Thursday 7 March 2013

~MR.L DALAM HATI 1~



Assalamualaikum. This is my first time. So banyak sangat kelemahan. Komen-komen sangat2 dialukan. Hope uolls enjoy dengan permulaan cerita yg x seberapa ni.

p/s: Tajuk x tetap lagi. Mungkin akan berubah nanti. Tengok nanti macam mana k. =)


Update : Selepas mendapat komen2 +ve mengenai bahasa, di sini saya dah perbetulkan sedikit sebanyak. Kalau ada yang terkurang lagi sile2lah komen ye. Beri tnjuk ajar kepada saya budak baru belajar ini...hehe

Bab 1





“Huarrghhh!!! Syoknya tidur petang-petang nan syahdu ni!!! Emmppphh…”  Haz mengemaskan lagi pelukan bantal peluknya selepas mengeliat se-round dua.
“Oii Ngah!!! Udah-udahle tidurnye Bangunlah!!! Jom lepak-lepak makan biskut cecah Nescafe. Syok ni makan time sejuk-sejuk cam ni”. Namun tak ada respond dari Haz. Lagi bedengkur adalah.
“Oi Cik Ngah, bangunlaaaa!!!” Suara Acik naik satu oktaf.
“Arggggghhhhh!!!” bergegar satu hostel mendengar suara Haz. Si Acik terkejut beruk mendengar Haz menjerit tetapi dalam hati suka gila kerana akhirnya bangun juga si makhluk yang kerjanya hendak mengenakan orang sahaja.
“Oii Acik bisinglah!!! Aku nak tidur pun tak aman! Ada je anasir mengacau!!” Haz merungut tidak puas hati.
“Lerr..aku ingatkan dia terkejut. Rupanya bengang tahap petala sebab aku kacau dia!” Acik bercakap dengan diri sendiri. “Dah dah dah Cik Ngah. Bangunlah teman aku makan. Sorang-sorang ni. Boring.”
“Hisyy! Kacau betul! Pukul berapa dah ni?”

“Pukul 2 petang dah Cik Ngah. Dari pukul 11 tadi kau tidur. Kau nak tidur sampai malam ke?”Acik menjawab.

“Hurmm… Hiyarghh hiyarghh!!!” Sambil pusing ke kiri ke kanan meregangkan otot. Prappp bunyinya. “Ahhh…leganya... Bak sini air Nescafe! Biskut jugak!” Dengan suka hati bapak tiri laki mak dia sahaja Haz meminta pada Acik.

“Hamboi! Bangun-bangun terus iktiraf diri jadi Tuan Besar. Buat sendiri la!” Acik tidak mahu mengaku kalah.
“Eiii…Eiii…kang kang aku tidur balik kang!!! Aku tidur balik kang!!! Kang kang kang!!!” Haz bercakap sambil membuat aksi hendak baring semula.

“Ok ok Tuan Besar. Nah hambek Nescafe dan biskut Hup Seng seperti yang Tuan minta. Janganlah tidur balik Ngah. Aku bosan gila ni, tak ada gang nak borak, nak lepak.”  Acik mengalah dan merayu akhirnya.

“Hahahaha…tau takut…” Haz tergelak sakan dapat mengenakan si Acik.
Siapa tidak kenal dengan Haz, si kaki mengenakan orang nombor 1 abad ini di kalangan gang-gang mereka. Si Haz ini lah makhluk bertanduk yang tidak kelihatan tanduknya. Dalam gang mereka, kadang-kadang Haz digelar setan 1 kerana nakalnya Nauzubillah!!! Tapi Acik and The Gang tidak pernah hendak mengambil hati beria-ria. Merajuk dan marah pun cuma mengada-ngada sahaja kerana mereka sememangnya rapat dan faham sangat dengan perangai Si Haz yang kaki mengusik itu walaupun kadang-kadang mereka rasa hendak lepuk laju-laju muka Haz. Tapi tidak juga dibuat kerana mereka takut lagi teruk terkena dengan Haz.
Mereka bersahabat baik malah sudah seperti adik beradik kerana dalam bilik itu ada Along, Angah, Alang, Acik, Uda dan Acu. Semua itu mereka susun mengikut turutan tarikh lahir walaupun tahun lahir adalah sama. Hostel mereka ini asalnya adalah sebuah rumah banglo tapi sudah di transform  menjadi hostel oleh pihak UiTM Kuala Pilah. Jadi, dalam sebuah rumah itu terdapat empat buah bilik. Mereka duduk di bilik kedua besar yang boleh memuatkan enam orang. Mereka  semua mengambil kursus Pra Sains selama 6 bulan dan wajib mendapat 3 pointer ke atas sebagai syarat sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma. Kalau tidak mencapai target, maka duduklah mereka di situ lagi satu semester. Walaubagaimanapun selepas tiga bulan, hanya tinggal lima orang sahaja di dalam bilik itu kerana Along telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma di Politeknik. Konon-kononnya si Angah la telah diberi mandat oleh Along untuk menjaga adik-adik yang sama baya tu.
Angah a.k.a Hazwani. Di kalangan keluarga dan kawan-kawan sekolah memanggilnya Wani tetapi semenjak belajar di UiTM Kuala Pilah, terlalu ramai orang yang bernama Wani. Oleh sebab itu kawan-kawannya sepakat memanggilnya Haz dan ditambah dengan gelaran baru oleh roomatesnya yang memanggilnya Angah. Secara kesimpulannya kawan-kawan yang lain di UiTM Kuala Pilah lebih ramai memanggilnya Angah berbanding Haz. Nampaknya panggilan itu tidak terhad kepada adik beradik lain mak lain bapanya sahaja tetapi kawan-kawan yang lain juga. Haz merupakan anak bongsu dalam keluarga tapi perangainya, sumpah tidak macam anak-anak bongsu yang lain. Elok dan padan sangatlah tu dapat ‘jawatan’ sebagai Angah kerana memang sifatnya yang agak garang tapi pandai melawak dan paling suka mengusik. Kalau orang yang tidak kenal rapat dengan Haz pasti akan mengatakan dia seorang yang sombong. Alang a.k.a Purah seorang yang pendiam dan selalu blur. Orang sudah sampai KL dia baru hendak start enjin. Macam itu lah lebih kurang perumpamaannya. Tapi Alang ni paling pandai di antara semua. Uda a.k.a Dila seorang yang lembut dan pendiam juga tetapi kadang-kadang garangnya boleh tahan. Acik pula memiliki nama suci murni, Mariani. Dia paling masuk kepala dengan Haz. Secara kebetulan, Angah, Alang, Uda dan Acik ada persamaan iaitu merupakan anak bongsu dalam keluarga. Acu a.k.a Farah terbalik pula. Acu merupakan anak sulung dalam keluarga tapi memiliki perwatakan manja sesuai dengan ‘jawatan’ sebagai Acu itu. Dia agak manja juga dengan Angah walaupun garang.

Berbalik pada kisah si Angah a.k.a Haz yang baru bangun tidur…

“Angah, kot ye pun pergilah basuh muka, kumur-kumur dulu. Tak senonoh betul la kau ni nak terus melantak biskut macam tu aje.” Acik membebel.

“Isyy macam mak nenek!!!” Haz terus ke bilik air. Selepas itu dia terus duduk di  sebelah Acik dan sama-sama menikmati biskut cecah air Nescafe 3 in 1. Heaven!!! Mereka berkongsi sahaja, kerana hendak buat yang lain, dua-dua pemalas.

Sambil makan, Haz bertanya. “ Mana yang lain Acik? Senyap je?”

“Kau ni mimpi lagi ke Ngah? Tu tak nampak tu Alang tidur kat katil atas kau, Acu kat katil bawah aku. Uda pergi library.” Acik menjawab sambil menunjuk ke arah dua buah katil double decker.

“Eh bila masa dia orang tidur kat situ??? Hantu angkat ke?? Kahkahkah!!!” Haz membuat lawak yang memang minta penyepak.

“Aku ler kau ni... Time-time sunyi ni kau nak sebut benda-benda mengarut. Memang dia orang tidur dekat katil diaorang la! Kau ni dah kenapa??? Hilang ingatan lepas tidur siang? Tu la tidur lagi sampai tak ingat dunia!” Acik membebel lagi.

“Hahaha!!! Saja buat joke…” Haz buat muka tidak bersalah dia.

“Joke kepala hotak kau!!!”Acik bengang, rasa macam nak sekeh sahaja kepala Haz tapi tidak buat pun.

“Kahkahkahkah!!!” Haz makin galak ketawanya.

“Alah, kau nak cakap aku. Tu yang lagi tiga ketul dok megholoh lagi tu ape hei???” keluar dah loghat Perak Haz. Haz memang berasal dari negeri Perak.

“Oiitt dia orang tu dah study gila-gila. Kan nak final exam dah ni? Dah la malam stay up. Kau tu stado je yang lebih!!!”

Amboi ini sudah lebih fikir Haz. “Hoit!!! Hamboi paku dulang tinggal serpih, kata orang dia yang lebih!!! Kau jangan nak mengata aku ya. Bukan dengan kau kau sekali ke join aku stado?? Phuiii!!!”

“Hahaha. Mana kau belajar peribahasa tu Ngah?”

“Saja buat joke…” lagi sekali Haz buat muka tak bersalah dia.

Dalam hati Acik berkata. “Sabar Acik, sabar. Engkau memerlukan kesabaran yang tinggi bila berhadapan dengan makhluk Tuhan paling tak makan saman ni.”

“Eh!!! Ni kau punya pasal la Acik!!! Nasib baik aku sedar!!!” Haz memekik tiba-tiba.

“Apanya Angah oiitt???”

“Aku tak zohor lagi!!!” Haz membalas.

“Ngehhh…aku pun belum lagi…” Acik tersengih.

“Kurang belajar ini budak!!! Cakap pung pang pung pang!!! Ingat dah solat. Dah jom solat cepat!!! “ Haz menyinga. Dia bukan boleh kalau orang membuat sambil lewa bab-bab solat dan hal-hal agama ini. Maklumlah, walaupun perangai Haz ‘gila-gila alam’ tetapi dalam hal-hal agama boleh dikatakan dia agak berpengetahuan dari yang lain-lain. Emak Haz dulu merupakan bekas Ustazah Sekolah Agama Rakyat. Haz sendiri pun merupakan pelajar cemerlang di Sekolah Agama Rakyat dahulu. Sedangkan di Sekolah Kebangsaan, Haz hanya sempat mencapai kecemerlangan setakat darjah tiga sahaja. Selepas pada itu, dia mengisytiharkan diri sendiri sebagai pelajar biasa-biasa saja atas alasan hendak bagi chance dekat orang lain. Sengal!

“Eh Acik, yang lain-lain ni dah solat ke belum?” Haz bertanya.

“Dia orang cuti-cuti Malaysia semuanya wahai Cik Ngah.” Acik menjawab.

“Aii… berpakat pulak dia orang ni.”  Terus si Angah menyanyi lagu dalam cerita Ahmad Albab sambil goyang-goyang badan ke kiri dan ke kanan.
“Kita semua sepakat, hai Kampung Si Pening Lalat. Mengucapkan selamat pengantin baru!”

“Sengal lah kau ni Ngah! Hahaha!!! Dah jom!!! Tadi dia yang dok membebel suruh solat!” Acik tidak dapat menahan hendak ketawa. Sakit ginjal dia melayan Angah yang ‘senget’ itu. Macam mana dia boleh ter-kawan dan ter-jumpa dengan Si Angah ini pun dia tidak tahu.

Usai sahaja mereka bersolat, mereka pun sambung study. Orang banyak tidur katakan. Tukar shift. Orang lain study, mereka tidur. Orang lain tidur mereka study. Itulah kerenah pelik dua beradik lain mak lain bapa ini. Tapi sudah namanya Haz si kaki mengusik, si kaki mencari pasal. Tengah-tengah study, Haz mengajak Acik membuat kerja tiga suku sama macam kepalanya itu.

“Acik lama betul dia orang ni tidur. Dah pukul 4 petang dah ni.” Haz membebel.

“Biarlah Ngah. Dia orang penat tu,” kata si Acik

Acik memerhatikan sahaja apa yang hendak dibuat oleh Haz. Tidak kuasa hendak melarang si sengal ini.

Dengan langkah perlahan-lahan, Haz merapati katil Alang a.k.a Purah. Ditiup-tiupnya muka Purah sambil membuat suara garau. “Banguuunn! Banguuunn!”

Tidak puas hati. Haz menggoncang sedikit bahu Alang. Pun tidak ada respond.

Tiba-tiba.

“Oiii!!! Kau buat apa tu Angah???” suara Acu kedengaran tiba-tiba.

“Kus semangat. Kau ni buat aku terkejut je Acu! Alah, kenapa kau jaga? Tidur balik! Tidur balik!!! Haisyy!!!” Haz tidak puas hati kerana rancangannya tidak menjadi.

“Aku dari tadi lagi dah bangun Angah. Kau ingat suara kau jerit tadi merdu sangat ke sampai boleh buat aku beradu dengan tenang?” Acu menjawab.

Ternganga kedua-dua beradik, si Angah dengan si Acik.

“Eh. Hehehe…yeke? Apasal tak kabor? Kalau tak, boleh join makan biskut cecah Nescafe. Emm…dah habis la tapi.” Haz bagi ayat coverline.

“Allah. Tak payah la Angah oiitt... Kenyang aku dengar suara kau. Hah tu apa pulak agenda kau tu??? Tak habis-habis pedajal orang!” Acu membalas.

“Aippp!!! Ssshhh!!! Jangan bising!!!” Haz bagi warning sambil letak jari telunjuk ke bibir.

Acu sudah baring mengiring sambil menongkat kepala dengan tangannya. Dia pun sebenarnya suka melihat aksi-aksi ‘pendajalan’ Angah ini. Ada sahaja ideanya hendak mengenakan orang. Dalam hati dia berharap sangat suatu hari nanti Angah pula yang terkena.
Ceh!!! Itu yang diharapkan. Bukan hendak berdoa minta supaya exam berjalan lancar dan mendapat result gempak.

Haz terus menjalankan misinya. Dia pergi ke meja study dan mengambil pencil case milik Purah. “Emm not bad. Boleh tahan berat isinya.” Haz menggumam seorang diri.

Haz menyangkutkan tali pemegang pencil case pada tangan Purah yang sedia terjuntai itu. Oh bukan tangan tapi jari ya. “Hurmmm memang memudahkan kerja aku ni!” Haz berkata dalam hati.

“Angah! Jahatnya kau. Sakit tangan budak tu. Pencil case tu dah lah berat!!!” Acik bersuara.

“Hehehe...alah sekejap je. Sekejap lagi Alang bangun la.” Jawab Haz.
Tidak cukup dengan itu. Haz mengambil penyepit baju yang digunakan masa menyidai pakaian di ampaian lalu disusunnya berderet pada baju Purah dari kolar baju sampai ke hujung baju. Asalnya dia bercadang hendak disepitnya telinga Purah tapi kejam sangat la pula…

Farah a.k.a Acu yang menyaksikan rancangan ‘Bang Bang Boom’ itu berkata sambil menggeleng-gelengkan kepala. “Apalah dosa Alang buat dekat kau Ngah sampai kau perlakukan sedemekian rupa?” Eleh Acu berlakon saja tu, padahal dia pun gelak sama. Tiba-tiba Acu bangun dari katil dan terus mengambil barang make up miliknya. Haz dengan Acik sudah buat muka pelik melihatkan gerak-geri Acu yang tiba-tiba.

Acu terus menuju ke arah Alang lalu melakar muka Alang dengan jayanya. Pada ketika itu Acu merasakan dirinya ibarat seorang make up arstist. Pada masa yang sama ternganga kedua-dua kakak yang melihat. Kan sudah dikata, Acu berlakon saja lebih. Ceh!

Yang peliknya Alang masih tidak sedar-sedar lagi yang diri sudah diperlakukan seperti patung kedai baju. Maklumlah hendak-hendak pula time hujan ini memang sedap peluk bantal. Acu dengan Angahnya sesedap rasa menyental gincu, blusher dan eye shadow pada muka Purah. Cukup-cukuplah dulu fikir mereka. Hendak disetkan rambut melampau pula rasanya.

Selesai misi mereka, mereka pun duduk melepak di atas katil Haz sementara menunggu Purah bangun.

Seminit. Dua minit. Lima belas minit. Setengah jam. Purah tetap statik macam itu juga.

Haz sudah cuak. Berlegar solan dalam kepalanya kenapa Purah tidak bangun-bangun lagi. Padahal dia tidur lama juga. Lalu terus Haz merapati Purah. Pada masa itu Haz sudah memikirkan yang bukan-bukan. Macam mana kalau terjadi apa-apa yang buruk pada Purah? Ajal maut tidak mengira masa. “Ya Allah berdosanya aku.”  Baru dia hendak memikirkan dosa dan segala-galanya. Itulah Haz. Semasa mengenakan orang main redah ikut suka. Sudah buat, baru hendak fikir baik buruk kelakuannya. Mariani dan Farah a.k.a Acik dan Acu turut sama merasa cuak.

Sebaik sahaja Haz merapati, dia terus menghalakan mukanya dekat dengan muka Purah. Masih terasa hembusan nafasnya. Lega. Tidak mahu berfikir yang tidak-tidak, Haz terus menggoncangkan badan Purah.

“Alang. Oit Alang! Bangunlah!” Haz mengulang aksi yang sama sehingga dua tiga kali.

Kali ke empat barulah Alang memberi respond. Terkebil-kebil matanya macam budak kecil mencari ibunya apabila bangun dari tidur.

“Oi lama gila kau tidur Alang. Risau aku kau tak bangun-bangun.” Kata Haz. Disokong oleh Acik dan Acu. “Haah Alang. Sampaikan kita orang buat apepun kau tak sedar. Tidur mati!!!” jawab Acu.

“Kau orang buat apa?” kata Alang.

Serentak, Haz, Mariani dan Farah ketawa berdekah-dekah. Alang sudah membuat muka pelik. Muka blur dia sudah muncul.

Acik berlalu ke meja solek dan mengambil cermin kecil lalu diberi kepada Alang.

“Alang cuba kau tengok muka kau.”

Semasa Purah hendak bangun baru dia terasa kebas jari-jarinya. Dia lihat elok pencil case tergantung cantik pada jari-jarinya. Dengan baik hati, Acu mengambil pencil case tersebut. Bukan setakat itu sahaja, lagi satu kejutan dia melihat bajunya penuh dengan penyepit kain. Pada masa itu Purah mula bersuara. Nampaknya dia sudah mula kembali ke alam nyata.

“Wei korang buat apa dekat aku?” Purah bersuara penuh kerisauan.

“Kahkahkah!!!” yang bertiga lagi ketawa serentak.

Acik menambah dengan aksi yang tidak sabar-sabar. “Kau tengoklah muka kau Alang dekat cermin tu.”

“Maakkkk!!! Jahat gila korang buat aku macam ni!!!” Alang menjerit selepas melihat muka sendiri dalam cermin.

Yang bertiga lagi tidak berhenti ketawa dari tadi.

“Ni. Ni semua angkara Angah. Angah dalangnya Alang!” Acu menjawab sambil menunjal-nunjal jari telunjuk ke bahu Haz.

“Amboi. Aku sorang je ke? Bukan kau dengan acik bersekongkol sama?” Haz tidak mahu kalah.

“Arghhh!!! Dah dah!!! Dah ‘cantik’ muka aku korang conteng, lepas tu semua tak nak mengaku!!! Aku tau ni semua memang takde kerja orang lain. Kau la Ngah orangnya. Kalau kau tak mulakan, takdenya adik-adik kau ni mengikut!” Alang tunjuk muka geram. Tetapi hakikatnya dia bukan marah pun kerana dia memang paham sangat dengan perangai ‘tak siap’ kawan-kawan a.k.a adik beradik lain mak lain bapanya itu. Semua perangai ‘masuk air’.

Haz sudah tersengih tunjuk gigi. “Alah Lang. Sorry sorry. Gurau-gurau je di petang hari nan syahdu. Gurau senda membawa bahagia. Hehe.”

“Bayaklah kau punya bahagia! Dahlah aku nak mandi. Nak kikis muka aku ni haa. Sabar je lah wahai hati.” balas Purah.

“Alang, sorry!!! Lain kali kitorang buat lagi!!!” Haz berkata kuat mewakili yang lain-lain. Yang lain hanya ketawa tidak henti-henti sambil menggeleng-geleng kepala melihat perangai Haz.

Dalam hati Purah. “Angah Angah. Umur dah nak masuk 19 tapi macam budak-budak lagi. Macam manalah kalau kau dah ada boyfriend nanti. Masak dia nak melayan perangai gila kau.” Purah tersenyum mengenangkan perangai ‘senget’ Hazwani yang masih solo lagi. Alah dia pun solo juga. Sama juga dengan Acik. Yang dah berpunya Acu dengan Uda sahaja. Tetapi apabila mengenangkan kembali perangai si Angah, buat dia geleng kepala.

15 comments:

  1. ok, dh bace...ni cuma pndpt ek...hehehe...
    Dh ok dh jln critanya wani, cuma penggunaan bhs tu kena ada tukar2 ckit supaya pembaca lbh pham and ada beberapa perkataan slh eja...pastu after kamu bercerita memperkenalkan along and sibilings, better kamu tmbh ckit ayat...cthnya:
    Angah a.k.a Hazwani. Di kalangan keluarga dan kawan-kawan sekolah memanggilnya Wani tetapi semenjak masuk Pra Sains disebabkan terlalu ramai sangat nama Wani makan kawan-kawannya sepakat memanggil Haz dan ditambah dengan gelaran baru oleh roomatesnya yang memanggilnya Angah. Kiranya kawan-kawan yang lain di UiTM Kuala Pilah lebih ramai memanggilnya Angah berbanding Haz. Senang cerita panggilan itu tidak terhad kepada adik beradik lain mak lain bapanya sahaja tetapi kawan-kawan yang lain juga. Haz merupakan anak bongsu dalam keluarga tapi perangai, sumpah tak macam anak bongsu yang lain. Elok dan padan sangatlah tu dapat ‘jawatan’ sebagai ‘Angah’ sebab memang sifatnya yang agak garang tapi pandai melawak dan paling suka mengusik. Kalau orang yang tak kenal rapat dengan Haz memang akan mengatakan dia seorang yang sombong. Alang a.k.a Purah seorang yang pendiam dan selalu blur. Orang dah sampai KL dia baru nak start enjin. Macam tu lah lebih kurang perumpamaannya. Tapi Alang ni paling pandai di antara semua. Uda a.k.a Dila seorang yang lembut dan pendiam juga tapi kadang-kadang garangnya boleh tahan. Acik pula memiliki nama suci murni, Mariani. Dia paling masuk kepala dengan Haz. Secara kebetulan, Angah, Alang, Uda dan Acik ada persamaan iaitu merupakan anak bongsu dalam keluarga. Acu a.k.a Farah terbalik pula. Merupakan anak sulung dalam keluarga tapi memiliki perwatakan manja sesuai dengan ‘jawatan’ sebagai ‘Acu’ tu. Dia agak manja juga dengan Angah walaupun garang.

    mula2 situasinya acik kejtkan kamu tido ajak minum, then kamu mula bercerita tntang diaorng, then pastu kamu smbg balik situasi kamu dgn acik...bila kamu nk smbung tu, better kamu bt ayat ckit sbb rasa mcm xkena bila acik tiba2 sergah kamu suh basuh muka.....cthnya:
    itulah kami 6 beradik. berbalik plak kisah aku dan acik yg tengah minum skrg ni...(ayat ina ni pun mcm xkena jugak, tp tgah xde idea la)hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..tq..pjgnye komen kmu. copy paste blik cte aku..hehe..yg mne salah eja?

      tentang penggunaan bahasa tu mmg byk sewel sket.tu sbb aku byk buat perkataan condong n dlm pengikat kata "" Sbb b4 ni p0n aku bce blog2 e-nvel len p0n ayt berterabur. hehe..pe2p0n tq ina. good comment. akan d improve dri semasa ke semasa.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cite dh best dh kak wanie.... sesuai dh...cume mcm lyna 2 katela..ade bhase kene tuka sikit bg nampak lg real kan..ha..hehehe...cayyok2 kak wanie...nana sokong 100%....

      Delete
    2. tq2... bru permulaan.. In Sya Allah akan d tgkatkan!!! =)

      Delete
  3. angah!!!!!!!!!!!!....benci kamu sob sob sobbbb......saye lah si acik itu....huhuhuuu miss nyerr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu!!!benci la mcm mne p0n but I still loving u 4 eva...ewah mcm tjuk lagu!!hahaha.. tau xpe..mmg miss sgt kenangan2 kite....=) In sya Allah pasni lg byk aku nk msukkan knangan kite..kasi banjir 1 Klang!!!hahaha =P

      Delete
    2. uihhhh.....kejam gile nk bg banjir bandar klang.....hahahaaa

      Delete
  4. wahhh..penulis muda..keep it up sis!!i'll support u...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheh!!! mude ke?? yeayyy!!!! tq adikku!!!! mmmuaahhh!!!

      Delete
  5. ooo..cerita ko..sememgnya perangai ko.hihi. aku baca abis dh.hihi. sungguh kijam dan giler kamu ini haz. kikiki ;)
    neway, good start dear! teruskn jgn putus asa. tepuk2!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha!!!! sshhhh....hehehe...tq2...cmne page bru aku??as u wish...hrp cerah mate ko....hahaha =)

      Delete
  6. baru kesempatan baca bab 1 ... busy.. mnarik la akak. rasa mcm xsabar nak bc bab 2. tpi kena curi2 masa.. :) teruskan akak..

    ReplyDelete