Thursday, 11 April 2013

~ MR.L DALAM HATI 5~

Assalamualaikum. Morning. Fuhhh!!! Setelah bersawang blog ni, akhirnya terisi jugak hari ni. Sorry lah kwn2. Lately ni bz sket kerja.Balik rumah dah penat. Malam mengantuk terus tidur. Sebagai menebus kelewatan, ni saya bagi 2 bab terus! Enjoyzzz...

Oh ya di kesempatan ini saya juga ingin menyatakan, jalan cerita ini hanya rekaan semata-mata ye. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang sudah tiada. Kalau ada pun hanya sekadar meminjam beberapa nama sebagai watak di dalam cerita ini.

Di sini juga saya sertakan wajah watak2 utama dalam cerita ni. Konon2lahkan. Dapatlah korang bayangkan sambil baca cerita ni. hehe. Selamat membaca! =)

 
HAZ
RUZAIN

  
FAHMI    

BAB 5
 



ASSALAMUALAIKUM,SALAM JUMAAT BUAT UMAT ISLAM, UCAPAN DIMULA DENGAN SALAM, MOGA DIBERKATI 'PENCIPTA ALAM', LAHIRKAN RASA SYUKUR PENUH 'DARI DALAM', AGAR HIDUP TIDAK KELAM, INSAFI DIRI AGAR DOSA LAMA TERPADAM, MOGA HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM...=)
           
            Setelah habis meng-update status pada hari itu, Haz terus logout dari facebook-nya. Sudah seperti agenda wajib pula bagi Haz apabila tiba saja hari Jumaat pasti ada nukilan-nukilan islamik yang direkanya sendiri. Dia bukanlah seorang Ustazah atau ahli agama tetapi apa salahnya dia saling mengingati bukan saja untuk dirinya tapi juga buat rakan-rakan facebook-nya yang lain. Moga ada juga sedikit manfaat yang diperolehnya.
            Haz kemudian membuka drawing untuk menyambung kerja-kerjanya. Dia mahu memeriksa sekali lagi kiraan bakau pile yang telah dikira semalam. Dia merasa seperti tidak logik pula apa yang dikira semalam. Sebelum kena sembur dengan Mr. Jimmy baik dia check semula. Pensel diambil untuk mencatat kiraan.
            “Okay. P9 pulak! Satu. Dua. Tiga… Empat belas. Lima belas…” Haz mengira bilangan footing atau asas  yang ditanda sebagai ‘P9’. Sedang dia khusyuk mengira, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.
            “KRINGGG! KRINGGG! KRINGGG! KRINGGG!” Klasik sangat bunyi handphone Haz. Saja berubah-ubah selera katanya. Sudahlah bunyi kuat bukan main macam dia seorang saja  yang pakai handphone. Nak kata canggih dah canggih dah tapi bunyi klasik juga yang dipilihnya.
            “Dua ribuuu!!!!” Haz yang sedang khusyuk mengira satu-satu footing dalam drawing, terjerit sedikit akibat terkejut bunyi telefon bimbitnya. Emmm memang dari dulu Haz suka sangat ringtone yang buat dirinya dan orang sekeliling terkejut.
            “Arghhh!!! Berapa dah aku kira tadi??? Mangkuk betul! Malas betul nak kira banyak-banyak kali ni!” Haz sudah buat aksi garu-garu kepala dengan kedua-dua belah tangan. Tension! Mujur bertudung, kalau free hair memang sudah serabai rambutnya.
            “Hah, ape kamu nak?” Selepas melihat nama Yani sepintas lalu, terus disapanya sebegitu rupa.
            “Ooo mak. Garang benor? Salam pun tak ada?” Yani menjawab.
            “Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Al-Fatihah!” Haz membalas balik.
            “Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh!” Selepas itu terus Yani senyap.
            Hello. Hello. Hah dah senyap pulak? Putus ke pun?” Haz melihat skrin telefon bimbitnya. “Elok je. Tak putus pun... Oi, nak cakap ke tidak? Aku letak kang!” Haz mengugut.
            “Aamiinn… Aku ada ni haaa…” Yani kembali bersuara.
            “Hah, ada pun. Apa yang aminnya? Buat kenduri doa selamat ke?” Haz bertanya.
            “Ai, dah kau cakap Al-Fatihah tadi, aku bacalah kejap.” Yani berkata sambil menyindir.
            “Erk? Hehe… Alhamdulillah. Baguslah. Sekurang-kurangnya dapat kau pahala. Hehe…” Haz bercakap sambil tersengih.
            “Kau la main sedap mulut je. Tapi tak apalah, benda baik. Tak rugi pun baca. Terima kasihlah ingatkan aku.” Yani menyindir lagi.
            “Ishhh. Sama-sama. Tak susah pun. Memang tanggungjawab bersama saling mengingati. Hahaha…” Haz sudah tergelak-gelak.
            “Banyaklah kau punya tanggungjawab bersama!” Yani bengang.
            “Kahkahkah.” Haz gelak besar. “Hah apa hal kau menelefon ni?” Haz menambah.
            “Saja rindu. Tak boleh? Hahaha!” Yani pun naik gila sama.
            “Uiii… rindunya… Mmmuahhh. Mmmuahhh!” Haz apa lagi, memang melayanlah kepala gila si Yani.
            “Uwekkk! Muntah darah aku dengar!” Yani sudah buat aksi termuntah.
            “Pulak? Tadi kata rindu. Aku pun rindulah kat kau ni haa…” Haz menjawab.
            “Toksah nak rindu sangatlah! Geli pelak jantung aku dengar!” Kata Yani.
            “Kau geli jantung. Aku ni dah naik geli dah ginjal, pankreas, lutut, hujung siku ni hah, kau tak fikir!” Haz sudah tergelak-gelak.
            “Bingung betullah kau ni Wani! Ni melayan kamu ni sampai esok pun tak habis!” Yani yang berada di Penang sudah ketawa sakan melayan kawan ‘gilanya’ itu.
            “Habis tu, kamu ingat aku nak sangat ke layan kamu?” Haz masih tak habis-habis lagi mood gilanya.
            “Hahaha. Pigidah! Sekali kau tak layan 1000 kali aku tak sudi layan!” Yani tidak mahu kalah.
            “Yele sangat. 1000 kali tak nak layan konon. Sekarang tengok sapa call sapa sekarang?” Haz menjungkit-jungkitkan kening mengenakan Yani, seolah-olah Yani boleh melihatnya.
            “Ngok! Sukati akulah! Dah ar! Kau relax je kan bergayut! Tak ada kerja ke hah?” Yani pura-pura marah.
            “Aku kan CEO kat sini. Ei… Ei… Aku rase tiba-tiba banyak pulak air liur dalam mulut ni. Rasa nak meludah pun ada ni! Dia yang menalipon orang, boleh tanya pulak lagi. Yang kau tu tak ada kerja ke nak kacau aku? Suka-suki je bergayut time kerja? Phuiii! Hah kan dah kena!” Penuh slumber Haz mengenakan Yani.
            “Hahaha! CEO ye. Dahsyat ah kawan aku. Hehe… Ni aku balik petang ni lepas kerja. Nantikan kepulanganku…” Yani buat-buat suara melaung di tepi pantai. Konon!
            “Yelah. Aku akan menanti kepulanganmu Ghazali!” Balas Haz.
            “Hotak kau Ghazali! Weh esok jadi tau keluar! Bagitahu Miza!” Yani dah mula jadi mandor balik.
            All right! Baik Tuan Mandor!” Jawab Haz.
            “Hehe… Okay-lah. Jumpa petang ni. Jangan lupa bagitahu Miza. Shima dengan Mira sekali kalau dia orang ada.” Arahan dikeluarkan lagi.
            “Baik Tuan! Menurut perintah! Aku sepak kang naya jer. Dia tak nak cakap sendiri. Akuuu…jugak yang kena cakap!” Haz membebel.
            “Hahaha! Kau kan ketua kumpulan! Okay okay. Boss aku dah masuk ni. Bye. Assalamualaikum.” Yani menamatkan panggilan.
            “Banyaklah aku punya ketua kumpulan! Sapa yang lantik entah! Okay. Bye. Waalaikumussalam.” Haz pun menamatkan sesi perbualan dengan Yani. Ada dekat 10 minitlah juga mereka bersembang.
            Haz terus menyambung kerjanya yang tergendala. Terpaksa kira dari mula balik. Sabar sajalah…
***
            Petang itu seperti biasa, tepat saja jam 5.00, Haz lekas-lekas keluar dari pejabat. Macamlah ada kerja penting tunggu di rumah. Padahal hendak melayan TV saja. Kalau tidak pun dia lebih suka menyinggah ke rumah kakaknya Hazirah untuk bermain dengan anak saudara kecilnya, Affan yang baru berusia setahun itu. Si kecil itulah penyeri keluarga Haz setelah sekian lama rumah mereka tidak dihiasi gelak tawa dan tangisan bayi.
            Oleh sebab hari itu adalah hari Jumaat, Haz lebih selesa mengenakan baju kurung ke tempat kerja. Saat untuk melangkah menaiki motor agak payah sedikit. Sangat berhati-hati agar tidak ada yang terdedah.
            Selepas doa menaiki kenderaan dibaca, dia meneruskan perjalanan pulang.
            Keluar sahaja dari perkarangan Menara Megah yang betul-betul terletak di tepi jalan raya besar, lampu isyarat bertukar merah.
            “Alah tak sempat pulak nak kejar lampu tadi. Ni kalau dah start merah ni, sepanjang traffic light lain kang mesti merah jugak!” Haz merungut sendirian.
            Setelah lampu bertukar hijau, Haz meneruskan perjalanan. Dan tidak berapa lama motornya berhenti lagi. Tepat jangkaannya, lampu isyarat kedua turut menghadiahkan warna merah buatnya.
            “Hisy! Kan aku dah kata tadi. Mesti merah jugak!” Haz merungut lagi.
            “Ai… Lama pulak lampu ni. Orang lorong depan aku ni dah sampai dua round jalan, aku tak jalan-jalan lagi!” Haz mula bengang kerana terlalu lama menunggu. Sememangnya traffic light di situ bermasalah sedikit timing-nya.
            Dalam kiraannya lampu akan bertukar hijau sebentar lagi. Lekas-lekas dia masuk gear satu. Tidak mahu dihon oleh pengguna jalan raya yang lain nanti bila dia lambat bergerak. Terkial-kial dia, mana hendak membetulkan kedudukan kaki lagi, mana hendak membetulkan kain lagi. Memang agak leceh bila menaiki motor dengan berbaju kurung. Tiba-tiba terdengar bunyi ketawa kuat di sebelah kanannya.
            “Kahkahkah!!! Oi cik kak, kalau dah tau payah nak bawak motor pakai baju kurung, naik je lah kereta. Hahaha!” Kuat suara itu ketawa.
            Berdesup lehernya menoleh ke kanan. Bengang Haz mendengar ejekan entah dari siapa-siapa itu.
            Selepas melihat, buntang biji mata Haz melihatnya. Pemuda yang di sebelah pemandu tidak berkata apa, hanya senyap sambil bersandar melihat ke depan. Seolah-olah tidak mahu masuk campur. Rasa Haz dia macam pernah tengok lelaki di sebelah driver itu tapi tidak ingat di mana. Lain pula dengan lelaki yang seorang lagi. Ya si pemandu itu. Apa masalah Mamat ni. Ya siapa lagi, Mamat Honda!
            “Kau???” Haz bersuara bengang sambil menunjukkan jarinya ke arah muka pemandu itu. Orang yang mencari pasal tidak perlu bersopan santun apabila bercakap dengannya. ‘Aku kau’ pun sudah cukup bagus daripada dia ‘hoikan’ orang.
            “Kenapa cik kak? Kenal saya ke? Hahaha!” Mamat Honda itu ketawa galak.
            “Eh apa masalah kau ni hah?” Haz terus menyembur si mamat Honda.
“Tak ada apa-apa masalah. Yang masalah cik kak tu. Pakai baju kurung, ada hati bawak motor. Naiklah kereta. Apedaaa…” Mamat Honda terus menyakitkan hati Haz
“Aku susahkan kau ke? Motor ni pakai duit kau ke? Ada aku pakai tak senonoh naik motor ke?” Sempat lagi mereka bertekak di tengah-tengah jalan raya itu.
“Saya memang tak susah. Eh awak tak guna duit saya pun. Baju pun elok je sopan tertutup. Muslimah! Tapi…” Mamat Honda sudah menoleh ke arah sahabatnya di sebelah yang betul-betul berada di sebelah Haz sekarang. Tangannya sudah memegang bahu sahabatnya itu.
“Tapi apa?” Haz pantas menjawab.
“Tapi…” Belum sempat Mamat Honda menyudahkan kata-katanya, sahabatnya terus memotong percakapannya.
“Errr… Tapi lagi manis kalau awak naik kereta. Emm… Pedulikanlah kawan saya ni. Dia ni memang otak tak betul sikit.” Lelaki di sebelah pemandu yang dari tadi duduk senyap mula bersuara. Garau dan agak jantan suara yang satu itu. Sexy. Kalau cakap dengan nada romantis confirm cair.
“Eh bukan kau yang…” Baru sahaja mamat Honda hendak berkata-kata kepada sahabatnya itu, lelaki bersuara sexy itu sudah menekup mulutnya dengan tangan.
“Emphh! Emphh!” Sesak nafas mamat Honda seketika apabila dengan hidung-hidugnya sekali di tekup oleh sahabatnya.
Haz sudah terpinga-pinga melihat kerenah dua orang lelaki itu. Cadangnya tadi mahu bergaduh mulut dengan mamat Honda itu tapi tiba-tiba pula lelaki seorang lagi bersuara. Potong line betul! Tidak sempat dia hendak menyembur Mamat Honda itu.
“Eh kenapa kau…” Baru saja Haz hendak bersuara, lampu sudah bertukar hijau.
“Zoommm!” Honda City metallic black meluncur laju meninggalkan Haz.
Haz mahu bertanya, kenapa lelaki itu asyik mencari pasal dengannya dan apa masalah mamat Honda itu sebenarnya. Adakah dia kenal dengan lelaki itu dia sendiri tidak pasti.
“EEE!!! BENGANG GILA!!!” Haz sudah menjerit atas motor seperti orang gila. Tidak dihiraukannya dengan beberapa orang penunggang motosikal yang memandangnya. Motor terus dipecut laju. Hajat di hati hendak mengejar Honda City tapi apalah sangat kemampuannya hendak mengejar yang hanya menaiki motor. Sudahlah memakai baju kurung. Buruk benar rupanya kalau berbaju kurung tapi bawa motor macam pelesit.
Haz terus merungut-rungut atas motor. Terngiang-ngiang lagi di telinganya, “Pakai baju kurung, ada hati bawak motor. Naiklah kereta.”
“Eii!!! Mentang-mentang kau pakai Honda! Nak berlagak dengan aku! Aku pun pakai Hondalah!!! Err… Honda wave! Huhu.” Haz tak mahu kalah.
Sampai ke rumah, Haz terus memarkir motornya. Masuk saja ke dalam rumah terus dihenyakkan punggungnya ke atas kerusi rotan rumahnya. Haz menarik nafas panjang melepaskan lelah. Dalam pada itu, baru dia teringatkan sesuatu. Ya lelaki bersuara sexy itu! Dia pernah mendengar suara itu.
“Ya Allah. Patut macam penah dengar. Mamat tu yang terlanggar aku dekat lif semalam. Isy macam mana boleh tak ingat ni! Tapi apasal hari ni suara dia lain sikit dari semalam? Maybe semalam dia pun kelam kabut kut… Cakap pun laju-laju. Hurm… Macam manalah dia boleh berkawan dengan mamat Honda kerek tu! Sakit je hati ni ingatkan mamat Honda tu.” Haz bercakap seorang diri seolah-olah sedang bersembang dengan seseorang saja gayanya.

Wednesday, 27 March 2013

~ MR.L DALAM HATI 4~

Assalamualaikum. Eheh! Harini n3 awal kan kan kan? Selalu rabu malam atau ari khamis baru naik. Gigih tulis mlm td. Tdo kol 2.30 pg gitu. Ok pd Una kali ni byk dialog ek...hehe... n pd geng2 aku tsayang bab ni hrp tersenyum tersipu-sipu sbb dah ku selit nama kome...hehe... Pd sume readers thanx sudi bace. Sy x knl kbanyakan kamu, tp thanx sudi bace. Sehingga hari ini Mr. L Dalam Hati (MLDH) mnunjukkan peningkatan viewers. Ni carta dia. Sbg menaikkan smangat sy utk terus mnulis cte neh.

MLDH 1- 101 viewers
MLDH 3- 64   viewers
MLDH 2- 59   viewers

tq tq tq soooo mucchhhh!!!!  Terimalah Bab 4!!! enjoyyzzz!!! (>__^)V

BAB 4



Pada pagi ini seperti biasa, selepas solat subuh Haz bersiap-siap untuk pergi bekerja. Hari ini dia mengenakan blouse warna royal blue dipakai bersama seluar slack blue black dan sebagai pelengkap gaya selendang merah dililit di kepala. Satu kombinasi warna yang berani tapi kelihatan cantik dan ceria. Mempengaruhi mood-nya untuk bekerja pada hari itu. Bersemangat waja dia pada hari itu.
Selepas siap menyapu bedak compact, mata hanya dihiasi dengan eye liner hitam sekadar memberi kesan supaya mata kelihatan bertenaga. Kemudian blusher disapu di kedua-dua pipi.
“Ahah! Baru berseri sikit muka ada merah-merah.” Haz bercakap dengan dirinya sambil senyum-senyum depan cermin. Perasan!
“Okay siap!” Terus Haz meletakkan semula barang-barang make up-nya ke tempat asal. Gincu sengaja tidak disental kerana dia mahu breakfast dahulu. Selepas bersarapan baru dia akan memakainya. Sia-sia saja nanti gincu terpadam kalu pakai awal-awal.
“Mak apa makan pagi ni?” Haz bertanya kepada Puan Hazimah.
“Ai, mana mak taukan. Pergilah cari. Beli nasi lemak ke apa ke… Mak tak sempat nak cari, ajar budak mengaji tadi. Dia orang singgah mengaji dulu sebelum ke sekolah agama rakyat.” Puan Hazimah menjawab.
“Alah… Malas betul nak pergi beli.” Haz merungut seorang diri.
“ Yelah yelah Wani pergi beli. Mak nak makan apa?” Akhirnya Haz mengalah.
“Apa-apa je lah Wani.” Si emak menjawab.
Haz terus mengambil kunci motor. Dia mahu memanaskan enjin terlebih dahulu. Sementara itu dia sempat menyiapkan bekalan air masak yang hendak dibawa ke pejabat, mengemas dan memeriksa begnya supaya tiada barang tertinggal. Malas dia hendak patah balik kalau tertinggal handphone atau apa saja.
Siap semuanya, dia terus menaiki motornya. Gear satu dimasuk. Minyak dipulas.
“Isyyy! Asal berat je ni! Nak gerak lembap je ni? Takkan siang-siang ada benda nak menumpang kot…” Haz pelik bila motornya agak sukar hendak bergerak. Sempat berfikir yang merepek-repek. Mulut celupar. Ada ‘benda’ tu betul-betul baru tau! Dia terus turun motor dan memeriksa Cik Biru kesayangan.
“Apa hal pulak Cik Biru aku ni. Demam ke apa? Semalam tak makan ubat ke?” Haz merepek sorang-sorang.
“Hahhh??? Choi!!!” Tiba-tiba Haz menjerit.
Puan Hazimah yang berada di dapur segera keluar melihat. “Apa yang kamu menjerit ni Wani? Tak pergi-pergi lagi ke mencari makan paginya?”
“Ni mak, tayar pancit. Adoi… Buat hal pulak dia.” Haz mengadu.
“Ni mamat Honda punya pasal la ni! Mulut longkang!” Tiba-tiba rasa berasap saja hati Haz, tunggu masa api nak marak saja.
“Mamat Honda mana pulak?” Puan Hazimah bertanya lurus.
“Hurmm… Tak ada sapa-sapalah mak.” Malas Haz memanjangkan cerita. Dalam hati habis mamat Honda tu disumpah seranahnya. Sebab mulut longkang dia semalam, motornya pancit hari ini!
“Habis tu, mcam mana gaya kamu nak pergi kerja ni?” Tanya Puan Hazimah lagi.
“Mintak tolong Diana la. Apa lagi.” Haz sudah mengambil telefon bimbitnya untuk meminta tolong anak saudaranya yang kedua. Anak saudara Haz semuanya sudah besar-besar. Yang sulung menuntut di kolej matrikulasi. Yang bongsu baru saja berusia 8 bulan. Hanya Diana yang ada di rumah, menunggu panggilan masuk ke mana-mana Institut Pengajian Tinggi. Yang lain semuanya bersekolah.
“Hah cepat sikit telefonnya. Karang takut dia ada hal lain.” Kata Puan Hazimah.
Selepas bercakap beberapa ketika dengan Diana, Haz masuk semula ke dalam rumah.
“Hah, nak ke mana tu?” Tanya ibunya.
“Huh. Tak ada mood nak pergi beli sarapan dah! Makan biskut je lah!” Jawab Haz. Habis hilang semangat waja awal pagi dia tadi! Bersemangat wajalah sangat Haz!
“Pulak dah? Hurmmm. Cepat sikit makan tu. Kamu tu siap le cepat macam mana pun, Pergi kerjanya mesti lambat jugak!” Sembur Puan Hazimah.
Haz sudah tersengih. Memang betul pun apa yang ibunya kata. Siaplah awal macam manapun, bila jam dah hampir 8.30 pagi baru dia akan bergerak ke pejabat. Mentang-mentanglah tempat kerja dekat.
Jam 8.25 pagi, Diana sampai. Terus dia turun dari motornya tanda menyuruh maksunya yang membawa. Aksi biasa dari Diana. Dia sekali-kali tidak akan membawa maksunya. Naik bernanah telinga dengar maksunya membebel mengata dia bawak motor macam siput.
“Kamu bawak la.” Haz sengaja menyuruh Diana yang membawa.
“Ah. Malas ah. Karang potpet potpet mulutnya bising kat belakang. Macam siput la, macam YB melawat kawasan la. Maksu bawak sendiri!” Diana membalas. Begitulah gayanya kalau dah umur si maksu dengan anak saudara tidak jauh beza. Macam kawan saja.
“Hahaha!!! Dah memang betul macam siput pun.” Haz mengusik Diana lagi.
Diana sudah cebik-cebik mulut mengajuk cakap Haz.
“Apa lagi dua beranak ni tak habis-habis lagi? Cepat Wani! Kamu ni memang nak sangat boss datang jemput kamu kat rumah gamaknya!” Jerit Puan Hazimah dari pintu rumah.
“Eh! Hehehe. Ye la. Nak pergilah ni.” Jawab Haz sambil tersengih.
Lantas dia menuju ke arah ibunya. Seperti biasa salam dan cium tidak lupa buat ibunya. Moga harinya sentiasa diberkati.
Sampai saja di tempat kerjanya, Haz sempat meminta tolong Diana sekali lagi untuk membawa motornya ke kedai untuk dibaiki. Sekali-sekala mendera anak buah daripada tidak buat apa-apa dekat rumah. Haz gelak jahat dalam hati.
Sampai di pejabat Haz lihat boss-nya Mr. Jimmy sudah masuk.
“Aikkk? Awal pulak boss handsome aku ni masuk? Selalu pukul 10.00,  pukul 11.00 baru masuk.” Haz pelik. Yang sebenarnya Haz cuak sebab dia sudah terlewat 10 minit.
“Hah Wani, kenapa you lambat?” Boss handsome bertanya.
Terkejut Haz dengan sergahan boss-nya. Muka sudah cuak gila.
“Errr… Sorry Mr. Jimmy. Motor saya buat hal tadi. Tayar pancit.” Takut-takut Haz menjawab.
“Ohhh… okay… Belilah kereta satu. Senang, apa-apa hal boleh guna.” Jawab Mr. Jimmy.
“Eh, memang saya nak beli. Tapi tunggu Mr. Jimmy naikkan gaji saya la. Baru cukup saving nak beli kereta. Hehe…” Haz menjawab sambil tersengih-sengih. Dalam hati lega sebab Mr. Jimmy tidak memarahinya. Mr. Jimmy memang sporting!
Terus air muka Mr. Jimmy berubah.
‘Alamak! Aku tersalah gurauan ke? Salah timing ke?’ Haz Tanya dalam hati.
“Amboi. Mau naik gaji, buat kerja rajin-rajin! Jangan datang lambat! Nah ni ada buah tangan terbaru untuk you. Kira bakau pile. Lepas tu macam biasalah, kira door, window, bricks, plastering, roof semua.” Mr. Jimmy sempat memerli sambil memberi drawing bagi projek baru.
‘Ambik kau Wani! Dah la kena perli. Siap dapat buah tangan baru lagi! Drawing yang ada ni pun tak habis jelajah lagi.’ Hati Haz berkata lagi.
“Hehe. Sorry sorry Mr. Jimmy. Bukan saya sengaja datang lambat. Errr… Mr. Jimmy awal pulak hari ni?” Berani dan gatal betul mulut si Haz bertanya. Suka hati boss dialah nak datang pukul berapa. Dah nama pun B.O.S.S! dah sah-sah company dia yang punya. Cari nahas betul Haz!
“Saya nak pergi site dekat Sungai Besar. You nak ikut ke?” Mr. Jimmy menjawab. Mujur dia tidak ambil kisah.
Haz tersengih lagi. Memang dengan Mr. Jimmy asyik tersengih saja dia. Boss handsome katakan. Mujur sudah berkahwin, anak sudah tiga. Isterinya pun ada bekerja di pejabat ini. Kalau belum berkahwin ada juga cadangan hendak mengorat. Haz gelak gatal dalam hati.
“Eh tak apalah Mr. Jimmy. Saya duduk office je lah. Study drawing ni. Boleh kira cepat-cepat. Kan?” Haz tersengih lagi. Padahal dia sudah malas hendak ke site. Takut kulit hitam. Phuiii! Dulu masa interview, bila Mr. Jimmy tanya hendak kerja di office atau di site? Dengan yakinnya Haz menjawab hendak bekerja di site. Banyak benda boleh belajar katanya. Nampak sangat Haz hendak menggula-gulakan Mr. Jimmy. Setakat ini hanya tiga kali saja dia melawat ke site. Itupun dia sendiri yang meng-offerkan diri kepada Mr. Jimmy kerana terlalu bosan duduk di pejabat.
Okay-lah kalau macam tu. You study-lah drawing ni. Any problem terus tanya saya. Jangan buang masa tengok drawing lama-lama, tapi tak faham-faham jugak!” Haz kena perli sekali lagi dengan Mr. Jimmy.
‘Adoi sadisnya ayat Mr. Jimmy bagi!’ Terpejam mata Haz bila kena perli sedemikian rupa.
Okay Mr. Jimmy.” Itu saja yang mampu dijawab oleh Haz. Karang dia menjawab lagi takut ada lagi ayat pedas yang keluar dari mulut boss-nya. Baru sedar diri.
Mr. Jimmy terus berlalu keluar dari pejabat.
Selepas saja Mr. Jimmy keluar, suis komputer mejanya terus dibuka. Pagi-pagi motor buat hal. Sampai office terkena ayat pedih Mr. Jimmy. Stress Haz dibuatnya. Sebagai warming up, nak hilangkan stress awal pagi, internet dibuka. Apalagi ber-facebook la!
Masuk saja facebook-nya, terus nama Yani sahabat baiknya menyala merah tanda dia menghantar mesej kepadanya. Yani tinggal di sebelah rumahnya saja. Tetapi sekarang bekerja di Pulau Pinang. Hanya sekali sekala dia pulang ke rumah. Gang-gang Haz yang lain, Shima, Miza dan Mira pun bekerja di tempat lain. Shima dan Mira di Kuala Lumpur, Miza di Ipoh. Jarang mereka dapat berkumpul bersama.
Haz terus membuka mesej tersebut.
Yani : Oiiiiii!!!!!!!
Haz  : Assalamualaikum…….
Yani : Waalaikumussalam. Perli le tu.
Haz  : Aku tau kawan aku Islam. Tu aku bagi salam. Kan? ke bukan? Hahaha. =P
Yani : Ngok ko neh! Aku Islam le giler…
Haz  : Hahahaha (gelak jahat) =D
Yani : Ko memang jahat pun…
Haz  : Eleh ko pon sama. Toksah menipu. Dosa.
Yani : Aku jahat sebab hasut dek setan macam ko la. Hahaha (gelak jahat jugak) =D
Haz  : Kuang ajor! Oittt x keje ke?
Yani : Keje  lerr. Aku nak on9 jap je. Tunggu ko la. Berejam tunggu. Selalu awal2 pagi 
           dah terconggok muke ko kat chat fb neh!
Haz  : Hahaha. Aku kena sembur jap tadi dgn bos. Masuk lambat. Da la tayar pancit
          pagi  tadi. Ada mamat Honda semalam mulut longkang cakap tayar aku pancit.
Yani : Kahkahkahkahkahkahkah (pjg x gelak aku?) Padan muke ko!
Haz  : Kuang ajo punye kawan. Kalo ade depan aku, aku da cekik2 dah!
Yani : Hahaha. Weh minggu ni aku balik. Jom la lepak nanti. Ajak la Miza sekali. Dia
           kan tiap2 minggu balik…
Haz  : Aku on jerk. Ek eleh. Ko g je la tanye Miza sendiri. Nak aku jugak bertanye. 
           Macam le x ada no si Miza tuh!
Yani : Alah ko g je la tanya. Aku ni segan =P
Haz  : Segan kepala hotak ko!
Yani : Kahkahkah! Emo emo. =D
Haz  : Banyakle kamu punya emo. Nak buat aku sakit hati, sumpah seranah bagi dekat 
           ko! Eh dahle. Aku nak buat koje neh. Layan ko, x siap kje aku.
Yani : Hahaha. Yele. Jgn lupe ajak Miza.Kalo Shima n Mira ade balik, ajak ar join
          sekali.
Haz  : Hamboi… kamu berlagak mandor je kan! PHUIII!!! Yele nanti aku Tanya. K le
           out dlu. Assalamualaikum (kalau Islam, jawab =P )
Yani : Islam le ngok! WAALAIKUMUSSALAM WARAHMATULLAHI
           WABAROKATUH. (lengkap aku bagi)  =)

Macam itulah perangai Haz dan kawan-kawannya. Sama sengal macam dia juga. Dengan Yani asyik nak bertekak saja. Tapi itulah kawan baiknya yang paling lama. Sejak dari kecil mereka berkawan. Duduk pun sebelah rumah, sebaya pula tu.
Haz terus logout dari facebook. Dia terus menyambung kerja. Drawing dibuka. Dalam kepala sudah mengira hari hendak keluar lepak dengan rakan-rakannya. Lama mereka tidak hang-out sama-sama. Selalunya dengan Miza sajalah Haz keluar kerana Miza hanya bekerja di Ipoh. Setiap minggu dia pasti balik. Shima dan Mira pula jarang-jarang balik. Tambahan pula mereka sudah berkahwin, ada kehidupan masing-masing.
“Haihhh. Macam-macam aku nak cerita dengan dia orang ni. Nak-nak pulak kisah mamat Honda tuh!” Haz sudah rancang topik apa hendak dibualkan dengan kawan-kwannya nanti.
***
Waktu makan tengah hari, Diana mengambil Haz di tempat kerja. Masuk kerja semula jam 2.00 petang Haz membawa motornya sendiri. Motornya sudah siap dibaiki. Kalau tidak, Diana kena jadi driver dialah sepanjang hari.
Hari ini Haz tekun membuat kerja. Maklumlah projek baru sudah dapat pagi tadi. Sudah macam orang hendak mengambil exam! Sungguh-sungguh dia menghadap drawing yang Mr. Jimmy bagi. Bukan perkara mudah. Dia kena memastikan tiada yang terlepas pandang. Lukisan kecil-kecil pulak tu! Naik juling biji mata melihatnya. Mujur Mr. Jimmy tidak menyerahkan Reinforcement Concrete (RC) drawing. Kalau tidak mahu tercabut biji mata dia melihat drawing besi-besi dalam konkrit itu! Memang dia agak lemah sikit menghadap RC drawing itu. Kalau tersalah kira, mati kena sembur dengan boss!
Selepas naik lenguh tengkuknya, Haz melihat jam di tangannya.
“Hah? Pukul 5.00 dah?” Cepat-cepat Haz menyimpan drawing dan mengemas meja. Masa itu emas katanya. Yelah, nak balik masa itu emas. Masa hendak pergi kerja masa itu besi timbang kati saja kut. Tak berapa nak berharga.
Semasa di tempat parking motor…
“Alahhh… Malas betul nak naik! Isyyy! Apa kena la aku hari ni! Serba tak kena!” Haz merungut. Sakit hati sebab kunci motornya tertinggal dekat pejabat. Nak tak nak, terpaksa dia menapak semula ke lif.
Sementara menunggu lif, Haz sibuk menyelongkar beg tangannya. Mana tahu kut kunci terselit dalam beg. Mungkin dia lupa dia sudah meletakkan kunci dalam beg walaupun dia yakin kunci motornya diletakkan di atas laci mejanya.
“TINGGG!!!” Lif pun tiba.
Dengan tangan yang masih menggagau dan dengan mata yang masih fokus terhadap isi di dalam beg, Haz terus meluru masuk dalam lif. Tidak tengok kiri kanan depan belakang. Masa hendak balik itukan emas…
“Adoiii!!!” Bahu kanannya dirempuh kasar oleh seseorang. Terkejut dia yang tengah khusyuk mencari kunci dalam beg. Haz yang ketika itu sedang memegang handphone, terlepas pegangannya.
“Eh, sorry sorry. Tak sengaja, saya nak cepat ni. Kawan saya dah tunggu lama dalam kereta. Nah handphone awak.” Jawab seorang lelaki.
Sambil menggosok-gosok bahu Haz berkata. “Eh takpe-takpe. Saya pun salah, kelam kabut sangat cari kunci dalam beg. Thanks.” Haz menyambut huluran handphone-nya. Mujur handphone-nya diletakkan dalam sarung comel yang tebal. Selamatlah.
Lelaki itu tersenyum sambil mengangguk dan terus berlalu sambil terdengkot-dengkot menuju ke kereta yang dia maksudkan sebentar tadi.
Haz hanya melihat dari dalam lif. Dia sempat menahan pintu lif dengan tangannya menghalang dari tertutup semasa bercakap dengan lelaki tadi.
Haz lihat pemandu kereta tersebut tersenyum padanya.
“Apesal lain macam je senyumnya?” Haz sudah seram melihat senyuman pemandu itu.
Setelah lelaki yang merempuhya sebentar tadi masuk ke dalam kereta, kereta itu pun berlalu pergi.
‘Eh! Macam kenal je kereta tu?’ Haz berkata dalam hati.
“Honda? Hitam?” Mulutnya bergerak mengingatkan sesuatu.
“Babun betul! Mamat Honda semalam rupanya!!! Patut senyum ada makna dengan aku! Eee..eee..eee.. Geramnya aku!!! Asal lambat sangat pick-up otak aku neh! Kalau tak aku dah pergi sembur mamat tu tadi sebab tipu aku semalam. Sebab mulut dia jugak motor aku pancit betul-betul pagi tadi!” Genggaman tangan kanan sudah menonyoh-nonyoh tapak tangan kirinya. Geram! Haz tidak habis-habis menyalahkan mamat Honda tu punca motor dia pancit. Padahal Diana bagitahu tadi, apek kedai motor jumpa paku pada tayarnya.
“TING!!!” Lif sudah sampai di tingkat tujuh.
Lekas-lekas Haz masuk semula ke dalam office untuk mengambil kuncinya. Mujur masih ada yang belum balik lagi. Kemudian Haz terus pulang ke rumah dengan hati yang bengkek dengan mamat Honda.
“Boleh pulak jumpa dengan mamat tu lagi? Ingat dah berambus balik KL dah!” Tidak habis lagi rungutannya setelah sampai ke rumah.

Thursday, 21 March 2013

~MR.L DALAM HATI 3~


Assalamualaikum. Nampak gaya seminggu sekali dapat hapdet new n3. hehe. Ok terimalah Bab 3. Kali ni dah ade jelmakan sket2 watak  ehem2. Lepas turut mengenalkan family Haz serba sket.

Oh ya. Yg paling penting nak bg tau sy dah dapat tajuk baru! Bukan lagi Hati Ini Siapa Punya ok! Setelah ditambah, tolak, darab, bahagi, punca kuasa dua, pengamiran (msti budak zaman 90an tercengang dgr istilah neh ;P ), Mulai Bab 3 tajuk baru adalah -MR.L DALAM HATI- ok x? 

Hope u enjoyz...Thanx sudi bace. Saya tau beberapa pembace adalah rakan2 saya. Yg selebihnya adalah silent reader. Seperti biasa, komen amat dialu-alukan ye. =)

p/s: maaf kalo ada yg terkurang



BAB 3




“Apa kamu buat tu lagi Wani? Dah pukul berapa dah ni? Kang lambat masuk office!” Puan Hazimah melaung dari dalam rumah.
            “Sekejaplah mak. Wani nak lap ‘Cik Biru’ ni! Kang tak laju bawak kalau tak lap!” Haz yang dipanggil Wani dalam keluarga menjawab bebelan ibunya.
            “Oi, kamu ingat mak bodoh benor ke? Apa kena mengena laju tak laju dengan lap-mengelap kamu tu? Merepek tak sudah-sudah!” Puan Hazimah mengenakan Haz.
            Haz sudah tersengih. Masih meneruskan kerja mengelap ‘Cik Biru’ kesayangan merujuk kepada motornya yang sudah hampir setahun dipakai. Itulah harta ‘besar’ miliknya yang pertama. Mahu tidak sayang. Hendakkan motor itu, bukan main payah dia memujuk abangnya, Hazim.
            Semasa di semester akhir pengajian ijazah sarjana mudanya, Haz memerlukan kenderaan sendiri. Senang untuk dia ke sana ke mari untuk menyiapkan thesis dan assignment. Maklum sajalah semester akhir pelbagai kerja perlu dibuat. Haz tidak mahu menyusahkan kawan-kawannya yang mempunyai kereta. Segan pun ya juga. Lagipun mereka juga seperti dia, perlu menyiapkan thesis dan assignment masing-masing.
            Hazim keberatan untuk membelikan motor kerana bimbangkan keselamatan adiknya. Tapi Haz mengugut akan menggunakan sebahagian duit PTPTN untuk bayar downpayment motor sekiranya Hazim tidak mahu membelikannya. Mendengar saja ugutan si adik, Hazim beralah dan menurut kemahuan adiknya. Dia mahu PTPTN adiknya digunakan untuk tujuan belajar bukan untuk membeli harta walaupun hakikatnya motor itu hendak digunakan bagi menyiapkan thesis-nya.
 Lagipun dia kesian pada adik bongsunya itu yang terpaksa turun naik bas atau teksi untuk pergi membuat kajian thesis-nya. Apa salahnya sebagai abang dia mengeluarkan sedikit simpanannya. Bukan bayar cash sampai habis pun, bayar downpayment saja. Kalau bayar cash, dia pun tidak mampu. Business baru nak berkembang katakan. Bulan-bulan ibunya bersetuju untuk membayar sementara Haz masih belajar. Dapat kerja, sendiri mahu ingatlah.
Setelah bapanya meninggal dunia semasa Haz di semester dua diploma, Hazimlah yang menjadi ketua keluarga. Hazim merupakan anak kedua. Yang sulung ialah kakaknya, Hazirah yang sudah berkahwin dan mempunyai 6 orang cahaya mata. Manakala yang ketiga ialah Haris. Haris turut membantu Hazim dalam perniagaan perkhidmatan urusan sebelum dan selepas jual beli lori dan kereta. Kedua-duanya masih bujang. Apabila ditanya, pasti nama Haz yang akan dipetik. Kononnya mahu melepaskan yang bongsu dahulu, barulah mereka akan menyusul. Apabila statement itu dikeluarkan, pasti mata Haz automatic akan dijeling ke atas. Menyampah. Keluarga Haz yang pada asalnya tidaklah begitu besar, menjadi besar dan meriah dengan kehadiran anak-anak kakaknya.
Nasib Haz sangat baik. Sebaik sahaja dia menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembinaan di UiTM Shah Alam, dia mendapat tawaran kerja sebulan kemudian. Paling gembira adalah ibunya. Mana tidaknya, Haz berjaya mendapat kerja di kampung halaman sendiri, Teluk Intan. Tidak mengapalah gaji kecil sedikit. Lama-lama nanti naiklah fikirnya.
Haz sendiri bersyukur kerana Allah memakbulkan doanya yang ingin bekerja tidak jauh dari ibunya. Dia tidak sampai hati untuk membiarkan ibunya tinggal berseorangan lagi. Semasa belajar di UiTM hanya sesekali Haz pulang ke rumah jika tiada kerja-kerja penting. Mujur ada kakaknya, Hazirah yang tinggal berdekatan selalu datang menjenguk. Hendak ajak tinggal sekali, Puan Hazimah keberatan. Maklum sajalah dengan keluarga Hazirah yang besar, dia tidak mahu membebankan anaknya. Abang-abang Haz pula tinggal di Kuala Lumpur.
“Wani!!! Apa lagi mengelamun tu?” Tiba-tiba Haz terdengar suara menjerit. Habis terpadam segmen ‘mengenang kembali’ yang baru bersiaran dalam kepalanya.
“Oh mak aku sayang!” Haz terkejut mendengar jeritan ibunya.
“Yelah! Memang wajib kamu sayang. Mak kamu ni! Bukan mak orang lain! Dah pukul 8.25 ni Wani. Bila nak pergi kerjanya? Nak tunggu boss kamu datang jemput ke?” Puan Hazimah sambung membebel.
“Hah??? 8.25?” Terus kain lap dicampak entah ke mana-mana.
“Cepat mak salam! Salam!” Kelam kabut Haz menghulur salam. Pipi kiri kanan dan dahi ibunya dicium kasar. Nak cepat punya pasal.
“Aduh! Kasor benor ciumnya. Habis ditonyohnya muka aku! Budak bertuah!” Si ibu membebel sambil menggeleng-gelengkan kepala. “Jangan bawak laju-laju. Kamu tu kalau dah lambat bukan kira apa. Macam pelesit bawak motor! Bior lambat asal selamat! Selawat jangan lupa.” Kata si ibu lagi.
“Tadi mak yang kata takut lambat. Ni dah kate bior lambat asal selamat pulak? Okay-la mak. Wani pergi dulu. Assalamualaikum.” Lambat-lambat pun, sibuk nak menjawab budak ini.
Selepas membaca doa pendek, motor terus dipecut. Atas motor boleh sambung zikir lain. Mujurlah tempat kerjanya dekat. 5 minit saja boleh sampai. Kalau jam, 10 minit. Eh, ada jam ke di Teluk Intan? Kalu nak ke tengah bandar tu mungkinlah. Ini dekat sangat dengan kawasan perumahan. Drama sangat. Kalau musim perayaan logiklah juga jalan jam. Kalu tidak pun waktu budak pergi dan balik dari sekolah sebab tempat kerjanya bersebelahan dengan sekolah. Waktu-waktu macam ini sudah tentu budak telah selamat belajar dalam kelas.
Hari itu Haz mengenakan kemeja lengan panjang ungu gelap beserta seluar slack hitam. Dipadankan dengan selendang ungu lembut bercorak abstrak. Dilengkapkan dengan kasut tinggi bertutup penuh berwarna hitam. Sebagai pelengkap gaya, beg tangan bertali panjang dipakai serong ke badan. Takkan hendak pakai beg tangan ala mak datin. Percuma bagi dekat peragut saja nanti. Dia naik motor bukan kereta. Gaya memang tidak kalah. Mungkin sudah dididik dari kecil supaya berpakaian kemas walaupun hidup tidak sesenang orang lain. Bak kata iklan suatu ketika dulu, “ada gaya, semua boleh berjaya!” Bak kata orang Perak pula, “bior pape asei bergaye!”
Haz menyandang jawatan sebagai Quantity Surveyor di Megah Construction yang merupakan syarikat pemaju. Gajinya tidaklah banyak seperti bekerja di Kuala Lumpur tapi cukuplah untuk hidup di Teluk Intan. Pejabatnya terletak di aras tujuh bangunan Menara Megah. Majikannya mempunyai berbaga-bagai cabang perniagaan seperti hotel, estet, pembinaan, kedai hardware dan macam-macam lagi. Menara Megah merupakan tempat operasi perniagaan majikan bersama keluarganya yang mempunyai hotel, dewan untuk pelbagai majlis dan seminar, restoran, gymnasium, pusat karoke dan pelbagai bentuk perniagaan. Menara Megah juga merupakan bangunan tertinggi di Teluk Intan. Kalah Menara Condong Teluk Intan! Sedikit sebanyak Haz merasa bangga kerana dapat bekerja di satu lagi mercu tanda Teluk Intan.
Majikannya berbangsa Cina tetapi tidak pernah membeza-bezakan kaum. Malah di hotel mereka kebanyakan pekerja adalah berbangsa Melayu. Cuma di pejabat, hanya Haz seorang satu-satunya pekerja Melayu. Yang lain kesemuanya adalah Cina. Entah apa yang dipandang majikannya semasa memilih dia. Kata majikannya Haz seorang yang aktif dan lasak apabila melihatkan resume  miliknya. Mungkin itu salah satu sebab dia dipilih. Bukan senang hendak mendapat kepercayaan bangsa lain kerana orang Cina dikenali sebagai orang yang kuat  bekerja, menepati masa dan ketelian mereka semasa bekerja.
Setelah hampir setahun bekerja, Haz sudah dapat membantu serba sedikit ibunya. Ah, apa sangat yang hendak dibantu kerana ibunya sendiri mendapat pencen arwah abahnya setiap bulan. Hanya tinggal mereka berdua saja di rumah. Cuma untuk mendapat keberkatan dari seorang ibu, setiap bulan Haz tidak lupa menghulurkan sedikit duit gajinya buat ibu tersayang.
***
Petang itu tepat jam 5 petang, seperti biasa Haz habis bekerja. Keluar saja dari pejabatnya dia lihat dewan yang terletak di aras yang sama menjalankan satu majlis. Tidak diketahui olehnya  majlis apa. Dia hanya tersenyum sahaja melihat orang yang keluar masuk. Tanpa membuang masa dia terus menuju ke lif. Pada masa yang sama dia perasan ada tiga empat orang tetamu dewan yang turut menunggu lif. Seorang daripadanya adalah perempuan.
‘Ahh… lega aku ada perempuan.’ Haz bermonolog.
Haz sememangnya kurang selesa kalau dikelilingi oleh lelaki bukan mahram tidak kira walau di mana pun. Dia sentiasa memikirkan perkara yang tidak baik. Beringat sebelum kena fikirnya. Seboleh-bolehnya dia lagi bahagia kalau dalam lif itu hanya dia seorang saja. Tidak perlu dia nak control ayu atau buat-buat macam dia ini seorang yang pemalu dan pendiam walaupun pada hakikatnya dia seorang yang gila-gila. Cukup-cukuplah dia menyimpan perangai sejak azalinya itu di office. Tidak sanggup nak menyimpan selamanya. Yalah, dia keseorangan di pejabat. Tidak ada gang hendak menyembang. Nak menyembang dengan officemate, dia tidak pandai berbahasa Cina. Adalah dua tiga patah yang dia faham berkat mengambil bahasa mandarin sebagai bahasa ketiga semasa ijazah dulu.
Di dalam lif Haz hanya menunduk memandang lantai persis pengantin perempuan menunggu penganti lelaki. Sepatah pun dia tidak bercakap atau menegur. Sesekali hanya senyum dengan tetamu perempuan. Tetamu-tetamu lelaki langsung tidak dipandang. Malu. Sempat dikerling melalui hujung mata sebelum masuk ke dalam lif tadi, seorang daripada lelaki tersebut jalan terdengkot-dengkot. Kesemua mereka berbaju formal. Mungkin ada majlis rasmi di dewan. Fikir Haz.
‘Ah, lantaklah! Bukan hal aku. Sibuk sangat nak tahu hal orang buat apa?’ Haz berkata dalam hati. Kepala masih menunduk. Itulah Haz. Macam mana nak ada boyfriend kalau hendak pandang lelaki pun malu?
Sampai sahaja ke basement level, terus dia menuju ke arah motornya. Semasa hendak keluar dari basement dia terdengar bunyi hon kecil dan sekejap, isyarat seperti menegur. Tetapi langsung tidak dipandang.
“Jangan nak perasan le Wani, konon orang nak tegur kau! Baik kau jalan terus je.” Haz suka merendahkan diri sendiri. Tapi kalau dia meninggikan diri ,melampau-lampau pula.
Sampai di traffic light lampu menyala merah. Selagi tidak sampai ke rumah memang dia akan kelihatan seperti seorang yang sombong. Tidak melihat orang kiri kanan. Mata  hanya fokus pada lampu isyarat. Dia takut leka. Cukup-cukuplah sekali dia pernah disaman kerana langgar lampu merah dulu.
Di sebelah kirinya, kereta Honda City metallic black menempatkan diri.
Sempat Haz menjeling sekilas. Jeling kereta bukan jeling tuannya.
“Wow! Honda tu… Dapat sebijik jadi la! Erk? Dah tu kau nak berapa bijik? Motor pun tak habis bayar lagi!” Haz mengutuk diri sendiri.
“Awak! Awak!” Terdengar satu suara.
“Err… Rasanya bunyi kat sebelah kiri aku ni.” Haz buat tidak tahu. Takut lampu bertukar hijau.
“Awak! Awak si motor biru!” Suara yang sama berbunyi.
“Hah? Macam kenal je motor biru tu.” Haz terus menoleh ke kiri.
Dia lihat cermin kereta Honda City turun separuh.
“Hah. Pusing pun muka tu. Tu nak bagitau awak, tayar awak pancit.” Kata si mamat Honda kepada Haz sambil menunjuk tayar.
“Hah???” Haz pun turut sama ‘ber-hah-hah’. Terkejut sebenarnya. Cepat-cepat dia pusing badan ke belakang melihat tayar. Tidak pasti mamat Honda maksudkan tayar depan atau belakang.
Okay je?” Bercakap dengan diri sendiri.
Pusing ke depan pula melihat tayar depan. Pun sama.
“Tak ada apa-apa pun. Mamat Honda ni nak kelentong aku ke?” Baru dia hendak buka mulut dan menoleh ke kiri, tiba-tiba “PINNN!!!” Kereta belakang sudah membunyikan hon kerana lampu isyarat sudah bertukar hijau.
Mamat Honda itu pun sudah jauh ke depan.
“Kurang ajar punya mamat Honda! Kalau aku jumpa lagi sekali, siaplah!” Haz sudah berangin. Pantang tok nenek dia kena main macam ini. Tengah-tengah jalan pula tu. Siap kena hon lagi. Tapi sempat dijelingnya plate number ‘W’ pada kereta Honda City itu.
“Hurm… mesti orang KL. Nasib baik! Tipis harapan nak jumpa. Kalau jumpa lagi, aku takut tayar dia yang pancit!”  Haz menyimpan angan hendak pedajalkan orang. Sudah lama dia tidak buat kerja-kerja macam ini. Teringat kenangan di Kuala Pilah dulu.
Haz teruskan perjalanan balik ke rumah.
“Buang masa fikir pasal mamat Honda tak guna tu. Janganlah aku jumpa lagi orang macam dia kat tengah-tengah jalan tu.” Hati Haz berkata lagi. “Buatnya betul-betul pancit, tapi aku tak percaya cakap orang, menonong je jalan tu. Tak ke naya aku terkandas tengah jalan dengan tayar lembik? Boleh jatuh ooo… Silap-silap kena langgar nanti! Hisyyy! Mintak dijauhkanlah.” Haz memohon yang baik-baik buat dirinya.