Wednesday 13 March 2013

~ MR.L DALAM HATI 2~


Assalamualaikum. ok nah ni bab 2! ptg td lps ajar budak mngaji, mencurah2 plak datang idea. Hehe...  seperti biasa, komen sangat2 dialukan. Sayabudakbarunakbelajar... budak ke? hehe... n berkenaan tajuk, skrg ni sy ada senarai 5 tajuk. Rasa tjuk ni mcm x best jerk. Tp bior dlu la ek. Tgk da pertengahan cerita nanti mcm mana... enjoyz...

p/s: Sorry kalau ada typo. Dun worry sy sentiasa akn update dri semasa ke semasa. =)


Bab 2


                        Selepas tamat satu semester Pra Sains, nampaknya rezeki tidak menyebelahi Haz, Mariani dan Farah. Tidak seperti Purah dan Dila yang Berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam exam yang lalu seterusnya melayakkan mereka untuk menyambung pengajian ke peringkat Diploma. Purah menyambung pengajian dalam bidang farmasi di UiTM Penang manakala Dila menyambung pengajian Diploma Sains di UiTM Jengka, Pahang. Sementara Haz, Mariani dan Farah terpaksa menyambung satu semester lagi oleh sebab keputusan peperiksaan mereka pada semester lalu tidak mencapai 3 pointer seperti yang dikehendaki oleh pihak UiTM sebagai syarat untuk menyambung pengajian ke peringkat Diploma. Selain daripada mereka, agak ramai juga rakan-rakan mereka yang turut terkandas menerima nasib yang sama. Mungkin ini suatu kejutan budaya buat mereka yang baru pertama kali melangkah kaki ke menara gading. Bagi Haz, apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya dan merupakan satu pengajaran baginya agar lebih serius dalam pelajaran. Dia mengakui dirinya yang agak leka ketika belajar dan terlampau banyak main daripada menelaah pelajaran. Haz berazam untuk melipatgandakan usahanya pada semester ini dan tidak mahu mengecewakan harapan kedua ibu bapa dan keluarganya. Mujurlah keluarganya tidak memarahinya sebaliknya memberikan kata-kata semangat buat Haz ketika dia menangis tersedu-sedan selepas menerima keputusan peperiksaan semester lalu.
***
            Selepas 6 bulan mengikuti kursus Pra Sains bagi semester yang kedua, Haz Berjaya menyambung pengajian ke peringkat Diploma. Dia mengambil pengajian Diploma Bangunan di UiTM Seri Iskandar, Perak. Teramat jauh menyimpang daripada kursus Pra Sains yang diambilnya sebelum ini. Rakan-rakannya yang lain kebanyakannnya semua mengambil bidang yang berkaitan dengan Sains seperti Diploma Sains dan Diploma Farmasi. Pendek kata semua yang ada kaitan dengan Fizik, Kimia dan Biologi-lah. Itu yang rakan-rakannya pelik dengan Haz. Kalau tak ada yang ‘senget’ sedikit dalam hidupnya memang tidak sah. Walaubagaimanapun Haz berharap pilihannya ini adalah tepat dan yang paling penting dia tidak berjauhan dengan keluarganya. Maklumlah dari UiTM ke rumahnya hanya mengambil masa 1 jam sahaja. Semenjak belajar di sini setiap 2 minggu sekali dia pasti akan pulang melainkan jika ada sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Jika dahulu dia berjauhan dengan keluarga, pulang ke kampung pun hanya sekali dalam sebulan malah pernah dia tidak pulang selama dua bulan kerana mahu menjimatkan wang. Haz bukanlah berasal dari keluarga yang senang. Hidup boleh dikatakan sederhana jika hendak dibandingkan dengan orang lain yang ada lebih susah. Tetapi jika hendak dibandingkan dengan rakan-rakannya dia adalah yang paling susah di antara mereka. Tetapi dia tidak pernah hendak menunjukkan kesusahan dirinya. Dia sentiasa ceria seperti dunia ini dia yang punya.
            Apabila tiba hujung minggu, rata-rata kawan-kawannya pergi dating dengan boyfriend masing-masing. Tetapi Haz lebih selesa duduk di bilik hostel jika dia tidak pulang ke rumah. Haz tidak kuasa hendak memikirkan soal cintan-cintun ini. Buat serabut kepala otak dia sahaja! Bukan apa, apabila dia melihat rakan-rakan di sekelilingnya yang sibuk bercinta, tiba masa mereka bergaduh dengan boyfriend, dengan Haz Haz sekali pening kepala melihatnya. Malah kepada dia mereka meluahkan masalah. Macamlah Haz kaya dengan pengalaman bercinta sampai hendak menjadi kaunselor tidak bergaji. Tapi yang peliknya apa sahaja yang Haz katakan atau nasihatkan pasti rakan-rakannya menurut walaupun kata-kata nasihat darinya ibarat api yang keluar dari mulut naga menyembur kepada mangsanya. Seperti apa yang berlaku kepada rakan sebiliknya, Husna.
Pada hari minggu itu Haz terkejut melihat Husna yang masih melengkar di atas katil. Selalunya Husna yang paling awal bangun pada hari-hari cuti begitu. Hendak berjumpa dengan ‘Cinta Hati’ katakan. Geli tekak Haz apabila Husna menggelarkan teman lelakinya sebagai ‘Cinta Hati’ bila dia hendak bercerita tentang kekasihnya itu. Bajet artislah tu nak panggil sang kekasih Cinta Hati-Cinta Hati.
“Wekkk!!! Boleh muntah hijau gamaknya! Sebut jelah Zek! Bukan susah pun nak menyebutnya. ” Haz berkata dalam hati bila mengingatkan gelaran kekasih si Husna itu..
“Ai Na. Kau tak keluar ke hari ni? Pelik bin ajaib ni kau duduk terperap dalam bilik time-time cuti ni.” Haz bertanya ditambah dengan bonus memerli sebenarnya.
“Malas lah aku keluar. Takde mood. Nak dok bilik temankan kau lagi best!” Husna menjawab.
Haz yang sedang bermain game di komputernya terus berpusing 360 darjah menoleh ke arah Husna. “Walaweehhh!!! Sejuk hati aku dengar kau nak temankan aku!!! Phuiii!!! Kau tak payah nak berlakon dengan akulah Husna oiitt… Tak ada pelakon yang dapat menggantikan tempat aku sebagai pelakon wanita terbaik sepanjang zaman.”
“Yelah. Banyakla kau punya sepanjang zaman. Kalau tak feeling retis memang tak sah! Betullah weh aku nak temankan kau ni. Patut rasa terharu ni.” Husna masih tetap dengan ayat coverline.
“Alalala…udah-udah le tu Husna oiitt… Sekilas ikan di air memang aku tak tau mana satu jantan mana satu betina!” Pappp. Haz terus menampar kuat peha Husna dan terus melabuhkan punggungnya di atas katil Husna. “ Cepat bagitau aku. Apa masalah problem kau ni?” Haz bertanya lagi.
Isyyy… Husna memang tidak boleh berahsia dengan Haz. Sorok macam manapun lambat laun Haz pasti tahu. Itulah Haz yang dikenalinya. ‘Se-senget-senget’ kawannya itu, ‘se-laser-laser’ mulutnya tapi Haz merupakan seorang pendengar yang setia jika kawan-kawan mempunyai masalah. Malah dalam dia me-laser sebenarnya apa yang dikatakan  memang benar walaupun banyak merapu.
“Kau ni dengar dek Karam Singh Walia, disamannya nanti. Peribahasa lintang pukang!” Kata Husna.
“Ahhh!!! Tak ada maknanya!!! Tiba-tiba pulak masuk cerita pakcik angkat kau tu ape hal? Jangan nak tukar topik! Cepat cakaaappp!!!” Haz sudah memulas telinga Husna memaksa dia bercerita.
            “Adoi…doi…doi… Okay okay aku cerita. Janganlah piat telinga aku. Kang putus kang, kurang 2000.” Husna berkata sambil menggosok-gosok telinganya yang sudah memerah.
“Hahahaha! Aku rasa kalau putus bukan takat kurang 2000, tapi tak ada orang nak masuk pinang kau pun. Hahaha!!!” Haz menambah sakit hati.
Tanpa mengambil hati apa yang diperkatakan oleh Haz, Husna pun bercerita tentang ‘Cinta Hatinya’ yang mengamuk sakan dengan dia apabila mendapat tahu Husna memasang ‘spare part’ lain. Husna memang agak gatal sedikit. Tidak cukup dengan satu, boleh pula dia bermain cinta dengan lelaki lain iaitu teman sekelasnya. Sudah berbuih mulut Haz dan kawan-kawan lain menasihatinya tapi jawapannya dia hanya mahu mengisi ruang kekosongan apabila berjauhan dengan Zek. Mendidih tahi telinga Haz mendengarkan jawapannya, rasa boleh mengalir keluar bila-bila masa sahaja.
“Hahhh, itulah kau!!! Dulu orang cakap kau tak nak dengar. Sekarang dah jadi macam ni, terkantoi, PADAN MUKA KAU!!!” Haz menekankan suara apabila sampai ayat akhir. Sengaja bagi Husna sakit hati. Geram Haz dengan perangai Husna yang tidak tahu nak menghargai teman lelakinya yang bagi Haz seorang yang baik.
“Woiii!!! Aku tengah sedih ni, kau janganlah marah aku.” Husna buat muka sedih.
“Kau tu hidup memang ditakdirkan untuk dimarah. Degil macam keldai!” Tidak pasal-pasal keldai dapat publisiti. “Hah macam mana boleh terkantoi ni?” Tanya Haz lagi.
            Husna pun bercerita tentang dating rahsianya dengan Tapai nama gelaran kekasih gelapnya itu. Tidak macho langsung. Tapai. Mesti muka pun macam tapai. Haz sempat mengutuk dalam hati. Husna menambah dia terpaksa menipu Zek dengan mengatakan dia akan berada di library sepanjang hari dan akan off-kan telefon bimbitnya. Tapi tanpa pengetahuan Zek, sebenarnya Husna mempunyai satu lagi nombor telefon.
Kuasa Allah memang tidak dapat disangkal. Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Semasa Husna singgah ke tandas awam, telefonnya terjatuh masuk ke dalam lubang tandas. Menangis dia mengadu dengan si Tapai. Mana tidaknya, telefon itu baru sahaja dia gunakan selama seminggu. Hadiah hari lahir yang diberikan si Cinta Hati. Mahu mengamuk si Zek nanti.
“Kahkahkahkah!!!” Berderai ketawa Haz sampai keras-keras perut apabila mendengar cerita Husna.
“Oii! Sampai hati kau gelakkan aku. Orang tengah sedih pilu ni!” Husna berkata sambil membuat muka kesian.
“Tak adelah. Cerita kau ni kelakar gila kot. Sampai handphone masuk dalam lubang tandas segala. Nilah yang dinamakan hukum karma agaknya. Kau buat jahat dengan Zek, sekarang kau terima balasan. Apa kau rasa? Orennn??? Hahaha!!!” Haz menambah bara di hati Husna. “Macam mana Zek dapat tahu?” Haz bertanya lagi
“Aku tak tau nak buat apa dah. Si Tapai lagilah tak nak masuk campur. Nak tak nak aku terpaksa berterus terang dengan Zek. Tu yang dia mengamuk tu. Dia nak break dengan aku. Uwaaa!!! Aku sayang dia wei..”  Husna sudah mula menangis tidak berlagu.
What? Si Tapai pulut tu tau kau dah ada boyfriend? Lepas tu boleh pulak dia melayan kau? Kau pun sama! Gatal! Miang!” Tidak tertahan-tahan lagi Haz hendak menghamburkan marahnya kepada Husna. Dengan sedap mulut juga Haz menambah-nambah nama Tapai bagi sedap sedikit.
Husna terdiam beberapa ketika. “Errr… Sebenarnya… Tapai pun dah ada awek. Kita orang sam-sama sunyi. Yelah pasangan masing-masing jauh dari mata.” Husna membuat pengakuan dengan reaksi takut-takut.
“Astaghfirullah… Apa nak jadi dengan kau orang ni? Dahlah keluar berdua tu pun satu dosa. Ni kau tambah pulak dengan menipu. Curang pulak tu. Nasib baik kau tak kahwin lagi dengan Zek. Kalau tak memang tak cium bau syurga kau sebab curang dengan suami.” Haz sudah mula bertukar menjadi Ustazah Siti Nor Bahyah.
“Aku menyesal Haz. Sorry sorry. Aku janji aku tak buat lagi. Aku dah putus dah dengan Tapai lepas dia buat tak tau je dengan aku. Dia biar aku handle benda ni sorang-sorang. Benci aku!” Husna member janji kepada Haz.
“Hahhh! Baru sekarang nak benci! Dulu bukan main macam belangkas! Kalau Tapai ada depan aku nak je aku tarik kepala, hentakkan dekat kepala kau! Baru padan dengan muka kau orang!” Haz menyambung marahnya.
“Kau nak sorry dengan aku buat apa? Tu pergi call Zek mintak maaf dengan dia. Lepas tu jangan lupa suruh dia sekeh kepala kau bagi betul sikit. Buat sesuatu tu tak nak fikir!” Haz bagi ayat pedas kepada Husna sambil mengunjukkan telefon bimbitnya kepada Husna. Yalah, handphone baru lepas kena telan dengan lubang tandas katakan. Terpaksalah Haz menyedekahkan kredit telefon bimbitnya kepada Husna.
Sedang Husna sibuk memujuk si Cinta Hati, Haz kembali menghadap komputernya. Cadangnya hendak menyambung permainan yang tergendala tadi. Tapi sudahnya dia termenung sambil otak ligat memikirkan andai dia ditakdirkan mempunyai ‘Cinta Hati’ nanti, moga-moga dia dijauhkan dari sifat-sifat buruk yang boleh merosakkan hubungan. Begitu juga dengan pasangannya nanti, moga si dia boleh menerima dirinya dengan seadanya, bertanggunjawab dan yang paling penting boleh membimbingnya dunia dan akhirat. Seboleh-bolehnya apabila dia berjumpa dengan lelaki yang tepat itu nanti, maka itulah calon suaminya. Dia tidak mahu membuang masa dengan bermain-main dalam perhubungan cinta.
‘Tapi bila tengok kawan-kawan aku yang macam-macam masalah time bercinta ni, takut pulak aku nak hadapi. Bolehke aku nak handle benda-benda ni? Pengalaman pun tak ada.’ Haz bertanya pada diri.

Jika kau tak datang jika kau ingkari, aku sesali…sesali. Jika kau tak datang, jika kau ingkari aku kan…mencari lain…

“Oh mak kau terbalik!” Haz terkejut apabila suara Dato’ Siti dan Kris Dayanti berkumandang tiba-tiba.
“Aikk? Bila masa handphone aku ada dekat meja si Ayu ni? Bukan ke tadi minah gatal tu tengah pujuk Cinta Hati dia?” Haz pelik melihat telefon bimbitnya sudah berada di meja Ayu yang terletak bersebelahan dengan mejanya. Dia turut memandang ke sekeliling bilik. Husna tidak kelihatan.
Handphone-nya terus menjerit melagukan lagu sama buat kali kedua.
“Hisyyy! Yela yela aku datangla ni. Bising! Jika kau tak datang-jika kau tak datang!” Haz merungut pada handphone-nya. Selepas ini confirm dia tukar ringtone lain. Sudah banyak kali handphone-nya buat dia terkejut. Lama-lama boleh sakit jantung. Kononnya dia set-kan lagu itu biar dia cepat terdengar. Tidak adalah pemanggil pun ternanti-nanti. Tapi ini bukan setakat cepat terdengar, tapi cepat terkejut juga!
Butang hijau cepat-cepat ditekan. “Hello. Assalamualaikum.” Haz menjawab.
“Zek ek? Nak cakap dengan Husna ke? Dia pergi toilet kot. Call kejap-kejap lagilah.” Haz menyambung kata. Apabila melihat hanya nombor sahaja yang tertera pada skrin tanpa nama pemanggil dalam senarai telefonnya, Haz mengandaikan sudah tentu Zek yang menelefon sebab baru sebentar tadi Husna menggunakan telefonnya. Mungkin talian terputus sebentar tadi.
Selepas itu pemanggil menjawab. “Waalaikumussalam. Hah? Siapa Zek?”
Ah sudah. Siapa pula yang menelefonnya ni. Mati-mati dia ingatkan Zek yang menelefon.
“Errr… Ni bukan Zek ek? Sorry saya salah nombor.” Haz berkata.
‘Eh! Dah kenapa aku pula yang nak sorry salah nombor ni? Macam aku pulak yang menelefon dia!’ Haz tersedar sendiri.
“Ehem… Siapa ni and nak cakap dengan siapa?” Haz mengawal suara untuk hilangkan rasa ter-malunya tadi.
“Hehehe… kelakarlah awak ni. Saya kenalan awak. Ingat tak kita pernah chating dulu dekat YM?” Jawab si pemanggil.
“Isyyy! Kenalan mana pulak ni? Suara auu auu gitu! Mana pulak aku ada kawan macam ni!” Haz berkata perlahan selepas mendengarkan suara jantan yang sopan santun lemah lembut itu. Jenuh dia berfikir siapa gerangan si pemanggil.
“Eh. Awak salah nombor ni. Saya tak ada kenalan YM. Okay-lah busy ni. Bye. Assalamualaikum.” Haz terus mematikan talian. Senang. Habis cerita. Haz bukan suka melayan orang yang dia tidak kenal. Tambah-tambah pula kalau orang tersalah nombor. Konon tersalah dial, hujung-hujung bagitahu hendak berkenalan. Oh! Budak-budak sangat. Haz sama sekali tidak akan melayan ya.
“Hah! Sapa call?” Tiba-tiba Husna muncul dan bertanyakan soalan kepada Haz.
“Oh pondan mana!” Haz terkejut dan melatah lagi. Apa yang difikirkan itulah yang akan keluar dari mulutnya kalau dia betul-betul terkejut. Habis tercampak handphone-nya ke lantai. Nasib baik tahan lasak N70-nya itu.
“Hahaha! Pondan mananya?” Husna bertanya sambil ketawa. Di kepalanya sudah terlilit tuala tanda dia baru selesai mandi.
“Entah… Bapuk mana call. Suara auu auu! Aku ingatkan si Zek. Kut kau terputus cakap dengan dia tadi ke…sekali suara jantan lembut. Katanya kenalan YM aku dulu. Mana aku ada kawan ruper itu!”
“Haha. Agak-agaklah weh. Suara Zek aku macho okay! Dah tu kau cakap ape? Sembang apa je?” Husna membalas.
“Eleh yang macho-macho tulah yang kau mainkan belakang-belakangkan?” Haz sempat menyindir. “Emmphhh…Sembang apeke bendanya. Aku terus cakap salah nombor. Letak! Habis cerita!” Haz menyambung lagi.
“Alah…dah la. Jangan marah aku. Aku dalam proses nak rujuk balik la ni.” Husna berkata kepada Haz.
“Aik? Dah baik dah? Patut muka happy macam dapat anak sulung je,” kata Haz.
“Haha. Ada-ada je kau ni Haz. Ada pulak macam dapat anak sulung. Orang lepas besalin muka pucat tau! Bukan muka segar jelita macam aku.” Husna perasan cantik.
“Ya Allah… Perasannya makcik sorang ni. Sebab muka kau tak cantiklah aku cakap happy macam dapat anak sulung! Hahaha!” Haz mengenakan Husna.
“Eleh! Jealous la tu! Bwekkk!!!” Husna menjelir lidah kepada Haz. Sikit pun tidak ambil hati.
“Eee… Tak kuasa! Hah, ni kau nak ke mana ni bersiap-siap?” Haz bertanya.
“Zek on the way nak datang sini. Kita orang nak keluar. Berbincang depan-depan,” kata Husna.
“Hurmmm… Eloklah tu. Bincang elok-elok. Jalan elok-elok. Jangan buat tak senonoh! Jalan menuju ke jalan yang benar…” Sempat Haz membuat pesanan penaja.
“Yelah… Kau tu pun jaga diri elok-elok duduk kat bilik sorang-sorang ni. Susah-susah meh aku carikan pakwe nak?” Husna buat tawaran hebat.
“Eh. Takpe takpe. Tak payah susah-susah ye Cik Husna.” Pantas Haz menjawab.
            “Kau tu jangan jual mahal sangat Haz. Ada orang call nak berkenalan, tak nak dilayan. Orang patutnya layanlah. Tak adalah sunyi.” Husna menyindir Haz.
“Siapa nak berkenalan dengan aku? Bapuk tadi? Nah, ambik kau!!!” Haz sudah membaling bantal kepada Husna. “Kau nak suruh aku layan dia orang macam kau? Oh Pleaseee… Itu Bukan aku okay! Kau yelah, gatal!” Haz mengenakan Husna balik.
“Hahaha!!! Okaylah aku pergi dulu. Tata titi tutu…” Husna pantas mengelak bantal yang dibaling Haz. Cepat-cepat dia keluar dari bilik. Sebelum keluar sempat dia berkata kepad Haz, “thanks wei kasi pinjam handphone kau tadi! Sayang kau! Muah muah!!!” Husna beredar sambil membuat aksi flying kiss.
Tinggallah Haz seorang diri lagi di hujung minggu itu. Teman sebiliknya yang lain iaitu Ayu dan Eja masing-masing dengan aktiviti mereka. Ayu mengikuti trip kelasnya ke Kuala Kangsar manakala Eja sama seperti Husna. Dating.
Sedang duduk seorang diri, Haz memikirkan kata-kata Husna tadi.
‘Kau tu jangan jual mahal sangat Haz.’
“Hisyyy! Mana ada aku jual mahal! Modal pun tak ada. Nak jual apa?” Haz membebel seorang diri. Haz sudah kembali pada sifat gila-gilanya. Kalau ada saja orang bercakap mengenai dirinya yang masih tiada teman lelaki, pasti dia akan pusing cerita lain. Entahlah. Haz malas mahu menyesakkan kepala memikirkan perkara itu. Yang penting sekarang, dia mahu fokus pada pelajarannya dahulu. Sudah berkerjaya nanti barulah dia akan memikirkannya. Dia percaya, jodoh sudah tertulis untuknya. Cuma masa sahaja yang belum tiba.

19 comments:

  1. wow kak,pjg nye..leh wat memoir of haz ni..hehe..great,n dpt rs cm duk skali dlm jln cite uh..kisah benar kn kn!!hehe..keep it up k!

    ReplyDelete
    Replies
    1. uiikss!!!da lewat2 neh bace lg?heh..tq2... tp rs x ummpphh bab neh!n tjuk tu! tjuk tu!x catchy lgsung..xpe ade tjuk len mnanti..hehe..errkk...yup separuh ksah bt0l, sparuh ksah tipu..hehe..pjg ek? tulah..time otak kosong memg sekosong-kosong. time idea dtg berlambak2 pulak nk tulis... hehe..thanx again dear...=)

      Delete
  2. aku..aku xde dlm ini cerite....cerite kite di NST 7 bile nk masuk kn...huhuhuuuu
    ~sabarlahwahaihatidalammenunggujodohmu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...adei ack sorry le x dpt le nk msuk sume babak dlm cte aku..myb tgh2 nnt ade selit blik ke... kang aku selit sume ksah kite jerk mst org bosan. kite yela x bosan sbb mmg nk kenang memori lame. tiap2 bab aku nk msuk, da jd biografi plak nnti!!haha... 1000 page p0n x ckup..hehe ;p

      p/s:jgn sbb ko xde dlm cte, ko xnk bace plak ek... (buat muke kesian...)

      Delete
    2. bru hari nie aku berkesempatan membace nye....husna nie husna kite mase kat pilah ker??
      kali nie care penulisan ade ala-ala cerpen gitu...ade imprvmnt....huhuuu

      Delete
    3. isyy ko ni jgn la dedahkan identiti dorg..haha... ampun husna kalo terbace...hehe..knangan zaman hingusan kan..

      yeke cik ade improvement? Alhamdulillah..berkat belajo dgn Mr Gugel..ekekek ;P

      Delete
    4. betul la husna tu hahahahaaaa....tidak ku sangke lalalalaaaaa......

      Delete
    5. aipp aipp!!! ssssSSShhhhhh.......... ;P

      Delete
    6. sssshhhhhhh..................:-P

      Delete
  3. hahaha..acik pecahkan rahsia.tak pun ko cete lawak2 kita time kat nst7...selitkan sikit2...mesti besttt ( ayu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayu: hahaha!!!tu la ack neh! mulot lebor (bkn mulut tmpayan da!)kasi direct je trus! haaha... tgk la nnti mcm mne ek ayu...ade idea mncul, aku selitkan nnti =) tq bace... ^_^

      Delete
  4. haz yg slambe....

    ReplyDelete
  5. khidupan haz zaman remaja smase d bngku skola nnt ko selitkan kan ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sya Allah...nnti selitkan...nk cari jln cerita.bkn sng nk olah..hehe

      Delete
  6. husna??bkn yg dak comel sepupu penulis tu kn??kn??kan!!!!hahahaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. warghahaha!!! bkn rsenye...tp kalo nk iyekan boleh jugak....... LoL

      Delete
  7. yeay. dpt baca bab 2... semakin tertarik nak tau yg seterusnya,,, :) hihihihi

    ReplyDelete