya juga ingin menyatakan, jalan cerita ini hanya rekaan semata-mata ye. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang sudah tiada. Kalau ada pun hanya sekadar meminjam beberapa nama sebagai watak di dalam cerita ini.
Di sini juga saya sertakan wajah watak2 utama dalam cerita ni. Konon2lahkan. Dapatlah korang bayangkan sambil baca cerita ni. hehe. Selamat membaca! =)
![]() |
HAZ |
![]() |
RUZAIN |
![]() | ||||
FAHMI |
BAB 5
ASSALAMUALAIKUM,SALAM JUMAAT BUAT UMAT ISLAM, UCAPAN DIMULA DENGAN
SALAM, MOGA DIBERKATI 'PENCIPTA ALAM', LAHIRKAN RASA SYUKUR PENUH 'DARI DALAM',
AGAR HIDUP TIDAK KELAM, INSAFI DIRI AGAR DOSA LAMA TERPADAM, MOGA HARI INI
LEBIH BAIK DARI SEMALAM...=)
Setelah
habis meng-update status pada hari
itu, Haz terus logout dari facebook-nya. Sudah seperti agenda wajib
pula bagi Haz apabila tiba saja hari Jumaat pasti ada nukilan-nukilan islamik
yang direkanya sendiri. Dia bukanlah seorang Ustazah atau ahli agama tetapi apa
salahnya dia saling mengingati bukan saja untuk dirinya tapi juga buat
rakan-rakan facebook-nya yang lain.
Moga ada juga sedikit manfaat yang diperolehnya.
Haz
kemudian membuka drawing untuk
menyambung kerja-kerjanya. Dia mahu memeriksa sekali lagi kiraan bakau pile yang telah dikira semalam. Dia
merasa seperti tidak logik pula apa yang dikira semalam. Sebelum kena sembur
dengan Mr. Jimmy baik dia check semula.
Pensel diambil untuk mencatat kiraan.
“Okay.
P9 pulak! Satu. Dua. Tiga… Empat belas. Lima belas…” Haz mengira bilangan footing atau asas yang ditanda sebagai ‘P9’. Sedang dia khusyuk
mengira, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.
“KRINGGG!
KRINGGG! KRINGGG! KRINGGG!” Klasik sangat bunyi handphone Haz. Saja berubah-ubah selera katanya. Sudahlah bunyi kuat
bukan main macam dia seorang saja yang
pakai handphone. Nak kata canggih dah
canggih dah tapi bunyi klasik juga yang dipilihnya.
“Dua
ribuuu!!!!” Haz yang sedang khusyuk mengira satu-satu footing dalam drawing,
terjerit sedikit akibat terkejut bunyi telefon bimbitnya. Emmm memang dari dulu
Haz suka sangat ringtone yang buat
dirinya dan orang sekeliling terkejut.
“Arghhh!!!
Berapa dah aku kira tadi??? Mangkuk betul! Malas betul nak kira banyak-banyak
kali ni!” Haz sudah buat aksi garu-garu kepala dengan kedua-dua belah tangan. Tension! Mujur bertudung, kalau free hair memang sudah serabai
rambutnya.
“Hah,
ape kamu nak?” Selepas melihat nama Yani sepintas lalu, terus disapanya
sebegitu rupa.
“Ooo
mak. Garang benor? Salam pun tak
ada?” Yani menjawab.
“Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh. Al-Fatihah!” Haz membalas balik.
“Waalaikumussalam
Warahmatullahi Wabarakatuh!” Selepas itu terus Yani senyap.
“Hello. Hello. Hah dah senyap pulak? Putus ke pun?” Haz melihat skrin
telefon bimbitnya. “Elok je. Tak putus pun... Oi, nak cakap ke tidak? Aku letak
kang!” Haz mengugut.
“Aamiinn…
Aku ada ni haaa…” Yani kembali bersuara.
“Hah,
ada pun. Apa yang aminnya? Buat kenduri doa selamat ke?” Haz bertanya.
“Ai,
dah kau cakap Al-Fatihah tadi, aku bacalah kejap.” Yani berkata sambil
menyindir.
“Erk?
Hehe… Alhamdulillah. Baguslah. Sekurang-kurangnya dapat kau pahala. Hehe…” Haz
bercakap sambil tersengih.
“Kau
la main sedap mulut je. Tapi tak apalah, benda baik. Tak rugi pun baca. Terima
kasihlah ingatkan aku.” Yani menyindir lagi.
“Ishhh.
Sama-sama. Tak susah pun. Memang tanggungjawab bersama saling mengingati. Hahaha…”
Haz sudah tergelak-gelak.
“Banyaklah
kau punya tanggungjawab bersama!” Yani bengang.
“Kahkahkah.”
Haz gelak besar. “Hah apa hal kau menelefon ni?” Haz menambah.
“Saja
rindu. Tak boleh? Hahaha!” Yani pun naik gila sama.
“Uiii…
rindunya… Mmmuahhh. Mmmuahhh!” Haz apa lagi, memang melayanlah kepala gila si
Yani.
“Uwekkk!
Muntah darah aku dengar!” Yani sudah buat aksi termuntah.
“Pulak?
Tadi kata rindu. Aku pun rindulah kat kau ni haa…” Haz menjawab.
“Toksah
nak rindu sangatlah! Geli pelak jantung aku dengar!” Kata Yani.
“Kau
geli jantung. Aku ni dah naik geli dah ginjal, pankreas, lutut, hujung siku ni
hah, kau tak fikir!” Haz sudah tergelak-gelak.
“Bingung
betullah kau ni Wani! Ni melayan kamu ni sampai esok pun tak habis!” Yani yang berada
di Penang sudah ketawa sakan melayan kawan ‘gilanya’ itu.
“Habis
tu, kamu ingat aku nak sangat ke layan kamu?” Haz masih tak habis-habis lagi mood gilanya.
“Hahaha.
Pigidah! Sekali kau tak layan 1000 kali aku tak sudi layan!” Yani tidak mahu
kalah.
“Yele
sangat. 1000 kali tak nak layan konon. Sekarang tengok sapa call sapa sekarang?” Haz menjungkit-jungkitkan
kening mengenakan Yani, seolah-olah Yani boleh melihatnya.
“Ngok!
Sukati akulah! Dah ar! Kau relax je
kan bergayut! Tak ada kerja ke hah?” Yani pura-pura marah.
“Aku
kan CEO kat sini. Ei… Ei… Aku rase tiba-tiba banyak pulak air liur dalam mulut
ni. Rasa nak meludah pun ada ni! Dia yang menalipon
orang, boleh tanya pulak lagi. Yang kau tu tak ada kerja ke nak kacau aku? Suka-suki je bergayut time kerja? Phuiii! Hah kan dah kena!” Penuh slumber Haz mengenakan Yani.
“Hahaha!
CEO ye. Dahsyat ah kawan aku. Hehe… Ni aku balik petang ni lepas kerja.
Nantikan kepulanganku…” Yani buat-buat suara melaung di tepi pantai. Konon!
“Yelah.
Aku akan menanti kepulanganmu Ghazali!” Balas Haz.
“Hotak
kau Ghazali! Weh esok jadi tau keluar! Bagitahu Miza!” Yani dah mula jadi
mandor balik.
“All right! Baik Tuan Mandor!” Jawab Haz.
“Hehe…
Okay-lah. Jumpa petang ni. Jangan
lupa bagitahu Miza. Shima dengan Mira sekali kalau dia orang ada.” Arahan
dikeluarkan lagi.
“Baik
Tuan! Menurut perintah! Aku sepak kang naya jer. Dia tak nak cakap sendiri.
Akuuu…jugak yang kena cakap!” Haz membebel.
“Hahaha!
Kau kan ketua kumpulan! Okay okay. Boss aku dah masuk ni. Bye. Assalamualaikum.” Yani menamatkan
panggilan.
“Banyaklah
aku punya ketua kumpulan! Sapa yang lantik entah! Okay. Bye.
Waalaikumussalam.” Haz pun menamatkan sesi perbualan dengan Yani. Ada dekat 10
minitlah juga mereka bersembang.
Haz
terus menyambung kerjanya yang tergendala. Terpaksa kira dari mula balik. Sabar
sajalah…
***
Petang
itu seperti biasa, tepat saja jam 5.00, Haz lekas-lekas keluar dari pejabat.
Macamlah ada kerja penting tunggu di rumah. Padahal hendak melayan TV saja.
Kalau tidak pun dia lebih suka menyinggah ke rumah kakaknya Hazirah untuk
bermain dengan anak saudara kecilnya, Affan yang baru berusia setahun itu. Si
kecil itulah penyeri keluarga Haz setelah sekian lama rumah mereka tidak
dihiasi gelak tawa dan tangisan bayi.
Oleh
sebab hari itu adalah hari Jumaat, Haz lebih selesa mengenakan baju kurung ke
tempat kerja. Saat untuk melangkah menaiki motor agak payah sedikit. Sangat
berhati-hati agar tidak ada yang terdedah.
Selepas
doa menaiki kenderaan dibaca, dia meneruskan perjalanan pulang.
Keluar
sahaja dari perkarangan Menara Megah yang betul-betul terletak di tepi jalan
raya besar, lampu isyarat bertukar merah.
“Alah
tak sempat pulak nak kejar lampu tadi. Ni kalau dah start merah ni, sepanjang traffic
light lain kang mesti merah jugak!” Haz merungut sendirian.
Setelah
lampu bertukar hijau, Haz meneruskan perjalanan. Dan tidak berapa lama motornya
berhenti lagi. Tepat jangkaannya, lampu isyarat kedua turut menghadiahkan warna
merah buatnya.
“Hisy!
Kan aku dah kata tadi. Mesti merah jugak!” Haz merungut lagi.
“Ai…
Lama pulak lampu ni. Orang lorong depan aku ni dah sampai dua round jalan, aku tak jalan-jalan lagi!”
Haz mula bengang kerana terlalu lama menunggu. Sememangnya traffic light di situ bermasalah sedikit timing-nya.
Dalam
kiraannya lampu akan bertukar hijau sebentar lagi. Lekas-lekas dia masuk gear satu. Tidak mahu dihon oleh pengguna
jalan raya yang lain nanti bila dia lambat bergerak. Terkial-kial dia, mana
hendak membetulkan kedudukan kaki lagi, mana hendak membetulkan kain lagi.
Memang agak leceh bila menaiki motor dengan berbaju kurung. Tiba-tiba terdengar
bunyi ketawa kuat di sebelah kanannya.
“Kahkahkah!!!
Oi cik kak, kalau dah tau payah nak bawak motor pakai baju kurung, naik je lah
kereta. Hahaha!” Kuat suara itu ketawa.
Berdesup
lehernya menoleh ke kanan. Bengang Haz mendengar ejekan entah dari siapa-siapa
itu.
Selepas
melihat, buntang biji mata Haz melihatnya. Pemuda yang di sebelah pemandu tidak
berkata apa, hanya senyap sambil bersandar melihat ke depan. Seolah-olah tidak mahu
masuk campur. Rasa Haz dia macam pernah tengok lelaki di sebelah driver itu tapi tidak ingat di mana.
Lain pula dengan lelaki yang seorang lagi. Ya si pemandu itu. Apa masalah Mamat
ni. Ya siapa lagi, Mamat Honda!
“Kau???”
Haz bersuara bengang sambil menunjukkan jarinya ke arah muka pemandu itu. Orang
yang mencari pasal tidak perlu bersopan santun apabila bercakap dengannya. ‘Aku
kau’ pun sudah cukup bagus daripada dia ‘hoikan’ orang.
“Kenapa
cik kak? Kenal saya ke? Hahaha!” Mamat Honda itu ketawa galak.
“Eh
apa masalah kau ni hah?” Haz terus menyembur si mamat Honda.
“Tak ada apa-apa
masalah. Yang masalah cik kak tu. Pakai baju kurung, ada hati bawak motor.
Naiklah kereta. Apedaaa…” Mamat Honda terus menyakitkan hati Haz
“Aku susahkan kau
ke? Motor ni pakai duit kau ke? Ada aku pakai tak senonoh naik motor ke?”
Sempat lagi mereka bertekak di tengah-tengah jalan raya itu.
“Saya memang tak
susah. Eh awak tak guna duit saya pun. Baju pun elok je sopan tertutup.
Muslimah! Tapi…” Mamat Honda sudah menoleh ke arah sahabatnya di sebelah yang
betul-betul berada di sebelah Haz sekarang. Tangannya sudah memegang bahu
sahabatnya itu.
“Tapi apa?” Haz
pantas menjawab.
“Tapi…” Belum
sempat Mamat Honda menyudahkan kata-katanya, sahabatnya terus memotong
percakapannya.
“Errr… Tapi lagi
manis kalau awak naik kereta. Emm… Pedulikanlah kawan saya ni. Dia ni memang
otak tak betul sikit.” Lelaki di sebelah pemandu yang dari tadi duduk senyap
mula bersuara. Garau dan agak jantan suara yang satu itu. Sexy. Kalau cakap dengan nada romantis confirm cair.
“Eh bukan kau
yang…” Baru sahaja mamat Honda hendak berkata-kata kepada sahabatnya itu, lelaki
bersuara sexy itu sudah menekup
mulutnya dengan tangan.
“Emphh! Emphh!”
Sesak nafas mamat Honda seketika apabila dengan hidung-hidugnya sekali di tekup
oleh sahabatnya.
Haz sudah
terpinga-pinga melihat kerenah dua orang lelaki itu. Cadangnya tadi mahu
bergaduh mulut dengan mamat Honda itu tapi tiba-tiba pula lelaki seorang lagi
bersuara. Potong line betul! Tidak
sempat dia hendak menyembur Mamat Honda itu.
“Eh kenapa kau…”
Baru saja Haz hendak bersuara, lampu sudah bertukar hijau.
“Zoommm!” Honda
City metallic black meluncur laju
meninggalkan Haz.
Haz
mahu bertanya, kenapa lelaki itu asyik mencari pasal dengannya dan apa masalah
mamat Honda itu sebenarnya. Adakah dia kenal dengan lelaki itu dia sendiri
tidak pasti.
“EEE!!!
BENGANG GILA!!!” Haz sudah menjerit atas motor seperti orang gila. Tidak
dihiraukannya dengan beberapa orang penunggang motosikal yang memandangnya.
Motor terus dipecut laju. Hajat di hati hendak mengejar Honda City tapi apalah
sangat kemampuannya hendak mengejar yang hanya menaiki motor. Sudahlah memakai
baju kurung. Buruk benar rupanya kalau berbaju kurung tapi bawa motor macam
pelesit.
Haz
terus merungut-rungut atas motor. Terngiang-ngiang lagi di telinganya, “Pakai
baju kurung, ada hati bawak motor. Naiklah kereta.”
“Eii!!! Mentang-mentang
kau pakai Honda! Nak berlagak dengan aku! Aku pun pakai Hondalah!!! Err… Honda
wave! Huhu.” Haz tak mahu kalah.
Sampai ke rumah,
Haz terus memarkir motornya. Masuk saja ke dalam rumah terus dihenyakkan
punggungnya ke atas kerusi rotan rumahnya. Haz menarik nafas panjang melepaskan
lelah. Dalam pada itu, baru dia teringatkan sesuatu. Ya lelaki bersuara sexy itu! Dia pernah mendengar suara
itu.
“Ya Allah. Patut
macam penah dengar. Mamat tu yang terlanggar aku dekat lif semalam. Isy macam
mana boleh tak ingat ni! Tapi apasal hari ni suara dia lain sikit dari semalam?
Maybe semalam dia pun kelam kabut kut…
Cakap pun laju-laju. Hurm… Macam manalah dia boleh berkawan dengan mamat Honda
kerek tu! Sakit je hati ni ingatkan mamat Honda tu.” Haz bercakap seorang diri
seolah-olah sedang bersembang dengan seseorang saja gayanya.
aku pun pakai honda jugak.....honda icon warne oren heheheeee... aku pggil die oyen <3 ...
ReplyDeletehahaha!!! sibuk nak jugak honda!!hambek!!! =P
Deletehahahahaaa.....aku suke fahmi.. <3
Deletekaann...d cni ade 2 lelaki...pilih yg mne 1!!! pilih pilih!!hehehe...fahmi dgn karakter asyik mnyakitkan hati Haz. Ruzain dgn gaye tenangnye...
Deleteauwwww..terasa rasa babak romantik even xbrp na start lg..sape lelaki sblh 2??jeng jeng..hehe
ReplyDeletesaje xnk start lagi...err.. nk babak romantik ke? jeng jeng jeng!!! ada 2 hero intro neh! mari kita lihat siapa yang kena!!! hehe
Deletesiapa ye lelaki di sebelah iteww??? hehe
Deletespe lelaki sblah mamat honda 2
ReplyDeletesape ye???
Deletep/s:ni ko jugak ke shima?
spe lelaki 2
ReplyDeletejeng jeng jeng!!! =)
Deletenk ruzaini laa... :P
ReplyDeletebukan ruzaini. ruzain la...hehe... nak ruzain yer...mari kita lihat siape yang keeenaaaa!!!! ;P
Delete