Habis saja waktu kerjanya pada hari
itu, Haz pulang ke rumah. Dia berharap sangat tidak bertembung lagi dengan Mamat
Honda itu! Yalah termasuk semalam, sudah tiga hari berturut-turut dia
terserempak dengan lelaki itu. Entah apa punya malang nasibnya. Dan yang amat
pelik apa yang lelaki itu buat di sini? Sebelum ini tidak pernah pula dia
melihatnya.
Hari
Sabtu Haz hanya bekerja half day.
Selepas solat Zuhur Haz bersiap-siap untuk keluar bersama rakan-rakannya. Miza,
Shima dan Mira telah dihubungi semalam. Kebetulan kesemua mereka berada di
Teluk Intan. Bukan main gembira hati Haz apabila semua gang-nya pulang ke kampung halaman. Bukan selalu mereka dapat
peluang seperti ini.
Haz
yang sudah diiktiraf oleh Yani sebagai ketua kumpulan itu lantas mencapai
telefon bimbitnya untuk menghubungi rakan-rakanya. Saja untuk mengingatkan
temujanji mereka. Takut mereka terlupa. Maklumlah Shima dan Mira sudah berkeluarga,
banyak perkara yang perlu mereka lakukan. Nak mengharapkan Yani menghubungi
mereka memang tidak jadilah mereka keluar nampak gayanya. Berlagak mandor saja
lebih.
Tepat jam 2.15
petang, Miza tiba dengan kereta Viva comelnya.
Haz pergi
mendapatkan Miza. Mereka bersalaman, berpelukan. Macam setahun tidak berjumpa.
Padahal mereka boleh dikatakan kerap juga berjumpa kerana Miza pulang setiap
minggu.
“Weh jom la masuk
dulu. Panas ni. Shima dengan Mira tak sampai lagi.” Haz mengajak Maz duduk
melepak di dalam rumah sementara menunggu rakan-rakan yang lain.
“Ai makcik sorang
tu mana? Bukan dia yang beria ajak keluar ni?” Maz bertanyakan kepada Haz
tentang Yani.
“Emm… Makcik tu
entah apa dibuat tak siap-siap lagi. Aku dah panggil dia tadi. Nak pakai tudung
katanya.” Bibir Haz di muncungkan ke arah rumah Yani yang terletak bersebelahan
dengan rumahnya.
Sementara itu
kedengaran bunyi hon di luar rumah. Kelihatan Shima dan Mira sudah tiba dengan menaiki
satu kereta. Shima membawa kereta Gen-2nya.
“Shima! Lamanya
tak jumpa kau! Manyak linduuu…” Haz
meluru ke arah Shima. Terus mereka berpelukan. Kemudian diikuti giliran Mira
pula dipeluk. “Kau pun. Rindu gilerrr!!!”
Kemudian Miza pun
melakukan aksi yang sama. Begitulah keakraban mereka. Sudah seperti adik
beradik.
“Aku pun rindu
gila kat kau Wani, Miza.” Jawab Shima.
“Haah. Aku pun.”
Mira menyampuk.
“Assalamualaikum.”
Tiba-tiba muncul makcik sebelah rumah. Siapa lagi, Yanilah.
“Waalaikumussalam.”
Haz, Shima, Miza dan Mira menjawab serentak.
“Amboi. Terlepas flight ke?” Lambat sampai?” Sindir Mira
kepada Yani.
“Hehe. Aah flight terlepas. Terpaksa ambik tiket
lain.” Yani tersengih tak bersalah. Mereka bersalaman dan berpelukan.
“Dah. Dah. Jomlah
gerak sekarang. Aku dah lapor gila
ni. Makan pagi tadi je ni!” Haz memotong percakapan mereka sebelum berlarutan
lebih panjang.
Mereka sepakat
menaiki kereta Shima. Ngam-ngam mereka berlima. Kereta Shima besar sedikit.
Tidaklah berhimpit. Viva comel Maz diparkir di hadapan rumah Haz.
“Eh lupa pulak aku
nak tanya. Anak-anak kome mana? Tak
bawak sekali ke?” Haz yang duduk di sebelah kerusi pemandu bertanya kepada
Shima di sebelahnya dan Mira di belakang.
“Aku tinggalkan
dengan ayahnya. Elok pulak dia tegah tidur tadi.” Jawab Shima.
“Aah, aku pun
sama. Tinggalkan sekejap dengan papanya. Seronok tadi dia tengah main. Aku
keluar senyap-senyap.” Jawab Mira pula.
“Kalau dia orang
nangis macam mana?” Tanya Miza pula.
“Isy
pandai-pandailah laki aku melayannya. Ini hari girls day out! Dia pun kasi can dengan aku. Haha.” Shima sudah
tergelak sakan. Berlagak jadi anak dara seketika. Sama jugalah dengan Mira.
Macam-macam cerita
mereka bualkan sepanjang di dalam kereta. Lama tidak berjumpa katakan…
***
Mereka
memilih untuk makan di Oldtown White Coffee. Selesa sedikit. Sementara menanti
pesanan tiba mereka sambung bercerita itu dan ini.
“Babe. Apa story baru?” Tanya Shima kepada Yani.
“Aku
tak ada story barunya. Nak story baru kau tanya si Wani ni haaa.
Ada je story baru dia.” Jawab Yani.
“Haah.
Haah weh! Dengar sini aku nak cerita.” Begitu bersemangat Haz hendak bercerita
kepada kawan-kwannya. Melambai-lambai tangannya kepada rakan-rakannya supaya
mereka menumpukan perhatian kepadanya.
Semua
rakan-rakannya sudah duduk merapatkan diri antara satu sama lain. Tidak mahu
terlepas cerita yang bunyi macam menarik itu.
Haz
pun mula bercerita dari saat dia ditipu tayarnya pancit sehinggalah ke
peristiwa semalam. Dia bercerita bagaimana dia diketawakan oleh Mamat Honda
kerana terkial-kial membawa motor dengan berbaju kurung.
”Ek
ele. Apahal Mamat tu macam bagus sangat? Kau kenal dia ke?” Yani bertanya.
“Tau
takpe! Kau belum tengok lagi muka dia yang confident
bagus. Bapak berlagak. Hebat sangatlah tu tayang Honda City dia! Mana ada aku
kenal dia!” Haz melepaskan geram. Inilah masanya dia nak meluahkan semuanya. Selepas
ni kawan-kawannya sudah tiada di sini. Nak bercerita pun payah sebab
jarang-jarang mereka balik.
“La…
Ingatkan kau kenal. Takpe Wani. Kau jangan risau. Lepas ni kalau aku pakai
Honda, kau berlagak pulak dengan dia!” Yani menyedapkan hati Haz.
“Oh
kalau ye? Kalau? Maknanya tak confirm
lagila kau nak pakai Hondakan? Phui!”
Haz membalas kata-kata Yani.
“Haha! Betullah.
Aku bagi cadangan nak tolong kau ni.” Jawab Yani lagi.
“Kalu iya pun, dah
kenapa aku nak berlagak dengan harta orang pulak dah? Aku sekeh jugak kang
kepala kau tu!” Haz geram.
Yang
lain sudah ketawa sakan. Memang kalau Haz dan Yani berjumpa, ada saja yang
hendak di gaduhkan. Perkara kecil pun menjadi besar. Gaduh-gaduh manja
sebenarnya.
Sampai
sahaja makanan, mereka berhenti bercerita seketika. Memberi peluang kepada
perut yang minta diisi. Masing-masing fokus dengan makanan masing-masing. Laksa
Oldtown White Coffee memang menjadi pilihan Haz dan rakan-rakan. Tetapi oleh
kerana dia lapar nasi, maka dia memilih untuk memesan Hainanese Chicken Chop Rice. Air dia memilih Lime Yogurt Smoothie. Miza hanya memesan Curry Chicken Paratha kerana perutnya masih kenyang. Apabila
memesan menu berlainan, mereka turut sama-sama berkongsi dan bertukar-tukar
hidangan untuk merasa.
“Weh
tapi kan Mamat Honda tu ada bawak sorang kawan. Masa hari first aku jumpa tak ada pulak aku nampak kawan dia tu. Tapi esoknya
aku ada terlanggar dengan sorang Mamat ni dekat lif. Sekali tengok dia naik
kereta Mamat Honda tu. Terkezut aku!”
Haz tiba-tiba bersuara.
“Apa?
Kau terlanggar sorang Mamat?” Tanya Shima.
Haz
angguk.
“Depan lif?” Miza
pula bertanya.
Haz angguk lagi. “Masa
tu aku kelam kabut cari kunci dalam beg. Mamat tu pulak kelam kabut keluar dari
lif, tu terlanggar tu.” Jawab Haz.
“Ooo…” Kesemua
kawannya membulatkan mulut.
“Handsome tak weh?” Tanya Mira.
“Emm… Handsome la jugak. Suara sexy gitu.” Haz membalas sambil tersengih
gatal.
“Wow wee!!!” Shima
sudah tepuk-tepuk tangan.
“Kau ni kenapa
beria-ria benor tepuk-tepuk tangan
ni?” Yani menebak Shima.
“Hehe… Tak adalah.
Mana tau ada jodoh dengan si Wani ni. Hehe…” Shima sudah tersengih-sengih
tayang gigi.
“Adakah ini
cinta?” Jawab Miza sambil angkat-angkat kening. Nada suara sudah macam iklan TV.
“Kahkahkah!!!”
Ramai-ramai mereka ketawa mengusik Haz.
“Cinta hotak kau! Kau
ingat ini drama ke? Hahaha!” Haz pun turut sama ketawa.
“Eh tapi antara Mamat
suara sexy yang berlanggar dengan kau
tu, dengan Mamat Honda tu mana lagi handsome?”
Tanya Yani pula.
“Eee… pelisss… Kalau Mamat Honda tu handsome sekalipun, akan terpancar ketidakhensemannya buat dek perangai dia
yang menyakitkan hati tu! Babun!” Haz melepaskan geram lagi.
“Hahaha. Ye ye je
muke marahnya. Marah sungguh ni! Ketidakhenseman
ye. Mana kau belajar BM ni? Kau jangan, nanti benci-benci lama-lama sayang.”
Yani mengusik lagi.
“Sayang? Tak
payah! Kirim salam banyak-banyak dengan dia! Hahaha!” Haz ketawa lepas. Tidak dihiraukan
pelanggan lain yang memandang ke arahnya. Kawan-kwannya pun turut sama ketawa.
“Ehem!
Waalaikumussalam.” Tiba-tiba terdengar suara deheman dan jawapan salam yang
agak kuat di belakang tempat duduk Haz and
the gang duduk. Suara itu seolah-olah mahu menandingi suara gelak tawa
mereka berlima.
Kelima-lima mereka
menoleh ke belakang.
Terkejut bukan
main Haz apabila melihat Mamat Honda si pemilik suara sebentar tadi.
‘Dia dengar ke aku
kutuk-kutuk dia tadi?’ Haz berkata di dalam hati.
“Kau kenal ke
Wani?” Tanya Shima.
Haz berfikir
seketika. Lantas dia bingkas bangun.
Kawan-kawan lain terkejut
dengan reaksi Haz.
“Oi kau nak pergi
mana ni?” Yani bertanya.
“Okay! This is not kebetulan dah!” Wani bersuara geram.
“Amboi. Cakap
orang putih sampai haa… Apa hal kau ni? Apa yang bukan kebetulannya?” Yani
bersuara lagi.
Haz tidak
menghiraukan pertanyaan Yani. Dia terus keluar dari tempat duduknya dan menuju ke
arah mamat Honda.
Rakan-rakan yang
lain sudah tercengang. Dagu semua sudah jatuh ke lantai. Tidak pernah dibuat
Haz macam ini. Pergi serang orang. Lelaki pula tu!
“Assalamualaikum.”
Haz mengucapkan kepada mamat Honda dengan suara yang tegas. Nampaknya
sahabatnya si mamat suara sexy tidak
ada bersama.
“Waalaikumussalam.
Jemputlah duduk.” Penuh slumber mamat
Honda mempelawa Haz duduk dengan suara yang tenang.
“Aku datang sini
bukan nak duduk.” Haz menjawab
“Kalu macam tu
jemputlah berdiri.” Kata Mamat Honda itu lagi.
“Kurang asam punya
Mamat Honda!” Haz berkata dalam hati.
“Arghhh! Tension-nya aku!” Haz sudah memegang
kedua kepalanya. “Kau ni sapa hah? Kenapa masuk hari ni dah empat hari aku
asyik jumpa muka kau je? Cari pasal dengan aku je? Aku kenal kau ke? Ke kau
kenal aku? Aku ada hutang dengan kau ke?” Haz sudah menunjukkan tanda-tanda
mahu bertukar menjadi Incredible Hulk
tetapi masih dapat dikawal. Nafasnya saja turun naik menahan kemarahan.
“Weh weh. Apa kena
si Wani ni. Jom jom tengok.” Shima sudah bangun dari tempat duduknya untuk
mendapatkan Haz. Kawan-kawan yang lain turut sama bangun. Risau pula kalau
apa-apa buruk berlaku.
“Eh awak tak ada
apa-apa hutang dengan saya. Awak tak kenal saya. Dan saya pun tak kenal awak
sebenarnya. Tapi dalam empat hari ni rasanya semakin kenal la kut. Hehe.” Jawab
sentiasa main-main saja lelaki seorang ni. Memang menyakitkan hati.
“Dah tu, apesal ke
mana je aku pergi ada je muka kau? Kau ikut aku ke?” Haz main tembak saja. Mana
tau kena.
Sementara itu
kawan-kawan yang lain, sudah mula faham kedudukan sebenar. Mereka sudah dapat
mengagak Mamat itulah Mamat Honda yang diceritakan oleh Haz sebentar tadi.
“Mana ada saya
ikut awak. Kebetulan je. Eleh! Perasan!” Mamat Honda sengaja menambahkan bara
di hati Haz.
“Eee… Kau tau tak
aku tengah membara dengan kau sekarang ni? Oh bukan sekarang je. Dari hari kau
menipu aku kata tayar aku pancit lagi aku dah bengang dengan kau!” Haz
menyembur si Mamat Honda itu lagi.
“Tau…” Itu sahaja
yang dijawabnya.
“Itu je yang kau
jawab? Apa yang kau tau?” Haz menambah lagi.
“Taulah yang awak
bengang dengan saya.” Muka Mamat Honda masih tenang tiada perasaan.
“Ya Allah… Manusia
jenis apa kau ni? Tak ada perasaan langsung!” Haz sudah meletakkan kedua-dua
tapak tangannya ke atas meja dan mengahadap muka Mamat Honda. Garang
renungannya. Rasa macam hendak ditelan saja Mamat Honda itu.
“Err… Excuse me. Sorry ganggu perbincangan kau orang.” Tegur seorang lagi lelaki. Ya
sahabat kepada Mamat Honda.
“Perbincangan
apanya? Saya datang nak gaduh. Tak ada bincang-bincang dah!” Automatik kata
ganti diri bertukar kepada saya. Haz baru perasan inilah lelaki bersuara sexy itu. Nampak santai tetapi masih segak
dengan hanya memakai T-shirt berkolar dan seluar jeans.
Yani, Shima, Miza
dan Mira sudah bertukar-tukar mengalih pandangan antara Haz, Mamat suara sexy dan juga Mamat Honda. Apa
sebenar-benarnya yang berlaku pun mereka sudah pening memikirkannya.
“Wo wo! Sabar
awak. Jangan ikutkan perasaan. Sebelum tu saya kenalkan diri saya. Saya Ruzain.
Yang ni kawan saya. Orang yang awak bengang sangat ni namanya Fahmi. Err…
Awak?” Si Mr. Sexy Voice sudah memperkenalkan diri.
‘Ooo… Ruzain
namanya.’ Hati Haz menyebut semula nama lelaki itu.
“Perluke awak tahu
nama saya?” Balas Haz.
“Perlu. Sangat
perlu!” Balas Ruzain sambil tersenyum manis. Cair. Cair.
“Eh tak perlu kut.
Ni saya nak pesan dengan awak tolong nasihat dengan kawan awak ni, jangan asyik
nak cari pasal dengan saya. Jangan bagi saya Nampak lagi muka dia!” Haz menyampaikan
pesan berbaur amaran kepada Ruzain.
“Err… Sabar cik…”
Ruzain menghalakan ibu jarinya kepada Haz sebagai isyarat bertanyakan nama Haz.
“Wani!” Jawab
Shima tiba-tiba.
Kawan-kawan yang
lain sudah menoleh ke arah Shima. Haz sudah bagi jelingan maut. Punyalah dia
beria-ria merahsiakan namanya tadi, Shima sesedap hati saja bagi tahu pada
lelaki itu.
“Ah Cik Wani…”
Nama Wani meniti di bibir Ruzain.
“Tak payah
ber-cik-cik Ruzain. Panggil Wani je dah cukup.” Shima menyampuk lagi.
Haz berasa seperti
hendak cekik-cekik saja Shima pada saat itu. Mulut tak reti nak diam dengan
tiba-tiba.
“Oh… Sabar Wani.
Jangan ikutkan perasaan. Fahmi tak buat apa-apa yang melampau pun.” Ruzain
seperti membela kawannya.
“Tak melampau kata
awak?” Haz memprotes kata-kata Ruzain.
“Dia kacau saya
tengah-tengah jalan raya tau tak? Yang awak boleh biarkan aja duduk diam dekat
sebelah dia? Kalau apa-apa jadi, entah saya terjatuh ke apa ke sapa nak
bertanggungjawab? Cakap pulak nak menyakitkan hati orang je!” Haz meluahkan
ketidakpuasan hatinya terhadap Fahmi. Dengan-dengan Ruzain sekali terkena
penangannya.
Ruzain sudah
terkedu. Sedar silap sendiri. ‘Padan muka aku!’ Katanya di dalam hati.
“Err… Saya minta
maaf. Saya boleh terangkan semuanya.” Balas Ruzain.
“Apa yang awak nak
terangkan ni?” Jawab Haz pula.
“Haah! Apa dia?
Kita orang nak tau jugak!” Jawab Yani bagi pihak rakan-rakan yang lain. Dia sudah
berdiri di antara Shima dan Mira sambil memegang bahu mereka dengan kepala dipanjangkan
ke depan. Ketara sangat aksi menyibuknya.
‘Adoi semenjak
bila pulak kawan-kawan aku jadi macam gini ni? Dah lah pening dengan perangai
dua lelaki ni. Ni bertambah pening dengan perangai kawan-kawan aku!’ Haz
bermonolog.
“Cepatlah Ruzain.
Terangkan cepat! Kita orang nak dengar ni!” Mira pula mengambil alih untuk
bersuara. Tidak sabar-sabar saja lagaknya.
Haz sudah menepuk
dahi melihat kerenah rakan-rakannya. Macam mak nenek fikirnya. Kepoh! Rasa seperti
mahu melagakan kepala kawan-kawannya di antara satu sama lain.
eewwaahhh...cakpong!!cakpong!!!kahkahahakah
ReplyDeletecakpong cakpong...ape yg cakpong ntah!!! =P
Deleteerk! boleh ke babak strusnye .. ke scene lain bkn smbungn nie. hahaha
ReplyDeletetgu dan lihat. hehe
Deletegood job dik... =)
ReplyDeletetq kak!!! sukenye akk komen...akhirnya...salah seorang writer yg d minati telah mengomen..hehe =)
Deletehahaah mmg rindu sgt kt kuar ramai2 mcm ni kan...rse mcm nk skolah blik lak...tiap2 ptg ak dtg amik ko dgn lagenda oren, n kt merayap kg banjar la, pdg tembak dalam la...kekadang pasar rabu...si lela mesti singgah tmpat asam kan..sooo sweet...best2 bab ni...mengingatkan ak zaman kegemilangan kt semua...wani no mmg LEADER ktorg
ReplyDeleterindu kannnn....hrp dpt la jd knyataan kumpul cenggini... best ek bab ni? tq tq =)
Deletep/s:aku memang LEADER??? huhu sejak ble??? kwang kwang kwang ;P
wahhhh,berdebar bc...gado lg kak..huhu (batu api)..xsbr na tggu episod dpn..aummm
ReplyDeleteeh bru bce ke b6?dari mgu lps lg da ade.same naik dgn b5..debar ye..wah wah wah batu api nk tgk org gado..hehe...nk tau tungguuuu....kalo idea mari, mlm ni tulis...kalo x, peram dlu lar...hehe
Deletehahahahaha.... :) nk jugak tau pe yg nak diterangkan tu ...
ReplyDeletehahaha
Delete