Wednesday 27 March 2013

~ MR.L DALAM HATI 4~

Assalamualaikum. Eheh! Harini n3 awal kan kan kan? Selalu rabu malam atau ari khamis baru naik. Gigih tulis mlm td. Tdo kol 2.30 pg gitu. Ok pd Una kali ni byk dialog ek...hehe... n pd geng2 aku tsayang bab ni hrp tersenyum tersipu-sipu sbb dah ku selit nama kome...hehe... Pd sume readers thanx sudi bace. Sy x knl kbanyakan kamu, tp thanx sudi bace. Sehingga hari ini Mr. L Dalam Hati (MLDH) mnunjukkan peningkatan viewers. Ni carta dia. Sbg menaikkan smangat sy utk terus mnulis cte neh.

MLDH 1- 101 viewers
MLDH 3- 64   viewers
MLDH 2- 59   viewers

tq tq tq soooo mucchhhh!!!!  Terimalah Bab 4!!! enjoyyzzz!!! (>__^)V

BAB 4



Pada pagi ini seperti biasa, selepas solat subuh Haz bersiap-siap untuk pergi bekerja. Hari ini dia mengenakan blouse warna royal blue dipakai bersama seluar slack blue black dan sebagai pelengkap gaya selendang merah dililit di kepala. Satu kombinasi warna yang berani tapi kelihatan cantik dan ceria. Mempengaruhi mood-nya untuk bekerja pada hari itu. Bersemangat waja dia pada hari itu.
Selepas siap menyapu bedak compact, mata hanya dihiasi dengan eye liner hitam sekadar memberi kesan supaya mata kelihatan bertenaga. Kemudian blusher disapu di kedua-dua pipi.
“Ahah! Baru berseri sikit muka ada merah-merah.” Haz bercakap dengan dirinya sambil senyum-senyum depan cermin. Perasan!
“Okay siap!” Terus Haz meletakkan semula barang-barang make up-nya ke tempat asal. Gincu sengaja tidak disental kerana dia mahu breakfast dahulu. Selepas bersarapan baru dia akan memakainya. Sia-sia saja nanti gincu terpadam kalu pakai awal-awal.
“Mak apa makan pagi ni?” Haz bertanya kepada Puan Hazimah.
“Ai, mana mak taukan. Pergilah cari. Beli nasi lemak ke apa ke… Mak tak sempat nak cari, ajar budak mengaji tadi. Dia orang singgah mengaji dulu sebelum ke sekolah agama rakyat.” Puan Hazimah menjawab.
“Alah… Malas betul nak pergi beli.” Haz merungut seorang diri.
“ Yelah yelah Wani pergi beli. Mak nak makan apa?” Akhirnya Haz mengalah.
“Apa-apa je lah Wani.” Si emak menjawab.
Haz terus mengambil kunci motor. Dia mahu memanaskan enjin terlebih dahulu. Sementara itu dia sempat menyiapkan bekalan air masak yang hendak dibawa ke pejabat, mengemas dan memeriksa begnya supaya tiada barang tertinggal. Malas dia hendak patah balik kalau tertinggal handphone atau apa saja.
Siap semuanya, dia terus menaiki motornya. Gear satu dimasuk. Minyak dipulas.
“Isyyy! Asal berat je ni! Nak gerak lembap je ni? Takkan siang-siang ada benda nak menumpang kot…” Haz pelik bila motornya agak sukar hendak bergerak. Sempat berfikir yang merepek-repek. Mulut celupar. Ada ‘benda’ tu betul-betul baru tau! Dia terus turun motor dan memeriksa Cik Biru kesayangan.
“Apa hal pulak Cik Biru aku ni. Demam ke apa? Semalam tak makan ubat ke?” Haz merepek sorang-sorang.
“Hahhh??? Choi!!!” Tiba-tiba Haz menjerit.
Puan Hazimah yang berada di dapur segera keluar melihat. “Apa yang kamu menjerit ni Wani? Tak pergi-pergi lagi ke mencari makan paginya?”
“Ni mak, tayar pancit. Adoi… Buat hal pulak dia.” Haz mengadu.
“Ni mamat Honda punya pasal la ni! Mulut longkang!” Tiba-tiba rasa berasap saja hati Haz, tunggu masa api nak marak saja.
“Mamat Honda mana pulak?” Puan Hazimah bertanya lurus.
“Hurmm… Tak ada sapa-sapalah mak.” Malas Haz memanjangkan cerita. Dalam hati habis mamat Honda tu disumpah seranahnya. Sebab mulut longkang dia semalam, motornya pancit hari ini!
“Habis tu, mcam mana gaya kamu nak pergi kerja ni?” Tanya Puan Hazimah lagi.
“Mintak tolong Diana la. Apa lagi.” Haz sudah mengambil telefon bimbitnya untuk meminta tolong anak saudaranya yang kedua. Anak saudara Haz semuanya sudah besar-besar. Yang sulung menuntut di kolej matrikulasi. Yang bongsu baru saja berusia 8 bulan. Hanya Diana yang ada di rumah, menunggu panggilan masuk ke mana-mana Institut Pengajian Tinggi. Yang lain semuanya bersekolah.
“Hah cepat sikit telefonnya. Karang takut dia ada hal lain.” Kata Puan Hazimah.
Selepas bercakap beberapa ketika dengan Diana, Haz masuk semula ke dalam rumah.
“Hah, nak ke mana tu?” Tanya ibunya.
“Huh. Tak ada mood nak pergi beli sarapan dah! Makan biskut je lah!” Jawab Haz. Habis hilang semangat waja awal pagi dia tadi! Bersemangat wajalah sangat Haz!
“Pulak dah? Hurmmm. Cepat sikit makan tu. Kamu tu siap le cepat macam mana pun, Pergi kerjanya mesti lambat jugak!” Sembur Puan Hazimah.
Haz sudah tersengih. Memang betul pun apa yang ibunya kata. Siaplah awal macam manapun, bila jam dah hampir 8.30 pagi baru dia akan bergerak ke pejabat. Mentang-mentanglah tempat kerja dekat.
Jam 8.25 pagi, Diana sampai. Terus dia turun dari motornya tanda menyuruh maksunya yang membawa. Aksi biasa dari Diana. Dia sekali-kali tidak akan membawa maksunya. Naik bernanah telinga dengar maksunya membebel mengata dia bawak motor macam siput.
“Kamu bawak la.” Haz sengaja menyuruh Diana yang membawa.
“Ah. Malas ah. Karang potpet potpet mulutnya bising kat belakang. Macam siput la, macam YB melawat kawasan la. Maksu bawak sendiri!” Diana membalas. Begitulah gayanya kalau dah umur si maksu dengan anak saudara tidak jauh beza. Macam kawan saja.
“Hahaha!!! Dah memang betul macam siput pun.” Haz mengusik Diana lagi.
Diana sudah cebik-cebik mulut mengajuk cakap Haz.
“Apa lagi dua beranak ni tak habis-habis lagi? Cepat Wani! Kamu ni memang nak sangat boss datang jemput kamu kat rumah gamaknya!” Jerit Puan Hazimah dari pintu rumah.
“Eh! Hehehe. Ye la. Nak pergilah ni.” Jawab Haz sambil tersengih.
Lantas dia menuju ke arah ibunya. Seperti biasa salam dan cium tidak lupa buat ibunya. Moga harinya sentiasa diberkati.
Sampai saja di tempat kerjanya, Haz sempat meminta tolong Diana sekali lagi untuk membawa motornya ke kedai untuk dibaiki. Sekali-sekala mendera anak buah daripada tidak buat apa-apa dekat rumah. Haz gelak jahat dalam hati.
Sampai di pejabat Haz lihat boss-nya Mr. Jimmy sudah masuk.
“Aikkk? Awal pulak boss handsome aku ni masuk? Selalu pukul 10.00,  pukul 11.00 baru masuk.” Haz pelik. Yang sebenarnya Haz cuak sebab dia sudah terlewat 10 minit.
“Hah Wani, kenapa you lambat?” Boss handsome bertanya.
Terkejut Haz dengan sergahan boss-nya. Muka sudah cuak gila.
“Errr… Sorry Mr. Jimmy. Motor saya buat hal tadi. Tayar pancit.” Takut-takut Haz menjawab.
“Ohhh… okay… Belilah kereta satu. Senang, apa-apa hal boleh guna.” Jawab Mr. Jimmy.
“Eh, memang saya nak beli. Tapi tunggu Mr. Jimmy naikkan gaji saya la. Baru cukup saving nak beli kereta. Hehe…” Haz menjawab sambil tersengih-sengih. Dalam hati lega sebab Mr. Jimmy tidak memarahinya. Mr. Jimmy memang sporting!
Terus air muka Mr. Jimmy berubah.
‘Alamak! Aku tersalah gurauan ke? Salah timing ke?’ Haz Tanya dalam hati.
“Amboi. Mau naik gaji, buat kerja rajin-rajin! Jangan datang lambat! Nah ni ada buah tangan terbaru untuk you. Kira bakau pile. Lepas tu macam biasalah, kira door, window, bricks, plastering, roof semua.” Mr. Jimmy sempat memerli sambil memberi drawing bagi projek baru.
‘Ambik kau Wani! Dah la kena perli. Siap dapat buah tangan baru lagi! Drawing yang ada ni pun tak habis jelajah lagi.’ Hati Haz berkata lagi.
“Hehe. Sorry sorry Mr. Jimmy. Bukan saya sengaja datang lambat. Errr… Mr. Jimmy awal pulak hari ni?” Berani dan gatal betul mulut si Haz bertanya. Suka hati boss dialah nak datang pukul berapa. Dah nama pun B.O.S.S! dah sah-sah company dia yang punya. Cari nahas betul Haz!
“Saya nak pergi site dekat Sungai Besar. You nak ikut ke?” Mr. Jimmy menjawab. Mujur dia tidak ambil kisah.
Haz tersengih lagi. Memang dengan Mr. Jimmy asyik tersengih saja dia. Boss handsome katakan. Mujur sudah berkahwin, anak sudah tiga. Isterinya pun ada bekerja di pejabat ini. Kalau belum berkahwin ada juga cadangan hendak mengorat. Haz gelak gatal dalam hati.
“Eh tak apalah Mr. Jimmy. Saya duduk office je lah. Study drawing ni. Boleh kira cepat-cepat. Kan?” Haz tersengih lagi. Padahal dia sudah malas hendak ke site. Takut kulit hitam. Phuiii! Dulu masa interview, bila Mr. Jimmy tanya hendak kerja di office atau di site? Dengan yakinnya Haz menjawab hendak bekerja di site. Banyak benda boleh belajar katanya. Nampak sangat Haz hendak menggula-gulakan Mr. Jimmy. Setakat ini hanya tiga kali saja dia melawat ke site. Itupun dia sendiri yang meng-offerkan diri kepada Mr. Jimmy kerana terlalu bosan duduk di pejabat.
Okay-lah kalau macam tu. You study-lah drawing ni. Any problem terus tanya saya. Jangan buang masa tengok drawing lama-lama, tapi tak faham-faham jugak!” Haz kena perli sekali lagi dengan Mr. Jimmy.
‘Adoi sadisnya ayat Mr. Jimmy bagi!’ Terpejam mata Haz bila kena perli sedemikian rupa.
Okay Mr. Jimmy.” Itu saja yang mampu dijawab oleh Haz. Karang dia menjawab lagi takut ada lagi ayat pedas yang keluar dari mulut boss-nya. Baru sedar diri.
Mr. Jimmy terus berlalu keluar dari pejabat.
Selepas saja Mr. Jimmy keluar, suis komputer mejanya terus dibuka. Pagi-pagi motor buat hal. Sampai office terkena ayat pedih Mr. Jimmy. Stress Haz dibuatnya. Sebagai warming up, nak hilangkan stress awal pagi, internet dibuka. Apalagi ber-facebook la!
Masuk saja facebook-nya, terus nama Yani sahabat baiknya menyala merah tanda dia menghantar mesej kepadanya. Yani tinggal di sebelah rumahnya saja. Tetapi sekarang bekerja di Pulau Pinang. Hanya sekali sekala dia pulang ke rumah. Gang-gang Haz yang lain, Shima, Miza dan Mira pun bekerja di tempat lain. Shima dan Mira di Kuala Lumpur, Miza di Ipoh. Jarang mereka dapat berkumpul bersama.
Haz terus membuka mesej tersebut.
Yani : Oiiiiii!!!!!!!
Haz  : Assalamualaikum…….
Yani : Waalaikumussalam. Perli le tu.
Haz  : Aku tau kawan aku Islam. Tu aku bagi salam. Kan? ke bukan? Hahaha. =P
Yani : Ngok ko neh! Aku Islam le giler…
Haz  : Hahahaha (gelak jahat) =D
Yani : Ko memang jahat pun…
Haz  : Eleh ko pon sama. Toksah menipu. Dosa.
Yani : Aku jahat sebab hasut dek setan macam ko la. Hahaha (gelak jahat jugak) =D
Haz  : Kuang ajor! Oittt x keje ke?
Yani : Keje  lerr. Aku nak on9 jap je. Tunggu ko la. Berejam tunggu. Selalu awal2 pagi 
           dah terconggok muke ko kat chat fb neh!
Haz  : Hahaha. Aku kena sembur jap tadi dgn bos. Masuk lambat. Da la tayar pancit
          pagi  tadi. Ada mamat Honda semalam mulut longkang cakap tayar aku pancit.
Yani : Kahkahkahkahkahkahkah (pjg x gelak aku?) Padan muke ko!
Haz  : Kuang ajo punye kawan. Kalo ade depan aku, aku da cekik2 dah!
Yani : Hahaha. Weh minggu ni aku balik. Jom la lepak nanti. Ajak la Miza sekali. Dia
           kan tiap2 minggu balik…
Haz  : Aku on jerk. Ek eleh. Ko g je la tanye Miza sendiri. Nak aku jugak bertanye. 
           Macam le x ada no si Miza tuh!
Yani : Alah ko g je la tanya. Aku ni segan =P
Haz  : Segan kepala hotak ko!
Yani : Kahkahkah! Emo emo. =D
Haz  : Banyakle kamu punya emo. Nak buat aku sakit hati, sumpah seranah bagi dekat 
           ko! Eh dahle. Aku nak buat koje neh. Layan ko, x siap kje aku.
Yani : Hahaha. Yele. Jgn lupe ajak Miza.Kalo Shima n Mira ade balik, ajak ar join
          sekali.
Haz  : Hamboi… kamu berlagak mandor je kan! PHUIII!!! Yele nanti aku Tanya. K le
           out dlu. Assalamualaikum (kalau Islam, jawab =P )
Yani : Islam le ngok! WAALAIKUMUSSALAM WARAHMATULLAHI
           WABAROKATUH. (lengkap aku bagi)  =)

Macam itulah perangai Haz dan kawan-kawannya. Sama sengal macam dia juga. Dengan Yani asyik nak bertekak saja. Tapi itulah kawan baiknya yang paling lama. Sejak dari kecil mereka berkawan. Duduk pun sebelah rumah, sebaya pula tu.
Haz terus logout dari facebook. Dia terus menyambung kerja. Drawing dibuka. Dalam kepala sudah mengira hari hendak keluar lepak dengan rakan-rakannya. Lama mereka tidak hang-out sama-sama. Selalunya dengan Miza sajalah Haz keluar kerana Miza hanya bekerja di Ipoh. Setiap minggu dia pasti balik. Shima dan Mira pula jarang-jarang balik. Tambahan pula mereka sudah berkahwin, ada kehidupan masing-masing.
“Haihhh. Macam-macam aku nak cerita dengan dia orang ni. Nak-nak pulak kisah mamat Honda tuh!” Haz sudah rancang topik apa hendak dibualkan dengan kawan-kwannya nanti.
***
Waktu makan tengah hari, Diana mengambil Haz di tempat kerja. Masuk kerja semula jam 2.00 petang Haz membawa motornya sendiri. Motornya sudah siap dibaiki. Kalau tidak, Diana kena jadi driver dialah sepanjang hari.
Hari ini Haz tekun membuat kerja. Maklumlah projek baru sudah dapat pagi tadi. Sudah macam orang hendak mengambil exam! Sungguh-sungguh dia menghadap drawing yang Mr. Jimmy bagi. Bukan perkara mudah. Dia kena memastikan tiada yang terlepas pandang. Lukisan kecil-kecil pulak tu! Naik juling biji mata melihatnya. Mujur Mr. Jimmy tidak menyerahkan Reinforcement Concrete (RC) drawing. Kalau tidak mahu tercabut biji mata dia melihat drawing besi-besi dalam konkrit itu! Memang dia agak lemah sikit menghadap RC drawing itu. Kalau tersalah kira, mati kena sembur dengan boss!
Selepas naik lenguh tengkuknya, Haz melihat jam di tangannya.
“Hah? Pukul 5.00 dah?” Cepat-cepat Haz menyimpan drawing dan mengemas meja. Masa itu emas katanya. Yelah, nak balik masa itu emas. Masa hendak pergi kerja masa itu besi timbang kati saja kut. Tak berapa nak berharga.
Semasa di tempat parking motor…
“Alahhh… Malas betul nak naik! Isyyy! Apa kena la aku hari ni! Serba tak kena!” Haz merungut. Sakit hati sebab kunci motornya tertinggal dekat pejabat. Nak tak nak, terpaksa dia menapak semula ke lif.
Sementara menunggu lif, Haz sibuk menyelongkar beg tangannya. Mana tahu kut kunci terselit dalam beg. Mungkin dia lupa dia sudah meletakkan kunci dalam beg walaupun dia yakin kunci motornya diletakkan di atas laci mejanya.
“TINGGG!!!” Lif pun tiba.
Dengan tangan yang masih menggagau dan dengan mata yang masih fokus terhadap isi di dalam beg, Haz terus meluru masuk dalam lif. Tidak tengok kiri kanan depan belakang. Masa hendak balik itukan emas…
“Adoiii!!!” Bahu kanannya dirempuh kasar oleh seseorang. Terkejut dia yang tengah khusyuk mencari kunci dalam beg. Haz yang ketika itu sedang memegang handphone, terlepas pegangannya.
“Eh, sorry sorry. Tak sengaja, saya nak cepat ni. Kawan saya dah tunggu lama dalam kereta. Nah handphone awak.” Jawab seorang lelaki.
Sambil menggosok-gosok bahu Haz berkata. “Eh takpe-takpe. Saya pun salah, kelam kabut sangat cari kunci dalam beg. Thanks.” Haz menyambut huluran handphone-nya. Mujur handphone-nya diletakkan dalam sarung comel yang tebal. Selamatlah.
Lelaki itu tersenyum sambil mengangguk dan terus berlalu sambil terdengkot-dengkot menuju ke kereta yang dia maksudkan sebentar tadi.
Haz hanya melihat dari dalam lif. Dia sempat menahan pintu lif dengan tangannya menghalang dari tertutup semasa bercakap dengan lelaki tadi.
Haz lihat pemandu kereta tersebut tersenyum padanya.
“Apesal lain macam je senyumnya?” Haz sudah seram melihat senyuman pemandu itu.
Setelah lelaki yang merempuhya sebentar tadi masuk ke dalam kereta, kereta itu pun berlalu pergi.
‘Eh! Macam kenal je kereta tu?’ Haz berkata dalam hati.
“Honda? Hitam?” Mulutnya bergerak mengingatkan sesuatu.
“Babun betul! Mamat Honda semalam rupanya!!! Patut senyum ada makna dengan aku! Eee..eee..eee.. Geramnya aku!!! Asal lambat sangat pick-up otak aku neh! Kalau tak aku dah pergi sembur mamat tu tadi sebab tipu aku semalam. Sebab mulut dia jugak motor aku pancit betul-betul pagi tadi!” Genggaman tangan kanan sudah menonyoh-nonyoh tapak tangan kirinya. Geram! Haz tidak habis-habis menyalahkan mamat Honda tu punca motor dia pancit. Padahal Diana bagitahu tadi, apek kedai motor jumpa paku pada tayarnya.
“TING!!!” Lif sudah sampai di tingkat tujuh.
Lekas-lekas Haz masuk semula ke dalam office untuk mengambil kuncinya. Mujur masih ada yang belum balik lagi. Kemudian Haz terus pulang ke rumah dengan hati yang bengkek dengan mamat Honda.
“Boleh pulak jumpa dengan mamat tu lagi? Ingat dah berambus balik KL dah!” Tidak habis lagi rungutannya setelah sampai ke rumah.

12 comments:

  1. Naseb baek honda hitam...bukan honda meroon...huhuuu klu meroon aku kene cek plat no plak kikikiii...sape kah si pemilik honda itu kan...adekah die sedang bertahta di hati mu kakak ku lalalaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tetttt....honda maroon??? mcm kenal jerk...hahaha..naye lah kalo honda maroon..aah ek..nk tuka la jd honda maroon bulehh??bhahaha. ape plak bertahta dlm hati aku ko neh? jgn kaitkan aku dgn heroin cte neh pelishh pelishh pelishh (mate kedip2) hehe...

      Delete
    2. oooo...haz nie bukan watak sebnanyer....name pun novel...mesti la rekaan semate2 tiade kene mengene dgn yg hidop atau yg telah meninggal dunie....huhuhuuu pinjam name je la yeee....huhuhuuu hebat pemikiran ko....:-P

      Delete
    3. mane plak watak sbenarnye. pinjam name tu yela. mne ksah2 yg best tu aku selitkan le dgn olahan baru. kalo ksah ct nurhaliza mnarik, nnti aku msukkan jugaakk..hehe..

      Delete
    4. mane sambungan nyer...rase mcm lame dh kamu x nulis...

      Delete
    5. huhu...sorry...lately tersangat bz..blik umh da ajo ngaji plak..mlm udh penat...da taip bab5 bru 5 page...sabor yer...nnti 2 bab ku bagi!!! =)

      Delete
  2. Akan ku blik slalu le kg wahai wani hehehe...best2..x sabor nk tau ni...mr jimmy 2 hensem x..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..balik jgn x balik!!! mr jimmy mstile le ensem. hahaha. gelak gatal =P

      Delete
  3. org repot kt neyyyy...kmu ngate dy...kahkahkahahakahk

    ReplyDelete
    Replies
    1. report le... sekadar pnjam name jerk... bkn ksah die p0n...lalala

      Delete
  4. Sempat baca sebelum nak balik.. hehehehe... best2. bila bce terbayang akak. sbb kisah akak kan.. :) esok sambung lagi ... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. xdela sepenuhnye ksah akk...saje selit2 je menambah rencah...hehe...sambung jgn x sambung!!! (>,^)V

      Delete