Thursday 21 March 2013

~MR.L DALAM HATI 3~


Assalamualaikum. Nampak gaya seminggu sekali dapat hapdet new n3. hehe. Ok terimalah Bab 3. Kali ni dah ade jelmakan sket2 watak  ehem2. Lepas turut mengenalkan family Haz serba sket.

Oh ya. Yg paling penting nak bg tau sy dah dapat tajuk baru! Bukan lagi Hati Ini Siapa Punya ok! Setelah ditambah, tolak, darab, bahagi, punca kuasa dua, pengamiran (msti budak zaman 90an tercengang dgr istilah neh ;P ), Mulai Bab 3 tajuk baru adalah -MR.L DALAM HATI- ok x? 

Hope u enjoyz...Thanx sudi bace. Saya tau beberapa pembace adalah rakan2 saya. Yg selebihnya adalah silent reader. Seperti biasa, komen amat dialu-alukan ye. =)

p/s: maaf kalo ada yg terkurang



BAB 3




“Apa kamu buat tu lagi Wani? Dah pukul berapa dah ni? Kang lambat masuk office!” Puan Hazimah melaung dari dalam rumah.
            “Sekejaplah mak. Wani nak lap ‘Cik Biru’ ni! Kang tak laju bawak kalau tak lap!” Haz yang dipanggil Wani dalam keluarga menjawab bebelan ibunya.
            “Oi, kamu ingat mak bodoh benor ke? Apa kena mengena laju tak laju dengan lap-mengelap kamu tu? Merepek tak sudah-sudah!” Puan Hazimah mengenakan Haz.
            Haz sudah tersengih. Masih meneruskan kerja mengelap ‘Cik Biru’ kesayangan merujuk kepada motornya yang sudah hampir setahun dipakai. Itulah harta ‘besar’ miliknya yang pertama. Mahu tidak sayang. Hendakkan motor itu, bukan main payah dia memujuk abangnya, Hazim.
            Semasa di semester akhir pengajian ijazah sarjana mudanya, Haz memerlukan kenderaan sendiri. Senang untuk dia ke sana ke mari untuk menyiapkan thesis dan assignment. Maklum sajalah semester akhir pelbagai kerja perlu dibuat. Haz tidak mahu menyusahkan kawan-kawannya yang mempunyai kereta. Segan pun ya juga. Lagipun mereka juga seperti dia, perlu menyiapkan thesis dan assignment masing-masing.
            Hazim keberatan untuk membelikan motor kerana bimbangkan keselamatan adiknya. Tapi Haz mengugut akan menggunakan sebahagian duit PTPTN untuk bayar downpayment motor sekiranya Hazim tidak mahu membelikannya. Mendengar saja ugutan si adik, Hazim beralah dan menurut kemahuan adiknya. Dia mahu PTPTN adiknya digunakan untuk tujuan belajar bukan untuk membeli harta walaupun hakikatnya motor itu hendak digunakan bagi menyiapkan thesis-nya.
 Lagipun dia kesian pada adik bongsunya itu yang terpaksa turun naik bas atau teksi untuk pergi membuat kajian thesis-nya. Apa salahnya sebagai abang dia mengeluarkan sedikit simpanannya. Bukan bayar cash sampai habis pun, bayar downpayment saja. Kalau bayar cash, dia pun tidak mampu. Business baru nak berkembang katakan. Bulan-bulan ibunya bersetuju untuk membayar sementara Haz masih belajar. Dapat kerja, sendiri mahu ingatlah.
Setelah bapanya meninggal dunia semasa Haz di semester dua diploma, Hazimlah yang menjadi ketua keluarga. Hazim merupakan anak kedua. Yang sulung ialah kakaknya, Hazirah yang sudah berkahwin dan mempunyai 6 orang cahaya mata. Manakala yang ketiga ialah Haris. Haris turut membantu Hazim dalam perniagaan perkhidmatan urusan sebelum dan selepas jual beli lori dan kereta. Kedua-duanya masih bujang. Apabila ditanya, pasti nama Haz yang akan dipetik. Kononnya mahu melepaskan yang bongsu dahulu, barulah mereka akan menyusul. Apabila statement itu dikeluarkan, pasti mata Haz automatic akan dijeling ke atas. Menyampah. Keluarga Haz yang pada asalnya tidaklah begitu besar, menjadi besar dan meriah dengan kehadiran anak-anak kakaknya.
Nasib Haz sangat baik. Sebaik sahaja dia menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembinaan di UiTM Shah Alam, dia mendapat tawaran kerja sebulan kemudian. Paling gembira adalah ibunya. Mana tidaknya, Haz berjaya mendapat kerja di kampung halaman sendiri, Teluk Intan. Tidak mengapalah gaji kecil sedikit. Lama-lama nanti naiklah fikirnya.
Haz sendiri bersyukur kerana Allah memakbulkan doanya yang ingin bekerja tidak jauh dari ibunya. Dia tidak sampai hati untuk membiarkan ibunya tinggal berseorangan lagi. Semasa belajar di UiTM hanya sesekali Haz pulang ke rumah jika tiada kerja-kerja penting. Mujur ada kakaknya, Hazirah yang tinggal berdekatan selalu datang menjenguk. Hendak ajak tinggal sekali, Puan Hazimah keberatan. Maklum sajalah dengan keluarga Hazirah yang besar, dia tidak mahu membebankan anaknya. Abang-abang Haz pula tinggal di Kuala Lumpur.
“Wani!!! Apa lagi mengelamun tu?” Tiba-tiba Haz terdengar suara menjerit. Habis terpadam segmen ‘mengenang kembali’ yang baru bersiaran dalam kepalanya.
“Oh mak aku sayang!” Haz terkejut mendengar jeritan ibunya.
“Yelah! Memang wajib kamu sayang. Mak kamu ni! Bukan mak orang lain! Dah pukul 8.25 ni Wani. Bila nak pergi kerjanya? Nak tunggu boss kamu datang jemput ke?” Puan Hazimah sambung membebel.
“Hah??? 8.25?” Terus kain lap dicampak entah ke mana-mana.
“Cepat mak salam! Salam!” Kelam kabut Haz menghulur salam. Pipi kiri kanan dan dahi ibunya dicium kasar. Nak cepat punya pasal.
“Aduh! Kasor benor ciumnya. Habis ditonyohnya muka aku! Budak bertuah!” Si ibu membebel sambil menggeleng-gelengkan kepala. “Jangan bawak laju-laju. Kamu tu kalau dah lambat bukan kira apa. Macam pelesit bawak motor! Bior lambat asal selamat! Selawat jangan lupa.” Kata si ibu lagi.
“Tadi mak yang kata takut lambat. Ni dah kate bior lambat asal selamat pulak? Okay-la mak. Wani pergi dulu. Assalamualaikum.” Lambat-lambat pun, sibuk nak menjawab budak ini.
Selepas membaca doa pendek, motor terus dipecut. Atas motor boleh sambung zikir lain. Mujurlah tempat kerjanya dekat. 5 minit saja boleh sampai. Kalau jam, 10 minit. Eh, ada jam ke di Teluk Intan? Kalu nak ke tengah bandar tu mungkinlah. Ini dekat sangat dengan kawasan perumahan. Drama sangat. Kalau musim perayaan logiklah juga jalan jam. Kalu tidak pun waktu budak pergi dan balik dari sekolah sebab tempat kerjanya bersebelahan dengan sekolah. Waktu-waktu macam ini sudah tentu budak telah selamat belajar dalam kelas.
Hari itu Haz mengenakan kemeja lengan panjang ungu gelap beserta seluar slack hitam. Dipadankan dengan selendang ungu lembut bercorak abstrak. Dilengkapkan dengan kasut tinggi bertutup penuh berwarna hitam. Sebagai pelengkap gaya, beg tangan bertali panjang dipakai serong ke badan. Takkan hendak pakai beg tangan ala mak datin. Percuma bagi dekat peragut saja nanti. Dia naik motor bukan kereta. Gaya memang tidak kalah. Mungkin sudah dididik dari kecil supaya berpakaian kemas walaupun hidup tidak sesenang orang lain. Bak kata iklan suatu ketika dulu, “ada gaya, semua boleh berjaya!” Bak kata orang Perak pula, “bior pape asei bergaye!”
Haz menyandang jawatan sebagai Quantity Surveyor di Megah Construction yang merupakan syarikat pemaju. Gajinya tidaklah banyak seperti bekerja di Kuala Lumpur tapi cukuplah untuk hidup di Teluk Intan. Pejabatnya terletak di aras tujuh bangunan Menara Megah. Majikannya mempunyai berbaga-bagai cabang perniagaan seperti hotel, estet, pembinaan, kedai hardware dan macam-macam lagi. Menara Megah merupakan tempat operasi perniagaan majikan bersama keluarganya yang mempunyai hotel, dewan untuk pelbagai majlis dan seminar, restoran, gymnasium, pusat karoke dan pelbagai bentuk perniagaan. Menara Megah juga merupakan bangunan tertinggi di Teluk Intan. Kalah Menara Condong Teluk Intan! Sedikit sebanyak Haz merasa bangga kerana dapat bekerja di satu lagi mercu tanda Teluk Intan.
Majikannya berbangsa Cina tetapi tidak pernah membeza-bezakan kaum. Malah di hotel mereka kebanyakan pekerja adalah berbangsa Melayu. Cuma di pejabat, hanya Haz seorang satu-satunya pekerja Melayu. Yang lain kesemuanya adalah Cina. Entah apa yang dipandang majikannya semasa memilih dia. Kata majikannya Haz seorang yang aktif dan lasak apabila melihatkan resume  miliknya. Mungkin itu salah satu sebab dia dipilih. Bukan senang hendak mendapat kepercayaan bangsa lain kerana orang Cina dikenali sebagai orang yang kuat  bekerja, menepati masa dan ketelian mereka semasa bekerja.
Setelah hampir setahun bekerja, Haz sudah dapat membantu serba sedikit ibunya. Ah, apa sangat yang hendak dibantu kerana ibunya sendiri mendapat pencen arwah abahnya setiap bulan. Hanya tinggal mereka berdua saja di rumah. Cuma untuk mendapat keberkatan dari seorang ibu, setiap bulan Haz tidak lupa menghulurkan sedikit duit gajinya buat ibu tersayang.
***
Petang itu tepat jam 5 petang, seperti biasa Haz habis bekerja. Keluar saja dari pejabatnya dia lihat dewan yang terletak di aras yang sama menjalankan satu majlis. Tidak diketahui olehnya  majlis apa. Dia hanya tersenyum sahaja melihat orang yang keluar masuk. Tanpa membuang masa dia terus menuju ke lif. Pada masa yang sama dia perasan ada tiga empat orang tetamu dewan yang turut menunggu lif. Seorang daripadanya adalah perempuan.
‘Ahh… lega aku ada perempuan.’ Haz bermonolog.
Haz sememangnya kurang selesa kalau dikelilingi oleh lelaki bukan mahram tidak kira walau di mana pun. Dia sentiasa memikirkan perkara yang tidak baik. Beringat sebelum kena fikirnya. Seboleh-bolehnya dia lagi bahagia kalau dalam lif itu hanya dia seorang saja. Tidak perlu dia nak control ayu atau buat-buat macam dia ini seorang yang pemalu dan pendiam walaupun pada hakikatnya dia seorang yang gila-gila. Cukup-cukuplah dia menyimpan perangai sejak azalinya itu di office. Tidak sanggup nak menyimpan selamanya. Yalah, dia keseorangan di pejabat. Tidak ada gang hendak menyembang. Nak menyembang dengan officemate, dia tidak pandai berbahasa Cina. Adalah dua tiga patah yang dia faham berkat mengambil bahasa mandarin sebagai bahasa ketiga semasa ijazah dulu.
Di dalam lif Haz hanya menunduk memandang lantai persis pengantin perempuan menunggu penganti lelaki. Sepatah pun dia tidak bercakap atau menegur. Sesekali hanya senyum dengan tetamu perempuan. Tetamu-tetamu lelaki langsung tidak dipandang. Malu. Sempat dikerling melalui hujung mata sebelum masuk ke dalam lif tadi, seorang daripada lelaki tersebut jalan terdengkot-dengkot. Kesemua mereka berbaju formal. Mungkin ada majlis rasmi di dewan. Fikir Haz.
‘Ah, lantaklah! Bukan hal aku. Sibuk sangat nak tahu hal orang buat apa?’ Haz berkata dalam hati. Kepala masih menunduk. Itulah Haz. Macam mana nak ada boyfriend kalau hendak pandang lelaki pun malu?
Sampai sahaja ke basement level, terus dia menuju ke arah motornya. Semasa hendak keluar dari basement dia terdengar bunyi hon kecil dan sekejap, isyarat seperti menegur. Tetapi langsung tidak dipandang.
“Jangan nak perasan le Wani, konon orang nak tegur kau! Baik kau jalan terus je.” Haz suka merendahkan diri sendiri. Tapi kalau dia meninggikan diri ,melampau-lampau pula.
Sampai di traffic light lampu menyala merah. Selagi tidak sampai ke rumah memang dia akan kelihatan seperti seorang yang sombong. Tidak melihat orang kiri kanan. Mata  hanya fokus pada lampu isyarat. Dia takut leka. Cukup-cukuplah sekali dia pernah disaman kerana langgar lampu merah dulu.
Di sebelah kirinya, kereta Honda City metallic black menempatkan diri.
Sempat Haz menjeling sekilas. Jeling kereta bukan jeling tuannya.
“Wow! Honda tu… Dapat sebijik jadi la! Erk? Dah tu kau nak berapa bijik? Motor pun tak habis bayar lagi!” Haz mengutuk diri sendiri.
“Awak! Awak!” Terdengar satu suara.
“Err… Rasanya bunyi kat sebelah kiri aku ni.” Haz buat tidak tahu. Takut lampu bertukar hijau.
“Awak! Awak si motor biru!” Suara yang sama berbunyi.
“Hah? Macam kenal je motor biru tu.” Haz terus menoleh ke kiri.
Dia lihat cermin kereta Honda City turun separuh.
“Hah. Pusing pun muka tu. Tu nak bagitau awak, tayar awak pancit.” Kata si mamat Honda kepada Haz sambil menunjuk tayar.
“Hah???” Haz pun turut sama ‘ber-hah-hah’. Terkejut sebenarnya. Cepat-cepat dia pusing badan ke belakang melihat tayar. Tidak pasti mamat Honda maksudkan tayar depan atau belakang.
Okay je?” Bercakap dengan diri sendiri.
Pusing ke depan pula melihat tayar depan. Pun sama.
“Tak ada apa-apa pun. Mamat Honda ni nak kelentong aku ke?” Baru dia hendak buka mulut dan menoleh ke kiri, tiba-tiba “PINNN!!!” Kereta belakang sudah membunyikan hon kerana lampu isyarat sudah bertukar hijau.
Mamat Honda itu pun sudah jauh ke depan.
“Kurang ajar punya mamat Honda! Kalau aku jumpa lagi sekali, siaplah!” Haz sudah berangin. Pantang tok nenek dia kena main macam ini. Tengah-tengah jalan pula tu. Siap kena hon lagi. Tapi sempat dijelingnya plate number ‘W’ pada kereta Honda City itu.
“Hurm… mesti orang KL. Nasib baik! Tipis harapan nak jumpa. Kalau jumpa lagi, aku takut tayar dia yang pancit!”  Haz menyimpan angan hendak pedajalkan orang. Sudah lama dia tidak buat kerja-kerja macam ini. Teringat kenangan di Kuala Pilah dulu.
Haz teruskan perjalanan balik ke rumah.
“Buang masa fikir pasal mamat Honda tak guna tu. Janganlah aku jumpa lagi orang macam dia kat tengah-tengah jalan tu.” Hati Haz berkata lagi. “Buatnya betul-betul pancit, tapi aku tak percaya cakap orang, menonong je jalan tu. Tak ke naya aku terkandas tengah jalan dengan tayar lembik? Boleh jatuh ooo… Silap-silap kena langgar nanti! Hisyyy! Mintak dijauhkanlah.” Haz memohon yang baik-baik buat dirinya.

9 comments:

  1. ha???smpay sni je...hahahhaha mujor awk kelas ptg arinie...klo x...jenuh nk spend mse...yele..kang tgguh2 lg kng di kate nye xnyaport mak sdre mare nie...kikikikiki ...spe le mamt tu kan????? :P keep it up... <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheh!!! saje kasi saspen.tu buat pndek tergantung tuh!! mcm cte episod..ekeke... mekaseh le ank sedare...hahaha..mne dpt perkataan 'nyaport' tuh? warghahaha =D

      Delete
    2. sape mamat tu??? jeng jeng jeng!!!!

      Delete
    3. yele...bhse kn nunjuk bgse...ate..nk wt cmne...nyaport le jd nye....kekekek

      Delete
  2. yeah,done wit reading..khusyuk au bc cm ngah wat review court case..huhu..besh tp kne tggu smbungan lak ea..xpe,will wait 4 it..rsnye,pertengahan cerita 2,kak wani cm da slowkn bahagian dialog..so,d suggestion is,bykan dialog dr monolog.or make it balance..then,superb..overall,besh r cite..xsbr na tggu sambungan cite Mr L,,treng teng teng~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..tq..aah mmg bab kali ni byk naratif...sesekali bior bercerite jerk...hehe...ok nx n3 akn cube byk dialog!buat kseluruhan dialog nak? LoL =D

      Delete
  3. HAHAHAHA.. LAWAK LA KAK. AYAT SEMUA SEMPOI2.. BEST... BILA BACA NI RASA NAK TAU DAN NAK TAU LAGI... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...lawak ek? mknenye berjaya menonjolkan kelawakan itew...hehe...tq =)

      Delete