MLDH 1- 101 viewers
MLDH 3- 64 viewers
MLDH 2- 59 viewers
tq tq tq soooo mucchhhh!!!! Terimalah Bab 4!!! enjoyyzzz!!! (>__^)V
BAB 4
Pada pagi ini
seperti biasa, selepas solat subuh Haz bersiap-siap untuk pergi bekerja. Hari
ini dia mengenakan blouse warna royal blue dipakai bersama seluar slack
blue black dan sebagai pelengkap gaya selendang merah dililit di kepala.
Satu kombinasi warna yang berani tapi kelihatan cantik dan ceria. Mempengaruhi mood-nya untuk bekerja pada hari itu.
Bersemangat waja dia pada hari itu.
Selepas siap
menyapu bedak compact, mata hanya
dihiasi dengan eye liner hitam
sekadar memberi kesan supaya mata kelihatan bertenaga. Kemudian blusher disapu di kedua-dua pipi.
“Ahah! Baru
berseri sikit muka ada merah-merah.” Haz bercakap dengan dirinya sambil
senyum-senyum depan cermin. Perasan!
“Okay siap!” Terus
Haz meletakkan semula barang-barang make
up-nya ke tempat asal. Gincu sengaja tidak disental kerana dia mahu breakfast dahulu. Selepas bersarapan
baru dia akan memakainya. Sia-sia saja nanti gincu terpadam kalu pakai
awal-awal.
“Mak apa makan
pagi ni?” Haz bertanya kepada Puan Hazimah.
“Ai, mana mak
taukan. Pergilah cari. Beli nasi lemak ke apa ke… Mak tak sempat nak cari, ajar
budak mengaji tadi. Dia orang singgah mengaji dulu sebelum ke sekolah agama
rakyat.” Puan Hazimah menjawab.
“Alah… Malas betul
nak pergi beli.” Haz merungut seorang diri.
“ Yelah yelah Wani
pergi beli. Mak nak makan apa?” Akhirnya Haz mengalah.
“Apa-apa je lah
Wani.” Si emak menjawab.
Haz terus
mengambil kunci motor. Dia mahu memanaskan enjin terlebih dahulu. Sementara itu
dia sempat menyiapkan bekalan air masak yang hendak dibawa ke pejabat, mengemas
dan memeriksa begnya supaya tiada barang tertinggal. Malas dia hendak patah
balik kalau tertinggal handphone atau
apa saja.
Siap semuanya, dia
terus menaiki motornya. Gear satu
dimasuk. Minyak dipulas.
“Isyyy! Asal berat
je ni! Nak gerak lembap je ni? Takkan siang-siang ada benda nak menumpang kot…”
Haz pelik bila motornya agak sukar hendak bergerak. Sempat berfikir yang
merepek-repek. Mulut celupar. Ada ‘benda’ tu betul-betul baru tau! Dia terus
turun motor dan memeriksa Cik Biru kesayangan.
“Apa hal pulak Cik
Biru aku ni. Demam ke apa? Semalam tak makan ubat ke?” Haz merepek sorang-sorang.
“Hahhh??? Choi!!!”
Tiba-tiba Haz menjerit.
Puan Hazimah yang
berada di dapur segera keluar melihat. “Apa yang kamu menjerit ni Wani? Tak
pergi-pergi lagi ke mencari makan paginya?”
“Ni mak, tayar
pancit. Adoi… Buat hal pulak dia.” Haz mengadu.
“Ni mamat Honda
punya pasal la ni! Mulut longkang!” Tiba-tiba rasa berasap saja hati Haz,
tunggu masa api nak marak saja.
“Mamat Honda mana
pulak?” Puan Hazimah bertanya lurus.
“Hurmm… Tak ada
sapa-sapalah mak.” Malas Haz memanjangkan cerita. Dalam hati habis mamat Honda
tu disumpah seranahnya. Sebab mulut longkang dia semalam, motornya pancit hari
ini!
“Habis tu, mcam
mana gaya kamu nak pergi kerja ni?” Tanya Puan Hazimah lagi.
“Mintak tolong
Diana la. Apa lagi.” Haz sudah mengambil telefon bimbitnya untuk meminta tolong
anak saudaranya yang kedua. Anak saudara Haz semuanya sudah besar-besar. Yang
sulung menuntut di kolej matrikulasi. Yang bongsu baru saja berusia 8 bulan. Hanya
Diana yang ada di rumah, menunggu panggilan masuk ke mana-mana Institut
Pengajian Tinggi. Yang lain semuanya bersekolah.
“Hah cepat sikit
telefonnya. Karang takut dia ada hal lain.” Kata Puan Hazimah.
Selepas bercakap
beberapa ketika dengan Diana, Haz masuk semula ke dalam rumah.
“Hah, nak ke mana
tu?” Tanya ibunya.
“Huh. Tak ada mood nak pergi beli sarapan dah! Makan
biskut je lah!” Jawab Haz. Habis hilang semangat waja awal pagi dia tadi!
Bersemangat wajalah sangat Haz!
“Pulak dah?
Hurmmm. Cepat sikit makan tu. Kamu tu siap le cepat macam mana pun, Pergi
kerjanya mesti lambat jugak!” Sembur Puan Hazimah.
Haz sudah
tersengih. Memang betul pun apa yang ibunya kata. Siaplah awal macam manapun,
bila jam dah hampir 8.30 pagi baru dia akan bergerak ke pejabat.
Mentang-mentanglah tempat kerja dekat.
Jam 8.25 pagi,
Diana sampai. Terus dia turun dari motornya tanda menyuruh maksunya yang
membawa. Aksi biasa dari Diana. Dia sekali-kali tidak akan membawa maksunya.
Naik bernanah telinga dengar maksunya membebel mengata dia bawak motor macam
siput.
“Kamu bawak la.”
Haz sengaja menyuruh Diana yang membawa.
“Ah. Malas ah.
Karang potpet potpet mulutnya bising
kat belakang. Macam siput la, macam YB melawat kawasan la. Maksu bawak
sendiri!” Diana membalas. Begitulah gayanya kalau dah umur si maksu dengan anak
saudara tidak jauh beza. Macam kawan saja.
“Hahaha!!! Dah
memang betul macam siput pun.” Haz mengusik Diana lagi.
Diana sudah
cebik-cebik mulut mengajuk cakap Haz.
“Apa lagi dua
beranak ni tak habis-habis lagi? Cepat Wani! Kamu ni memang nak sangat boss datang jemput kamu kat rumah
gamaknya!” Jerit Puan Hazimah dari pintu rumah.
“Eh! Hehehe. Ye
la. Nak pergilah ni.” Jawab Haz sambil tersengih.
Lantas dia menuju
ke arah ibunya. Seperti biasa salam dan cium tidak lupa buat ibunya. Moga
harinya sentiasa diberkati.
Sampai saja di
tempat kerjanya, Haz sempat meminta tolong Diana sekali lagi untuk membawa
motornya ke kedai untuk dibaiki. Sekali-sekala mendera anak buah daripada tidak
buat apa-apa dekat rumah. Haz gelak jahat dalam hati.
Sampai di pejabat
Haz lihat boss-nya Mr. Jimmy sudah masuk.
“Aikkk? Awal pulak
boss handsome aku ni masuk? Selalu pukul 10.00, pukul 11.00 baru masuk.” Haz pelik. Yang
sebenarnya Haz cuak sebab dia sudah terlewat 10 minit.
“Hah Wani, kenapa you lambat?” Boss handsome bertanya.
Terkejut Haz
dengan sergahan boss-nya. Muka sudah
cuak gila.
“Errr… Sorry Mr. Jimmy. Motor saya buat hal
tadi. Tayar pancit.” Takut-takut Haz menjawab.
“Ohhh… okay… Belilah kereta satu. Senang,
apa-apa hal boleh guna.” Jawab Mr. Jimmy.
“Eh, memang saya
nak beli. Tapi tunggu Mr. Jimmy naikkan gaji saya la. Baru cukup saving nak beli kereta. Hehe…” Haz
menjawab sambil tersengih-sengih. Dalam hati lega sebab Mr. Jimmy tidak
memarahinya. Mr. Jimmy memang sporting!
Terus air muka Mr.
Jimmy berubah.
‘Alamak! Aku
tersalah gurauan ke? Salah timing
ke?’ Haz Tanya dalam hati.
“Amboi. Mau naik
gaji, buat kerja rajin-rajin! Jangan datang lambat! Nah ni ada buah tangan
terbaru untuk you. Kira bakau pile. Lepas tu macam biasalah, kira door, window, bricks, plastering, roof semua.” Mr. Jimmy sempat memerli sambil memberi drawing bagi projek baru.
‘Ambik kau Wani!
Dah la kena perli. Siap dapat buah tangan baru lagi! Drawing yang ada ni pun tak habis jelajah lagi.’ Hati Haz berkata
lagi.
“Hehe. Sorry sorry Mr. Jimmy. Bukan saya
sengaja datang lambat. Errr… Mr. Jimmy awal pulak hari ni?” Berani dan gatal
betul mulut si Haz bertanya. Suka hati boss
dialah nak datang pukul berapa. Dah nama pun B.O.S.S! dah sah-sah company dia yang punya. Cari nahas betul
Haz!
“Saya nak pergi site dekat Sungai Besar. You nak ikut ke?” Mr. Jimmy menjawab.
Mujur dia tidak ambil kisah.
Haz tersengih
lagi. Memang dengan Mr. Jimmy asyik tersengih saja dia. Boss handsome katakan. Mujur sudah berkahwin,
anak sudah tiga. Isterinya pun ada bekerja di pejabat ini. Kalau belum
berkahwin ada juga cadangan hendak mengorat. Haz gelak gatal dalam hati.
“Eh tak apalah Mr.
Jimmy. Saya duduk office je lah. Study drawing ni. Boleh kira
cepat-cepat. Kan?” Haz tersengih lagi. Padahal dia sudah malas hendak ke site. Takut kulit hitam. Phuiii! Dulu masa interview, bila Mr. Jimmy tanya hendak kerja di office atau di site? Dengan yakinnya Haz menjawab hendak bekerja di site. Banyak benda boleh belajar
katanya. Nampak sangat Haz hendak menggula-gulakan Mr. Jimmy. Setakat ini hanya
tiga kali saja dia melawat ke site.
Itupun dia sendiri yang meng-offerkan
diri kepada Mr. Jimmy kerana terlalu bosan duduk di pejabat.
“Okay-lah kalau macam tu. You study-lah drawing ni. Any problem
terus tanya saya. Jangan buang masa tengok drawing
lama-lama, tapi tak faham-faham jugak!” Haz kena perli sekali lagi dengan Mr.
Jimmy.
‘Adoi sadisnya
ayat Mr. Jimmy bagi!’ Terpejam mata Haz bila kena perli sedemikian rupa.
“Okay Mr. Jimmy.” Itu saja yang mampu
dijawab oleh Haz. Karang dia menjawab lagi takut ada lagi ayat pedas yang
keluar dari mulut boss-nya. Baru
sedar diri.
Mr. Jimmy terus
berlalu keluar dari pejabat.
Selepas saja Mr.
Jimmy keluar, suis komputer mejanya terus dibuka. Pagi-pagi motor buat hal.
Sampai office terkena ayat pedih Mr.
Jimmy. Stress Haz dibuatnya. Sebagai warming up, nak hilangkan stress awal pagi, internet dibuka.
Apalagi ber-facebook la!
Masuk saja facebook-nya, terus nama Yani sahabat
baiknya menyala merah tanda dia menghantar mesej kepadanya. Yani tinggal di
sebelah rumahnya saja. Tetapi sekarang bekerja di Pulau Pinang. Hanya sekali
sekala dia pulang ke rumah. Gang-gang
Haz yang lain, Shima, Miza dan Mira pun bekerja di tempat lain. Shima dan Mira
di Kuala Lumpur, Miza di Ipoh. Jarang mereka dapat berkumpul bersama.
Haz terus membuka
mesej tersebut.
Yani : Oiiiiii!!!!!!!
Haz :
Assalamualaikum…….
Yani : Waalaikumussalam. Perli le tu.
Haz :
Aku tau kawan aku Islam. Tu aku bagi salam. Kan? ke bukan? Hahaha. =P
Yani : Ngok ko neh! Aku Islam le giler…
Haz :
Hahahaha (gelak jahat) =D
Yani : Ko memang jahat pun…
Haz :
Eleh ko pon sama. Toksah menipu. Dosa.
Yani : Aku jahat sebab hasut dek setan macam
ko la. Hahaha (gelak jahat jugak) =D
Haz :
Kuang ajor! Oittt x keje ke?
Yani : Keje
lerr. Aku nak on9 jap je. Tunggu ko la. Berejam tunggu. Selalu awal2
pagi
dah terconggok muke ko kat chat fb neh!
Haz :
Hahaha. Aku kena sembur jap tadi dgn bos. Masuk lambat. Da la tayar pancit
pagi tadi. Ada mamat Honda semalam mulut longkang
cakap tayar aku pancit.
Yani : Kahkahkahkahkahkahkah (pjg x gelak
aku?) Padan muke ko!
Haz :
Kuang ajo punye kawan. Kalo ade depan aku, aku da cekik2 dah!
Yani : Hahaha. Weh minggu ni aku balik. Jom la
lepak nanti. Ajak la Miza sekali. Dia
kan tiap2 minggu balik…
Haz :
Aku on jerk. Ek eleh. Ko g je la tanye Miza sendiri. Nak aku jugak
bertanye.
Macam le x ada no si Miza tuh!
Yani : Alah ko g je la tanya. Aku ni segan
=P
Haz :
Segan kepala hotak ko!
Yani : Kahkahkah! Emo emo. =D
Haz :
Banyakle kamu punya emo. Nak buat aku sakit hati, sumpah seranah bagi
dekat
ko! Eh dahle. Aku nak buat koje neh. Layan ko, x siap kje aku.
Yani : Hahaha. Yele. Jgn lupe ajak Miza.Kalo
Shima n Mira ade balik, ajak ar join
sekali.
Haz :
Hamboi… kamu berlagak mandor je kan! PHUIII!!! Yele nanti aku Tanya. K le
out dlu. Assalamualaikum (kalau Islam, jawab =P )
Yani : Islam le ngok! WAALAIKUMUSSALAM
WARAHMATULLAHI
WABAROKATUH. (lengkap aku bagi)
=)
Macam itulah
perangai Haz dan kawan-kawannya. Sama sengal macam dia juga. Dengan Yani asyik
nak bertekak saja. Tapi itulah kawan baiknya yang paling lama. Sejak dari kecil
mereka berkawan. Duduk pun sebelah rumah, sebaya pula tu.
Haz terus logout dari facebook. Dia terus menyambung kerja. Drawing dibuka. Dalam kepala sudah mengira hari hendak keluar lepak
dengan rakan-rakannya. Lama mereka tidak hang-out
sama-sama. Selalunya dengan Miza sajalah Haz keluar kerana Miza hanya bekerja
di Ipoh. Setiap minggu dia pasti balik. Shima dan Mira pula jarang-jarang
balik. Tambahan pula mereka sudah berkahwin, ada kehidupan masing-masing.
“Haihhh.
Macam-macam aku nak cerita dengan dia orang ni. Nak-nak pulak kisah mamat Honda
tuh!” Haz sudah rancang topik apa hendak dibualkan dengan kawan-kwannya nanti.
***
Waktu makan tengah
hari, Diana mengambil Haz di tempat kerja. Masuk kerja semula jam 2.00 petang
Haz membawa motornya sendiri. Motornya sudah siap dibaiki. Kalau tidak, Diana
kena jadi driver dialah sepanjang
hari.
Hari ini Haz tekun
membuat kerja. Maklumlah projek baru sudah dapat pagi tadi. Sudah macam orang
hendak mengambil exam!
Sungguh-sungguh dia menghadap drawing yang Mr. Jimmy bagi. Bukan perkara mudah.
Dia kena memastikan tiada yang terlepas pandang. Lukisan kecil-kecil pulak tu!
Naik juling biji mata melihatnya. Mujur Mr. Jimmy tidak menyerahkan Reinforcement Concrete (RC) drawing. Kalau tidak mahu tercabut biji
mata dia melihat drawing besi-besi
dalam konkrit itu! Memang dia agak lemah sikit menghadap RC drawing itu. Kalau tersalah kira, mati
kena sembur dengan boss!
Selepas naik
lenguh tengkuknya, Haz melihat jam di tangannya.
“Hah? Pukul 5.00
dah?” Cepat-cepat Haz menyimpan drawing
dan mengemas meja. Masa itu emas katanya. Yelah, nak balik masa itu emas. Masa
hendak pergi kerja masa itu besi timbang kati saja kut. Tak berapa nak
berharga.
Semasa di tempat parking motor…
“Alahhh… Malas
betul nak naik! Isyyy! Apa kena la aku hari ni! Serba tak kena!” Haz merungut.
Sakit hati sebab kunci motornya tertinggal dekat pejabat. Nak tak nak, terpaksa
dia menapak semula ke lif.
Sementara menunggu
lif, Haz sibuk menyelongkar beg tangannya. Mana tahu kut kunci terselit dalam
beg. Mungkin dia lupa dia sudah meletakkan kunci dalam beg walaupun dia yakin
kunci motornya diletakkan di atas laci mejanya.
“TINGGG!!!” Lif
pun tiba.
Dengan tangan yang
masih menggagau dan dengan mata yang masih fokus terhadap isi di dalam beg, Haz
terus meluru masuk dalam lif. Tidak tengok kiri kanan depan belakang. Masa
hendak balik itukan emas…
“Adoiii!!!” Bahu
kanannya dirempuh kasar oleh seseorang. Terkejut dia yang tengah khusyuk
mencari kunci dalam beg. Haz yang ketika itu sedang memegang handphone, terlepas pegangannya.
“Eh, sorry sorry. Tak sengaja, saya nak cepat
ni. Kawan saya dah tunggu lama dalam kereta. Nah handphone awak.” Jawab seorang lelaki.
Sambil
menggosok-gosok bahu Haz berkata. “Eh takpe-takpe. Saya pun salah, kelam kabut
sangat cari kunci dalam beg. Thanks.”
Haz menyambut huluran handphone-nya.
Mujur handphone-nya diletakkan dalam
sarung comel yang tebal. Selamatlah.
Lelaki itu
tersenyum sambil mengangguk dan terus berlalu sambil terdengkot-dengkot menuju
ke kereta yang dia maksudkan sebentar tadi.
Haz hanya melihat
dari dalam lif. Dia sempat menahan pintu lif dengan tangannya menghalang dari
tertutup semasa bercakap dengan lelaki tadi.
Haz lihat pemandu
kereta tersebut tersenyum padanya.
“Apesal lain macam
je senyumnya?” Haz sudah seram melihat senyuman pemandu itu.
Setelah lelaki yang
merempuhya sebentar tadi masuk ke dalam kereta, kereta itu pun berlalu pergi.
‘Eh! Macam kenal
je kereta tu?’ Haz berkata dalam hati.
“Honda? Hitam?”
Mulutnya bergerak mengingatkan sesuatu.
“Babun betul!
Mamat Honda semalam rupanya!!! Patut senyum ada makna dengan aku!
Eee..eee..eee.. Geramnya aku!!! Asal lambat sangat pick-up otak aku neh! Kalau tak aku dah pergi sembur mamat tu tadi
sebab tipu aku semalam. Sebab mulut dia jugak motor aku pancit betul-betul pagi
tadi!” Genggaman tangan kanan sudah menonyoh-nonyoh tapak tangan kirinya.
Geram! Haz tidak habis-habis menyalahkan mamat Honda tu punca motor dia pancit.
Padahal Diana bagitahu tadi, apek kedai motor jumpa paku pada tayarnya.
“TING!!!” Lif
sudah sampai di tingkat tujuh.
Lekas-lekas Haz
masuk semula ke dalam office untuk
mengambil kuncinya. Mujur masih ada yang belum balik lagi. Kemudian Haz terus
pulang ke rumah dengan hati yang bengkek
dengan mamat Honda.
“Boleh pulak jumpa
dengan mamat tu lagi? Ingat dah berambus balik KL dah!” Tidak habis lagi
rungutannya setelah sampai ke rumah.
Naseb baek honda hitam...bukan honda meroon...huhuuu klu meroon aku kene cek plat no plak kikikiii...sape kah si pemilik honda itu kan...adekah die sedang bertahta di hati mu kakak ku lalalaaa
ReplyDeletetetttt....honda maroon??? mcm kenal jerk...hahaha..naye lah kalo honda maroon..aah ek..nk tuka la jd honda maroon bulehh??bhahaha. ape plak bertahta dlm hati aku ko neh? jgn kaitkan aku dgn heroin cte neh pelishh pelishh pelishh (mate kedip2) hehe...
Deleteoooo...haz nie bukan watak sebnanyer....name pun novel...mesti la rekaan semate2 tiade kene mengene dgn yg hidop atau yg telah meninggal dunie....huhuhuuu pinjam name je la yeee....huhuhuuu hebat pemikiran ko....:-P
Deletemane plak watak sbenarnye. pinjam name tu yela. mne ksah2 yg best tu aku selitkan le dgn olahan baru. kalo ksah ct nurhaliza mnarik, nnti aku msukkan jugaakk..hehe..
Deletemane sambungan nyer...rase mcm lame dh kamu x nulis...
Deletehuhu...sorry...lately tersangat bz..blik umh da ajo ngaji plak..mlm udh penat...da taip bab5 bru 5 page...sabor yer...nnti 2 bab ku bagi!!! =)
DeleteAkan ku blik slalu le kg wahai wani hehehe...best2..x sabor nk tau ni...mr jimmy 2 hensem x..heheh
ReplyDeletehehe..balik jgn x balik!!! mr jimmy mstile le ensem. hahaha. gelak gatal =P
Deleteorg repot kt neyyyy...kmu ngate dy...kahkahkahahakahk
ReplyDeletereport le... sekadar pnjam name jerk... bkn ksah die p0n...lalala
DeleteSempat baca sebelum nak balik.. hehehehe... best2. bila bce terbayang akak. sbb kisah akak kan.. :) esok sambung lagi ... :)
ReplyDeletexdela sepenuhnye ksah akk...saje selit2 je menambah rencah...hehe...sambung jgn x sambung!!! (>,^)V
Delete