Assalamualaikum. Hello April 2016!
25/09/2013. Ini adalah tarikh keramat. Haper yang keramat sangat tuhh??? Inilah tarikh terakhir aku hapdet blog neyyhh.... warghahahaha T_T
Ni pon saje2 menjenguk 'rumah lama' kot2 dah ade orang menyewa ke... kahkahkah. Masih seperti dulu rupenye 'rumahku' ini. =P
Apa kabor semua? Sihat2 le hendaknye yerk... Aku nak cite memang tak terceritekan le... Ate dekat 3 tahun tinggeikan 'rumah' ni! Ko raseee???
Ok macam ni, aku malas berjanji dah sebab ni sume angkara jebon. Janji dicapati. huah huah huah... Setelah sekian lama tinggalkan 'rumahku' ini dan setelah sekian lama terbengkalainya cerita 'Mr. L Dalam Hati' tu, aku tak sangka masih ada lagi yang bertanya pasal cerita tu. Ai is terharu yu... Berbekalkan semangat dari 'peminat' (sangaattt...) tu, lagi sekali aku tak nak berjanji tapi aku adalah jugak berazam nak sambung tulis balik. Tu pun kalau aku terjumpa balik draft aku yang ntah mana haku letak. hakhakhak =D Lagipun dah lama aku tak terjebak dengan novel2 neh. So, adakah novel2 sekarang masih sama pesennye macam dulu2, errr ai mean 2-3 tahun sudah punya pesen? Ke masih sama je lebih kurang jalan cerita? Huhu. Dekat rumah berlambak2 novel idak berbace lagiii...lalala.... Faktor usia mungkin? Ngeee.... Lagi satu, buat apa aku nak baca novel, dah kalau berlambak2 novel sekarang suma dah masuk tebisyen??? Betul tak cakap aku? Haaa.... Kaaannn.... Hahahaha padan muka kena setepek! =P
Tapi cakap pasal cite novel dekat tebisyen neh atau bahasa saintifiknya, drama adaptasi novel, yang memang paling win dalam hati aku adalah drama Teman Lelaki Upahan. Pergghh memang fenomena awal tahun lepas! Bukan nak kata la, sampai sekarang ni pun aku tak move on lagi ko taauuu??? Memang best giler cite tuh, dari cerita tu sendiri, pelakon-pelakonnya especially my Ungku (El/ Abg Ngah) dengan my Elizad (Kyra Lydia/Kaklong) malah pelakon2 extra dia pun memang terbaekkk, sampailah ke lagu OST dia semuanya best! Dengan si Ippo, Ir Radzi pon same pemes sekali buat dek cite neh. Sampai jadi Top 5 ABPBH koooo!!! Moga ade rezeki Kaklong and Ippo untuk menang!
So berbalik kepada azam nak tulis balik, aku harap dengan berbaki sikit je lagi semangat yang ada nih, aku harap terlaksanalah hendaknya walaupun kadar peratusan kebarangkalian ianya menjadi kenyataan adalah 30%! huhu. Ok hope to see u again! Tata! Mmuaahh! (>,^)
Friday, 1 April 2016
Wednesday, 25 September 2013
Bersihkan sawang ;p LoL
Assalamualaikum. Selamat petang semua! Fuhh~ Fuhhh~ Fuhh~ banyaknye habuk... tahi cicak, telur lipas, sarang spiderman sumer ader... hehe. Adeke yang menantikan n3 tebaru MR. L DALAM HATI? macam xde je kan... hah? ade? ade? (geleng2 kepale 2 3x) perasan sangaatt...kann... Saje je kasi buang sket2 habuk yang dah berkerak neh. Andai betul, ade yg menanti n3 baru, Alhamdulillah. Bermakna ada jugak yang bagi perhatian atau berminat dengan cerita MR. L DALAM HATI ni! Dan saya mohon maaf juta2 lemon sebab super duper lambat update blog. Xde alasan lain nak bagi melainkan tak ada kesempatan. Sori sori sori weyyhh... Bila dah lame x nulih ni, ingat xde la yang perasan. Tp x sangka pulak ade gak yg bertanya bila cite ni nak bersambung kannn... hehe... In sya Allah akn disambung ye... Tak berani nak janji bila, nanti tak ditepati, minyak naik pulak lagi. Ok takde kene mengene ;p ok lah saje je kasi panas enjin sambil cuci2 habuk. Sementara ada beberapa minit lagi nak balik umh ni... Ok lah, sori byk2 pd yang ternanti n3 baru. Pada yang baru mengunjungi blog saya, terima kasih daun keladi, nanti jengah lagi. hehehe... Sampai di sini dulu, nanti jumpa lagi!!!
Sori sori sori, dari saya,
~Wanie~
Sori sori sori, dari saya,
~Wanie~
Monday, 24 June 2013
~ MR.L DALAM HATI 8~
Assalamualaikum. Salam Nisfu Sya'ban. Moga kita menjadi insan yang lebih baik dari semalam. Atas kesempatan ini saya mohon maaf atas segala salah silap andai ada terguris rasa dengan cerita saya ni ye. Sesungguhnya ianya hanya rekaan semata-mata. (>,^)V
Ohye, sekarang ni jerebu teruk kan? Harap kawan2 semua jaga kesihatan, kurangkan aktiviti luar. Tutup hidung dan mulut bila nak keluar tu ek. Minum air banyak2. Sama2 kita berdoa moga Allah turunkan hujan. Allah takkan jadikan sesuatu perkara tu tanpa sebab. Sama2 kita muhasabah diri ek. Panjang pulak membebel. Ok enjoyz dengan Bab 8 ni. Terkejut tak terkejut tak? Baru 2 hari lepas naik Bab 7, harini naik pulak Bab 8 kan... Hehehe... mood nak menulis tengah ada ni, jangan ditegur. kehkehkeh ;D
BAB 8
Hari ini Haz sangat sibuk. Sepanjang
di pejabat dia hanya fokus pada kerjanya. Facebook
pun dia tidak buka langsung! Banyak kerja yang perlu dia siapkan.
Sedang Haz khusyuk menyiapkan
kerja-kerjanya…
‘Tok tok tok!’ Bukan bunyi pintu
diketuk. Tetapi bunyi mesej yang masuk dekat telefon bimbitnya. Haz membuka
mesej tersebut.
Shima
> Weh ape cite?
Haz
> Cte ape?
Shima
> Mamat Honda? Ruzain?
Haz
> Xde ape citenyelah! Dun worry laling. Ade cte baru, haku hapdet hokek? =)
Shima
> Wokeh! Good (thumbs up)
Haz kembali menghadap
kerja-kerjanya. Mr. Jimmy mahu kerja itu siap pada hari ini juga. Terpaksalah
Haz ‘puasa’ Fb dan ‘ber-mesej-mesej-an’ dengan kawan-kawan.
‘Kerja
diutamakan, kawan-kawan dikemudiankan. Hehe.’ Desis hatinya. Haz tersengih
sendiri.
“Wani!”
Tiba-tiba bergema suara Mr. Jimmy dari pintu biliknya.
“Oh
mak kau!” Terpelanting pen di tangan.
“Yes
boss!” Haz menjawab lekas-lekas
panggilan boss-nya itu. Kepala didongak memandang Mr. Jimmy di muka pintu
biliknya.
“Masuk
bilik I sekejap. Bawak drawing
sekali!” Arah Mr. Jimmy, sebelum berlalu masuk ke dalam biliknya.
“Ok
Mr. Jimmy. 1 minute!” Haz cepat-cepat
mengambil apa-apa yang patut.
“Amboi
main seru-seru direct je sekarang boss aku ni! Oh lupa pulak meja aku tak
ada intercom.” Haz menggumam sendiri.
“Wanie,
faster!” Sekali lagi kepala Mr. Jimmy
terjengul di muka pintu.
“Ok
ok!” Haz segera berlalu ke bilik Mr. Jimmy.
“Hisyyy!
Tak sabor-sabor!” Sempat lagi Haz merungut.
***
Usai
solat maghrib, Haz meluangkan masa membaca Al-Quran. Begitulah kelazimannya
jika ada masa terluang, pasti dia akan membaca Al-Quran. Paling-paling tidak
pun, surah-surah amalan seperti surah Al-Waqi’ah, Al-Mulk, Al-Kahf mesti
menjadi bacaan hariannya. Tiada lain yang dipinta oleh Haz, moga dia dan
keluarga sentiasa dipelihara oleh yang Maha Esa, sentiasa dimurahkan rezeki,
terhindar dari segala fitnah, dan mendapat kesenangan dan kebahagiaan dunia dan
akhirat. Pada hari ini dapatlah Haz menghabiskan bacaan Al-Quran hingga enam
muka. Terasa lapang hatinya.
Habis
mengalunkan bacaan ayat-ayat suci, Haz menunggu masuk waktu Isyak. Dia mengajak
ibunya berjemaah bersama. Lalu Haz menuju ke bilik ibunya.
“Mak,
jom jemaah.” Pelawa Haz.
“Mohle.”
Makcik Hazimah laju bersetuju.
Maklumlah,
solat berjemaah bukankah lebih banyak kelebihannya. Sememangnya amat
digalakkan.
Dalam
hati Puan Hazimah, merasa amat bersyukur kerana mempunyai anak-anak yang taat
pada suruhanNya. Walaupun keadaannya kadangkala sedikit uzur, tidak dapat
hendak berjemaah selalu di surau, dia amat bersyukur kerana berpeluang
melakukannya di rumah dengan anak bongsunya.
Seperti
biasa, Haz menjadi imam dan ibunya menjadi makmumnya.
Selesai
berwirid, tangan ditadah memohon doa kepada Allah. Selesai bacaan doa, tangan
ibunya dicium, kedua-dua pipi dan dahi ibunya dikucup penuh kasih. Apabila tiba
saat-saat sentimental begini mulalah Haz terasa mahu menitiskan air mata. Tidak
dapat dibayangkan hidupnya jika ibunya tiada di sisinya lagi. Bagaimanapun air
mata ditahan. Control ‘macho’ di
hadapan ibunya.
Sedang
Haz melipat telekung dan sejadah, Puan Hazimah bertanya. “Nak makan ke Wani?”
“Hah?
Tak naklah mak. Orang dah makan dah balik kerja tadi. Mak lupa ke?” Jawab Haz.
“Manalah
tau kut kamu nak makan lagi.” Puan Hazimah tersengih.
“Agak-agaklah
mak. Nak orang jadi tembun ke? Makan je kojenye…” Haz tau ibunya sengaja
mengusik.
Puan
Hazimah hanya ketawa. Sengaja dia mengusik anak bongsunya itu. Dia sendiri pun
sudah makan bersama-sama Haz lewat petang tadi. Baik mak baik anak, sama-sama
menjaga kesihatan kononnya. Makan malam mereka selalunya jam 6.00 atau 7.00
malam. Kadang-kadang sahaja makan malam mereka agak lewat. Itupun kalau sudah
terasa lapar sangat. Tinggal berdua, mak, anak sama saja kerenahnya.
Itu
yang Haz suka sangat! Ibunya melayankan sahaja kerenahnya. Bila terasa mahu makan
burger, ibunya turut di suruh makan sama walaupun itu bukanlah kegemaran Puan
Hazimah. Puan Hazimah tetap makan walaupun sebelum makan, mayonese pada burger
akan dikuis keluar terlebih dahulu. Memang Puan Hazimah tidak ‘masuk’
makanan-makanan western dan fast food ini! Termasuklah cheese, susu, mentega, yogurt, mayonese, semuanya sudah dipangkah awala-awal oleh ibu Haz.
Kemudian
kedua-dua beranak itu menonton televisyen bersama-sama. Sambil-sambil itu,
bermacam-macam cerita yang mereka borakkan. Dari kisah drama TV yang ditonton
sehinggalah kisah keluarga mereka.
Sedar-sedar
jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam. Mata Haz pun sudah mula layu. Kalau
banyak kerja di pejabat, beginilah kedaannya. Malah kalau penat yang
melampau-lampau, selepas solat Isyak, jam 9.00 pun dia sudah masuk tidur.
Seperti
biasa zikir tidur dibaca bagi menghindari gangguan jin dan syaitan. Semasa badan
sudah rebah ke katil, kepala sudah mencecah ke bantal, Haz tiba-tiba
teringatkan kata-kata Ruzain di Restoran Old Town White Coffee tempoh hari.
“Saya
mintak maaf bagi pihak kawan saya ni. Dia tak ada niat tak baik pun. Biasalah
perangai lelaki ni pelik-pelik sikit time
nak mengorat awek.” Terngiang-ngiang suara Ruzain ditelinganya.
“Maksud
awak?” Balas Haz.
“Eheh.
Takkan awak tak faham? Takpe. Nanti awak akan faham.” Ruzain berkata lagi.
“Sapa
mengorat sapa ni?” Tiba-tiba Fahmi menyampuk. Pelik Fahmi apabila Ruzain
berkata begitu kepada Haz.
“Errr…
Kami balik dululah ye. Assalamualaikum. Jom Mi!” Lekas-lekas Ruzain meminta
diri.
Haz
memikirkan kata-kata Ruzain. Penjelasan Ruzain tidak jelas langsung!
Tergantung! Penjelasan apa macam tu?
‘Mamat
Honda suka dekat aku ke?’ Detik hati Haz.
“Isy
isy! Semak otak!” Tangan Haz tergawang-gawang menghalau bayangan dan persoalan
yang berlegar dalam kepalanya.
“Wani!
Kamu halau apa tu?” Suara Puan Hazimah kedengaran dari bilik sebelah.
“Eh
dengar pulak mak aku ni!”
“Hah!
Tak ada apa mak! Halau nyamuk.” Itu yang terlintas dalam kepala pada ketika
ini.
“Macam-macam
kamu ni!” Kedengaran lagi suara Puan Hazimah.
Haz
tersengih sendiri. Mata terus dipejam. Sekejap sahaja dia sudah belayar entah
ke mana-mana. Orang letih katakan.
***
Sementara
itu, petang selepas kerja hari yang sama, Ruzain dan Fahmi pergi ke Fever
Fitness yang merupakan sebuah gym yang
terletak di tingkat 5 Menara Megah. Sudah lama tidak workout kata Ruzain. Dia tahu mengenai gym itupun selepas menerima flyers
daripada pekerja hotel tempoh hari.
Ruzain
menumpukan sepenuh perhatian pada mesin-mesin dan segala peralatan senaman di
hadapannya. Dia amat teruja melihatkan peralatan-peralatan di Fever Fitness
itu. Tidak sabar-sabar dia hendak menggunakannya selepas beberapa lama dia
tidak exercise. Asyik sibuk sahaja di
pejabat sampai tidak ada masa untuk bersenam. Inilah masa dia mahu membalas
dendam. Dia mahu bersenam sepuasnya.
Ruzain
berlari di atas treadmill. Bermula
dengan perlahan-lahan, dan semakin lama semakin laju lariannya.
Fahmi
pun turut sama berlari di sebelah Ruzain. Sambil bersenam, mulut pun turut sama
bersenam.
“Weh,
apesal kau cakap macam tu dekat Wani hari tu?” Tanya Fahmi.
“Cakap
apanya?” Soalan dibalas dengan soalan juga.
“Yang
kau kata tu cara lelaki mengorat la apa la… Kang Minah tu ingat aku syok kat
dia.” Fahmi mengenangkan kembali tentang
percakapan Ruzain kepada Haz.
“Fuh.
Fuh. Fuh.” Turun naik nafas Ruzain sambil berlari.
“Oi!
Kau memang macam ni kan! Selalu nak elak soalan! JAWAB! Aku belasah kau dengan dumbbell tu karang!” Fahmi sudah
menaikkan pitching-nya. Bosan apabila
soalan dijawab dengan soalan. ‘Ingat main soal menyoal Super Spontan ke?’ Gumam
hatinya.
“Uiii…
Garangnya. Takut aku. Hahaha. Memang itupun tujuan aku.” Ruzain terus ketawa.
“Tujuan
apa?” Encik reporter a.k.a Fahmi
bertanya lagi.
“Memang
aku nak Wani tau yang kau syok dekat dia. Haha.” Dengan muka tak bersalah
Ruzain menjawab.
“Kau
gila ke Zain?” Fahmi terkejut dengan kata-kata Ruzain.
“Hahaha.
Relax la… Wani tu okay apa. Apa
salahnya aku carikan jodoh untuk kau. Hahaha.” Ruzain terus tergelak besar.
“Jodoh
aku ke jodoh kau? Cakap cantik sikit…” Fahmi perbetulkan statement Ruzain.
Ruzain
terus memeperlahankan lariannya dan terus menamatkan lariannya. Fahmi pun turut
melakukan perbuatan yang sama. Cerita dari mulut Ruzain lebih menarik
perhatiannnya dari bersenam di gym
ini.
Selepas
turun dari mesin treadmill itu,
Ruzain menuju ke arah rak untuk mengambil botol air. Air diteguk dengan rakus.
Dia meregang-regangkan ototnya sebelum mahu meneruskan exercise dengan equipment
yang lain.
Ruzain
menarik Fahmi mendekatinya. Dia membisikkan sesuatu ditelinga Fahmi. Fahmi
terus membuat muka terkejut tidak percaya.
“Kau
gila ke?” Kata Fahmi.
“Kau
buat je la…” Balas Ruzain.
Fahmi
berfikir sebentar. “Ooo…kay… Manalah tau memang betul jodoh aku kan… Haha…” Lambat-lambat,
akhirnya Fahmi bersetuju.
“Kahkahkah!
Bab-bab menggatal ni bagi dekat kau!” Ruzain sudah tergelak-gelak sambil
menggeleng-gelengkan kepala.
Sunday, 23 June 2013
~ MR.L DALAM HATI 7~
Assalamualaikum. Morning! Umpecakk!!!hehe. Wajah terbaru blog saya! Hasil pertapaan, sempat meng-renovate blog!hehe. Comey x kakt000nn??? ;p Saat saya menaip ni, pukul 12.34am yer. Hehehe...Lame bebenor bertapenye ye???tiada kate lain melainkan maaf semata-mata. Banyak perkara yg nk di setelkan. Apa2pun besar harapan saya dapat menyiapkan sehingga 3 atau 4 bab lagi sebelum Ramadhan. Sebabnya, pada bulan yg mulia itu, kemungkinan utk blog bersawang kembali sememangnya ade. hehe.Sbb aktiviti penuh sampai ke lewat malam. =) Untuk hari ini, terutama bg yg belum beradu tu, sudi2kanlah membaca yer... tq jika ada yg menanti n3 terbaru... (perasan ;p)
p/s: sudi2 jugak jengukkan diri anda ke page waniezshopz saya yer... cer tgk ok x? isinya akan bertambah dari semasa ke semasa. thanx... =)
BAB 7
Di dalam pejabat,
Ruzain merenung ke luar jendela sambil menyeluk tangan ke dalam kocek seluarnya.
Begitu kacak sekali dengan kemeja jalur lengan panjang jenama G2000 berwarna biru
dipadankan dengan seluar coklat gelap. Lengkap dengan tie maroon dari jenama yang sama, dan kasut kulit jenama Clarks. Terserlah
karismanya sebagai jejaka bekerjaya lagi bergaya. Kepala Ruzain sarat dengan
bermacam-macam perkara yang difikirkan. Dengan hal kerja yang tidak
habis-habis, masalah untuk mendapatkan rumah sewa di Teluk Intan lagi. Mujurlah
ada si Fahmi sahabat baiknya itu. Di rumah ibu Fahmilah Ruzain menumpang
sepanjang dia berada di Teluk Intan bagi memantau projeknya.
Fahmi memang
berasal dari Teluk Intan. Sekarang dia bekerja sebagai Engineer di Kuala Lumpur. Dia dipaksa oleh Ruzain untuk mengambil
cuti semata-mata bagi menemankannya ke Teluk Intan. Huh, bukan sekadar teman,
tetapi juga sebagai driver tidak
bergajinya. Maklumlah Ruzain tidak mahir lagi jalan-jalan di sini. Dia terpaksa
akur datang ke sini atas arahan boss-nya
demi memantau projek terbaru syarikatnya. Lagipun lebih manis Fahmi bersamanya.
Takkanlah Ruzain mahu tinggal berdua-duaan dengan ibu Fahmi yang tinggal
berseorangan. Bapa Fahmi telah meninggal dunia 3 tahun yang lalu. Adik lelaki
Fahmi, Syafiq masih berada di asrama. Kalau hujung minggu adalah dia pulang ke
rumah.
Ruzain masih
meneruskan renungannya. Dan-dan-dan, dalam tiga empat hari ini, bertambah satu
lagi perkara yang asyik difikirkannya. Hendak kata masalah buat dirinya, tidak
juga, hendak kata suatu bebanan buat dirinya tidak juga dan hendak diabaikan
pun tidak boleh juga. Itu yang agak berserabut sedikit kepalanya.
“Hoi!” Tiba-tiba
sergahan dari Fahmi dengan tepukan yang agak kuat pada bahunya mematikan
lamunannya.
“Arghhh!!!” Ruzain
yang amat terkejut sudah memegang dadanya seperti menahan sakit yang amat
sangat. Dirinya menjadi tidak seimbang dan mula hendak terjelepuk jatuh ke
lantai. Mujur sempat dipaut oleh Fahmi.
“Eh eh! Kau ni
kenapa? Zain?” Fahmi sudah berpeluh-peluh menahan cuak. Jantungnya turut
berdegup laju dengan tiba-tiba.
“Mmm…Mmm…Mi…”
Tersekat-sekat suara Ruzain memanggil Fahmi.
“Weh Zain, kau
kenapa ni? Jangan buat aku cuak boleh tak? Aku sergah sikit je, takkan kau
sakit sampai macam ni?” Fahmi berkata sambil memangku kepala Ruzain. Terdetik
juga dalam hatinya yang Ruzain hanya mepermain-mainkan dirinya. Tetapi demi
melihatkan keadaan Ruzain yang betul-betul dalam kesakitan membuatkan dia
diserbu rasa bersalah, mengelabah, malah dia pun turut rasa mahu rebah.
“Mmm…Mi. Kalau
jadi ap...apa pada aku, kau sampaikan salam pada abah dan mak aku ye. Ca…ca…kap
dengan dia orang aku sayang sangat dengan dia orang. Aku mintak maaf
sangat-sangat sebab tak dapat jadi anak yang terbaik.” Ruzain menyampaikan
pesan dengan suara yang tersekat-sekat menahan sakit di dada. Seperti tahu
ajalnya hampir tiba.
“Arghhh! Ya Allah!
Kenapa dengan kawan aku ni ya Allah. Selamatkanlah dia ya Allah.” Fahmi sudah
meraung, risau melihatkan keadaan sahabatnya itu. Dia buntu tidak tahu apa yang
perlu dilakukan. Semuanya berlaku secara mengejut. Memang tidak dijangka sama
sekali dia akan berdepan dengan keadaan seperti itu. Niatnya tadi hanya mahu
bergurau dan mengejutkan sahabatnya itu yang asyik mengelamun. Tetapi lain pula
yang terjadi. Dia percaya dengan ketentuan Tuhan, bila-bila masa sahaja nyawa
akan diambil, tidak lambat atau awal walau sesaat. Tetapi sumpah dia belum
bersedia untuk kehilangan sahabat baiknya ini. Sepanjang pengetahuannya Ruzain
tidak mempunyai apa-apa penyakit.
“Mm…Mi kau janji
dengan aku…” Ruzain membuat permintaan lagi.
“Ye ye, aku janji
Zain.” Fahmi sudah meleleh-leleh air matanya. Mengenangkan dia akan kehilangan
sahabatnya, mengenangkan rasa bersalahnya lagi. Sesungguhnya Fahmi tidak akan
memaafkan dirinya atas apa yang berlaku.
“Kkk…kau janji
dengan aku…” Ruzain berusaha sedaya upaya menuturkannya.
“Takpa Zain, slow-slow, aku dengar ni.” Kata Fahmi
sambil mengusap wajah Ruzain.
“Kau janji dengan
aku…” Wajah Ruzain berkerut-kerut dan matanya turut terpejam-pejam menahan
kesakitan tatkala menuturkan kata-kata tersebut.
“Ye Zain…” Fahmi
sudah mendekatkan telinganya pada mulut Ruzain supaya sahabatnya itu tidak
bersusah payah menguatkan suara. Cukup dengan hanya berbisik.
“Kkk…kau janji
dengan aku… Yang kau…” Kepala Fahmi dipegang kejap oleh Ruzain.
“Kau tak payah POYO
sangat nak meleleh-leleh air mata bagai!!! Kahkahkahkah!!!” Ruzain terus
menolak keras kepala Fahmi ke tepi sambil ketawa berdekah-dekah. Perkataan ‘POYO’ ditekankan tanda mengejek si Fahmi. Dia
terus bangun dan duduk sambil menekan-nekan perutnya, tidak tahan dia melihat
wajah Fahmi yang berendam air mata itu.
Fahmi yang sedang
dalam mode pilu sepilu-pilunya di
mana kalau Puteri Gunung Ledang mensyaratkan 7 tempayan air mata pasti Fahmi
dapat sediakan, terus terhenti cucuran air matanya. Laju dikesat dengan
belakang tangan.
“Kurang ajar kau
Zain!!!” Fahmi menghamburkan geram kepada Ruzain. “Bukkk!!!” Satu tumbukan padu
mengenai bahu Ruzain yang tidak sempat mengelak.
“Kahkahkah! Adoi!
Adoi! Woi sakitla woi!” Ruzain mengaduh sambil tidak henti lagi ketawanya itu.
Tangannya sudah menggosok-gosok bahunya yang sengal ditumbuk sahabatnya itu.
“Aku tak puas hati dengan kau! Alang-alang nak
mati sangat, meh aku tunaikan hajat kau!!! Hiyarrghhh!!!” Tidak cukup dengan
itu, Fahmi laju meluru ke arah Ruzain mahu mencekiknya tetapi Ruzain sempat
menahan tangan Fahmi.
“Hahaha! Woi relax bro! Kau yang mulakan dulu!”
Ruzain mencekak pantas tangan Fahmi yang mahu mencekiknya.
“Apehal aku
pulak?” Fahmi bertanya sambil tangannya masih dalam genggaman Ruzain.
“Ai, kau tu dengan
masuk tak bagi salam, terus-terus sergah aku sapa suruh!” Ruzain menghamburkan
geramnya kepada Fahmi.
“Eleh! Dah kau tu
aku tengok khusyuk sangat melayan perasaan. Termenung panjang tengok luar
tingkap tu! Apa yang dimenungkan pun aku tak tau!” Fahmi mencebik.
“Hahaha. Sukati
aku la!” Ruzain ketawa tak bersalah..
“Eee… Isy! Isy!
Isy! Lepasla tangan aku ni oi! Geli pulak aku kau pegang-pegang ni! Nampak dek
orang ingat aku scandal dengan kau
pulak! Hisyyy!!!” Fahmi menyentap tangannya dari pegangan Ruzain.
“Hahaha. Kau ingat
aku hadap sangat nak pegang tangan kau? Phuiii!”
Ruzain pura-pura meludah.
“Eh tapikan aku
tetap rasa nak bunuh kau sekarang jugak tau tak! Kau agak-agak la nak bergurau
pun. Tak ada idea lain dah ke?” Tidak sabar-sabar Fahmi hendak ‘membunuh’ si
Ruzain.
“Hek eleh. Relax bro! Sejak bila tak boleh bergurau
pulak ni?” Balas Ruzain.
“Relax kepala hotak kau! Benda hidup mati
ni bukan boleh buat main tau!” Asap sudah mula keluar dari telinga Fahmi.
Ruzain hanya
tersengih. Taulah dia handle si Fahmi
ni. Bukan lama pun marahnya…
***
Selepas keadaan
reda, Fahmi dan Ruzain pergi melepak di kedai mamak berhampiran. Mahu
membasahkan tekak setelah berperang mulut tadi.
Hari minggu
semalam, semasa mereka pusing-pusing melawat kawasan mencari rumah sewa untuk
Ruzain, Fahmi ada bertanya mengenai penjelasan Ruzain pada Wani. Tetapi Ruzain
hanya mensenyapkan diri. Hari ini Fahmi kembali bertanya.
Sedang Ruzain
tekun menghadap surat khabar di atas meja restoran itu, Fahmi bertanya. “Oi apa
yang kau menungkan tadi?”
“Hah? Mana ada!”
Ruzain kembali menumpukan perhatian kepada berita-berita dalam dan luar negara
di hadapan matanya itu.
“Ek ele. Kau ingat aku baru kenal kau semalam
ke? Aku tau kau ingatkan sapa.” Fahmi cuba pancing perhatian Ruzain.
Dengan senyum
senget, Ruzain membalas, “Eheh, sapa? Ape benda la kau ni! Merepek!”
“Wani kan…” Tebak
Fahmi sambil angkat-angkat kening.
“Wani mane pulak
niii…” Ruzain jawab meleret tanda malas melayan.
“Em… Dan dan le
pulak tak kenalnya!” Fahmi mula meluat.
Ruzain terus
menyelak akhbar dari satu muka surat ke satu muka surat. Bukan ada berita yang
hendak dibacanya. Semua yang penting-penting telah lama habis dibacanya.
Sengaja malas hendak melayan soalan Fahmi.
“Eh Zain kau tak
jawab lagi soalan aku!” Fahmi mengulang soalan.
“Soalan ape
bendanya? Haisy kacau aku nak menelaah je kau nih!” Ruzain cipta alasan lagi.
“Selagi kau tak
jawab soalan, jangan harap mulut aku nak diam!” Fahmi mengugut.
Tetapi ada Ruzain
kisah? Sikit pun dia tidak peduli.
“Eh kau da habis minum
ke? Aku nak masuk office balik ni!”
Ruzain lekas-lekas bangun menuju ke kaunter.
“Woi! Jawab la
woi! Nak lari pulak dia!” Tangan Ruzain ditarik supaya duduk kembali.
“Isy ape
tarik-tarik orang ni? Aku ada kerja nak buat lah! Kau takpelah cuti!” Ruzain
bangun semula.
“Oi cuti pun sebab
kau tau!” Sesi soal menyoal, jawab menjawab masih berterusan.
Ruzain lekas-lekas
berlalu menuju ke kaunter sebelum Fahmi menarik tangannya semula. Lebih baik
dia berlalu dari situ secepat mungkin sebelum Fahmi lontar lagi soalan cepu
cemas!
“Aku tak habis
minum lagi lah! Kau tak payah tunjuk sangatlah gaya kau mengelak jawab soalan
tu!” Tergesa-gesa Fahmi menghabiskan baki teh tariknya.
Ruzain terus
berlalu meninggalkan Fahmi di belakang.
“Woi! Tunggu la
aku woi!” Termengah-mengah Fahmi mengejar Ruzain di hadapan.
“Penat lari bang…”
Suara ala-ala lelaki ayu sudah keluar, memerli Fahmi.
“Penat la. Siot
betul kau ni! Tadi main elak-elak jawab soalan. Ni main lari-lari pulak!” Fahmi
tercungap-cungap. Nak muntah pula dia rasa. Terasa muak lepas minum teh tarik,
kemudian tergesa-gesa berlari mengejar Fahmi.
“Padan muka kau!”
Itu yang dibalas oleh Ruzain.
“Tak guna! Apa
punya kawan macam gini ni!” Fahmi buat muka sedih minta simpati.
“Hahaha. Kau tak
payah nak buat muka kesian sangatlah dekat sini. Tak jalannya dengan aku.”
Ruzain tersenyum sinis.
“Yelah. Sapelah
aku.” Drama muka ‘seposen’ Fahmi masih keudara.
“Hahaha! Dah Dah!
Mi kau pergilah balik dulu. Aku nak masuk office
ni. Petang karang lepas aku habis kerja kita jumpa. Chow!” Ruzain menepuk bahu
Fahmi dan terus berlalu.
“Oi blah gitu aje?
Takda laga-laga pipi ke? Peluk cium ke? Hahaha!” Terangkat-angkat tangan Fahmi
bertanya.
Ruzain terus
berlalu tanpa berpaling memandang Fahmi. Sempat dia mengangkat genggaman
penumbuknya ke atas biar Fahmi nampak.
Berdekah-dekah
Fahmi ketawa. Kemudian dia pun turut bergerak ke keretanya.
Thursday, 11 April 2013
~ MR.L DALAM HATI 6~
BAB 6
Habis saja waktu kerjanya pada hari
itu, Haz pulang ke rumah. Dia berharap sangat tidak bertembung lagi dengan Mamat
Honda itu! Yalah termasuk semalam, sudah tiga hari berturut-turut dia
terserempak dengan lelaki itu. Entah apa punya malang nasibnya. Dan yang amat
pelik apa yang lelaki itu buat di sini? Sebelum ini tidak pernah pula dia
melihatnya.
Hari
Sabtu Haz hanya bekerja half day.
Selepas solat Zuhur Haz bersiap-siap untuk keluar bersama rakan-rakannya. Miza,
Shima dan Mira telah dihubungi semalam. Kebetulan kesemua mereka berada di
Teluk Intan. Bukan main gembira hati Haz apabila semua gang-nya pulang ke kampung halaman. Bukan selalu mereka dapat
peluang seperti ini.
Haz
yang sudah diiktiraf oleh Yani sebagai ketua kumpulan itu lantas mencapai
telefon bimbitnya untuk menghubungi rakan-rakanya. Saja untuk mengingatkan
temujanji mereka. Takut mereka terlupa. Maklumlah Shima dan Mira sudah berkeluarga,
banyak perkara yang perlu mereka lakukan. Nak mengharapkan Yani menghubungi
mereka memang tidak jadilah mereka keluar nampak gayanya. Berlagak mandor saja
lebih.
Tepat jam 2.15
petang, Miza tiba dengan kereta Viva comelnya.
Haz pergi
mendapatkan Miza. Mereka bersalaman, berpelukan. Macam setahun tidak berjumpa.
Padahal mereka boleh dikatakan kerap juga berjumpa kerana Miza pulang setiap
minggu.
“Weh jom la masuk
dulu. Panas ni. Shima dengan Mira tak sampai lagi.” Haz mengajak Maz duduk
melepak di dalam rumah sementara menunggu rakan-rakan yang lain.
“Ai makcik sorang
tu mana? Bukan dia yang beria ajak keluar ni?” Maz bertanyakan kepada Haz
tentang Yani.
“Emm… Makcik tu
entah apa dibuat tak siap-siap lagi. Aku dah panggil dia tadi. Nak pakai tudung
katanya.” Bibir Haz di muncungkan ke arah rumah Yani yang terletak bersebelahan
dengan rumahnya.
Sementara itu
kedengaran bunyi hon di luar rumah. Kelihatan Shima dan Mira sudah tiba dengan menaiki
satu kereta. Shima membawa kereta Gen-2nya.
“Shima! Lamanya
tak jumpa kau! Manyak linduuu…” Haz
meluru ke arah Shima. Terus mereka berpelukan. Kemudian diikuti giliran Mira
pula dipeluk. “Kau pun. Rindu gilerrr!!!”
Kemudian Miza pun
melakukan aksi yang sama. Begitulah keakraban mereka. Sudah seperti adik
beradik.
“Aku pun rindu
gila kat kau Wani, Miza.” Jawab Shima.
“Haah. Aku pun.”
Mira menyampuk.
“Assalamualaikum.”
Tiba-tiba muncul makcik sebelah rumah. Siapa lagi, Yanilah.
“Waalaikumussalam.”
Haz, Shima, Miza dan Mira menjawab serentak.
“Amboi. Terlepas flight ke?” Lambat sampai?” Sindir Mira
kepada Yani.
“Hehe. Aah flight terlepas. Terpaksa ambik tiket
lain.” Yani tersengih tak bersalah. Mereka bersalaman dan berpelukan.
“Dah. Dah. Jomlah
gerak sekarang. Aku dah lapor gila
ni. Makan pagi tadi je ni!” Haz memotong percakapan mereka sebelum berlarutan
lebih panjang.
Mereka sepakat
menaiki kereta Shima. Ngam-ngam mereka berlima. Kereta Shima besar sedikit.
Tidaklah berhimpit. Viva comel Maz diparkir di hadapan rumah Haz.
“Eh lupa pulak aku
nak tanya. Anak-anak kome mana? Tak
bawak sekali ke?” Haz yang duduk di sebelah kerusi pemandu bertanya kepada
Shima di sebelahnya dan Mira di belakang.
“Aku tinggalkan
dengan ayahnya. Elok pulak dia tegah tidur tadi.” Jawab Shima.
“Aah, aku pun
sama. Tinggalkan sekejap dengan papanya. Seronok tadi dia tengah main. Aku
keluar senyap-senyap.” Jawab Mira pula.
“Kalau dia orang
nangis macam mana?” Tanya Miza pula.
“Isy
pandai-pandailah laki aku melayannya. Ini hari girls day out! Dia pun kasi can dengan aku. Haha.” Shima sudah
tergelak sakan. Berlagak jadi anak dara seketika. Sama jugalah dengan Mira.
Macam-macam cerita
mereka bualkan sepanjang di dalam kereta. Lama tidak berjumpa katakan…
***
Mereka
memilih untuk makan di Oldtown White Coffee. Selesa sedikit. Sementara menanti
pesanan tiba mereka sambung bercerita itu dan ini.
“Babe. Apa story baru?” Tanya Shima kepada Yani.
“Aku
tak ada story barunya. Nak story baru kau tanya si Wani ni haaa.
Ada je story baru dia.” Jawab Yani.
“Haah.
Haah weh! Dengar sini aku nak cerita.” Begitu bersemangat Haz hendak bercerita
kepada kawan-kwannya. Melambai-lambai tangannya kepada rakan-rakannya supaya
mereka menumpukan perhatian kepadanya.
Semua
rakan-rakannya sudah duduk merapatkan diri antara satu sama lain. Tidak mahu
terlepas cerita yang bunyi macam menarik itu.
Haz
pun mula bercerita dari saat dia ditipu tayarnya pancit sehinggalah ke
peristiwa semalam. Dia bercerita bagaimana dia diketawakan oleh Mamat Honda
kerana terkial-kial membawa motor dengan berbaju kurung.
”Ek
ele. Apahal Mamat tu macam bagus sangat? Kau kenal dia ke?” Yani bertanya.
“Tau
takpe! Kau belum tengok lagi muka dia yang confident
bagus. Bapak berlagak. Hebat sangatlah tu tayang Honda City dia! Mana ada aku
kenal dia!” Haz melepaskan geram. Inilah masanya dia nak meluahkan semuanya. Selepas
ni kawan-kawannya sudah tiada di sini. Nak bercerita pun payah sebab
jarang-jarang mereka balik.
“La…
Ingatkan kau kenal. Takpe Wani. Kau jangan risau. Lepas ni kalau aku pakai
Honda, kau berlagak pulak dengan dia!” Yani menyedapkan hati Haz.
“Oh
kalau ye? Kalau? Maknanya tak confirm
lagila kau nak pakai Hondakan? Phui!”
Haz membalas kata-kata Yani.
“Haha! Betullah.
Aku bagi cadangan nak tolong kau ni.” Jawab Yani lagi.
“Kalu iya pun, dah
kenapa aku nak berlagak dengan harta orang pulak dah? Aku sekeh jugak kang
kepala kau tu!” Haz geram.
Yang
lain sudah ketawa sakan. Memang kalau Haz dan Yani berjumpa, ada saja yang
hendak di gaduhkan. Perkara kecil pun menjadi besar. Gaduh-gaduh manja
sebenarnya.
Sampai
sahaja makanan, mereka berhenti bercerita seketika. Memberi peluang kepada
perut yang minta diisi. Masing-masing fokus dengan makanan masing-masing. Laksa
Oldtown White Coffee memang menjadi pilihan Haz dan rakan-rakan. Tetapi oleh
kerana dia lapar nasi, maka dia memilih untuk memesan Hainanese Chicken Chop Rice. Air dia memilih Lime Yogurt Smoothie. Miza hanya memesan Curry Chicken Paratha kerana perutnya masih kenyang. Apabila
memesan menu berlainan, mereka turut sama-sama berkongsi dan bertukar-tukar
hidangan untuk merasa.
“Weh
tapi kan Mamat Honda tu ada bawak sorang kawan. Masa hari first aku jumpa tak ada pulak aku nampak kawan dia tu. Tapi esoknya
aku ada terlanggar dengan sorang Mamat ni dekat lif. Sekali tengok dia naik
kereta Mamat Honda tu. Terkezut aku!”
Haz tiba-tiba bersuara.
“Apa?
Kau terlanggar sorang Mamat?” Tanya Shima.
Haz
angguk.
“Depan lif?” Miza
pula bertanya.
Haz angguk lagi. “Masa
tu aku kelam kabut cari kunci dalam beg. Mamat tu pulak kelam kabut keluar dari
lif, tu terlanggar tu.” Jawab Haz.
“Ooo…” Kesemua
kawannya membulatkan mulut.
“Handsome tak weh?” Tanya Mira.
“Emm… Handsome la jugak. Suara sexy gitu.” Haz membalas sambil tersengih
gatal.
“Wow wee!!!” Shima
sudah tepuk-tepuk tangan.
“Kau ni kenapa
beria-ria benor tepuk-tepuk tangan
ni?” Yani menebak Shima.
“Hehe… Tak adalah.
Mana tau ada jodoh dengan si Wani ni. Hehe…” Shima sudah tersengih-sengih
tayang gigi.
“Adakah ini
cinta?” Jawab Miza sambil angkat-angkat kening. Nada suara sudah macam iklan TV.
“Kahkahkah!!!”
Ramai-ramai mereka ketawa mengusik Haz.
“Cinta hotak kau! Kau
ingat ini drama ke? Hahaha!” Haz pun turut sama ketawa.
“Eh tapi antara Mamat
suara sexy yang berlanggar dengan kau
tu, dengan Mamat Honda tu mana lagi handsome?”
Tanya Yani pula.
“Eee… pelisss… Kalau Mamat Honda tu handsome sekalipun, akan terpancar ketidakhensemannya buat dek perangai dia
yang menyakitkan hati tu! Babun!” Haz melepaskan geram lagi.
“Hahaha. Ye ye je
muke marahnya. Marah sungguh ni! Ketidakhenseman
ye. Mana kau belajar BM ni? Kau jangan, nanti benci-benci lama-lama sayang.”
Yani mengusik lagi.
“Sayang? Tak
payah! Kirim salam banyak-banyak dengan dia! Hahaha!” Haz ketawa lepas. Tidak dihiraukan
pelanggan lain yang memandang ke arahnya. Kawan-kwannya pun turut sama ketawa.
“Ehem!
Waalaikumussalam.” Tiba-tiba terdengar suara deheman dan jawapan salam yang
agak kuat di belakang tempat duduk Haz and
the gang duduk. Suara itu seolah-olah mahu menandingi suara gelak tawa
mereka berlima.
Kelima-lima mereka
menoleh ke belakang.
Terkejut bukan
main Haz apabila melihat Mamat Honda si pemilik suara sebentar tadi.
‘Dia dengar ke aku
kutuk-kutuk dia tadi?’ Haz berkata di dalam hati.
“Kau kenal ke
Wani?” Tanya Shima.
Haz berfikir
seketika. Lantas dia bingkas bangun.
Kawan-kawan lain terkejut
dengan reaksi Haz.
“Oi kau nak pergi
mana ni?” Yani bertanya.
“Okay! This is not kebetulan dah!” Wani bersuara geram.
“Amboi. Cakap
orang putih sampai haa… Apa hal kau ni? Apa yang bukan kebetulannya?” Yani
bersuara lagi.
Haz tidak
menghiraukan pertanyaan Yani. Dia terus keluar dari tempat duduknya dan menuju ke
arah mamat Honda.
Rakan-rakan yang
lain sudah tercengang. Dagu semua sudah jatuh ke lantai. Tidak pernah dibuat
Haz macam ini. Pergi serang orang. Lelaki pula tu!
“Assalamualaikum.”
Haz mengucapkan kepada mamat Honda dengan suara yang tegas. Nampaknya
sahabatnya si mamat suara sexy tidak
ada bersama.
“Waalaikumussalam.
Jemputlah duduk.” Penuh slumber mamat
Honda mempelawa Haz duduk dengan suara yang tenang.
“Aku datang sini
bukan nak duduk.” Haz menjawab
“Kalu macam tu
jemputlah berdiri.” Kata Mamat Honda itu lagi.
“Kurang asam punya
Mamat Honda!” Haz berkata dalam hati.
“Arghhh! Tension-nya aku!” Haz sudah memegang
kedua kepalanya. “Kau ni sapa hah? Kenapa masuk hari ni dah empat hari aku
asyik jumpa muka kau je? Cari pasal dengan aku je? Aku kenal kau ke? Ke kau
kenal aku? Aku ada hutang dengan kau ke?” Haz sudah menunjukkan tanda-tanda
mahu bertukar menjadi Incredible Hulk
tetapi masih dapat dikawal. Nafasnya saja turun naik menahan kemarahan.
“Weh weh. Apa kena
si Wani ni. Jom jom tengok.” Shima sudah bangun dari tempat duduknya untuk
mendapatkan Haz. Kawan-kawan yang lain turut sama bangun. Risau pula kalau
apa-apa buruk berlaku.
“Eh awak tak ada
apa-apa hutang dengan saya. Awak tak kenal saya. Dan saya pun tak kenal awak
sebenarnya. Tapi dalam empat hari ni rasanya semakin kenal la kut. Hehe.” Jawab
sentiasa main-main saja lelaki seorang ni. Memang menyakitkan hati.
“Dah tu, apesal ke
mana je aku pergi ada je muka kau? Kau ikut aku ke?” Haz main tembak saja. Mana
tau kena.
Sementara itu
kawan-kawan yang lain, sudah mula faham kedudukan sebenar. Mereka sudah dapat
mengagak Mamat itulah Mamat Honda yang diceritakan oleh Haz sebentar tadi.
“Mana ada saya
ikut awak. Kebetulan je. Eleh! Perasan!” Mamat Honda sengaja menambahkan bara
di hati Haz.
“Eee… Kau tau tak
aku tengah membara dengan kau sekarang ni? Oh bukan sekarang je. Dari hari kau
menipu aku kata tayar aku pancit lagi aku dah bengang dengan kau!” Haz
menyembur si Mamat Honda itu lagi.
“Tau…” Itu sahaja
yang dijawabnya.
“Itu je yang kau
jawab? Apa yang kau tau?” Haz menambah lagi.
“Taulah yang awak
bengang dengan saya.” Muka Mamat Honda masih tenang tiada perasaan.
“Ya Allah… Manusia
jenis apa kau ni? Tak ada perasaan langsung!” Haz sudah meletakkan kedua-dua
tapak tangannya ke atas meja dan mengahadap muka Mamat Honda. Garang
renungannya. Rasa macam hendak ditelan saja Mamat Honda itu.
“Err… Excuse me. Sorry ganggu perbincangan kau orang.” Tegur seorang lagi lelaki. Ya
sahabat kepada Mamat Honda.
“Perbincangan
apanya? Saya datang nak gaduh. Tak ada bincang-bincang dah!” Automatik kata
ganti diri bertukar kepada saya. Haz baru perasan inilah lelaki bersuara sexy itu. Nampak santai tetapi masih segak
dengan hanya memakai T-shirt berkolar dan seluar jeans.
Yani, Shima, Miza
dan Mira sudah bertukar-tukar mengalih pandangan antara Haz, Mamat suara sexy dan juga Mamat Honda. Apa
sebenar-benarnya yang berlaku pun mereka sudah pening memikirkannya.
“Wo wo! Sabar
awak. Jangan ikutkan perasaan. Sebelum tu saya kenalkan diri saya. Saya Ruzain.
Yang ni kawan saya. Orang yang awak bengang sangat ni namanya Fahmi. Err…
Awak?” Si Mr. Sexy Voice sudah memperkenalkan diri.
‘Ooo… Ruzain
namanya.’ Hati Haz menyebut semula nama lelaki itu.
“Perluke awak tahu
nama saya?” Balas Haz.
“Perlu. Sangat
perlu!” Balas Ruzain sambil tersenyum manis. Cair. Cair.
“Eh tak perlu kut.
Ni saya nak pesan dengan awak tolong nasihat dengan kawan awak ni, jangan asyik
nak cari pasal dengan saya. Jangan bagi saya Nampak lagi muka dia!” Haz menyampaikan
pesan berbaur amaran kepada Ruzain.
“Err… Sabar cik…”
Ruzain menghalakan ibu jarinya kepada Haz sebagai isyarat bertanyakan nama Haz.
“Wani!” Jawab
Shima tiba-tiba.
Kawan-kawan yang
lain sudah menoleh ke arah Shima. Haz sudah bagi jelingan maut. Punyalah dia
beria-ria merahsiakan namanya tadi, Shima sesedap hati saja bagi tahu pada
lelaki itu.
“Ah Cik Wani…”
Nama Wani meniti di bibir Ruzain.
“Tak payah
ber-cik-cik Ruzain. Panggil Wani je dah cukup.” Shima menyampuk lagi.
Haz berasa seperti
hendak cekik-cekik saja Shima pada saat itu. Mulut tak reti nak diam dengan
tiba-tiba.
“Oh… Sabar Wani.
Jangan ikutkan perasaan. Fahmi tak buat apa-apa yang melampau pun.” Ruzain
seperti membela kawannya.
“Tak melampau kata
awak?” Haz memprotes kata-kata Ruzain.
“Dia kacau saya
tengah-tengah jalan raya tau tak? Yang awak boleh biarkan aja duduk diam dekat
sebelah dia? Kalau apa-apa jadi, entah saya terjatuh ke apa ke sapa nak
bertanggungjawab? Cakap pulak nak menyakitkan hati orang je!” Haz meluahkan
ketidakpuasan hatinya terhadap Fahmi. Dengan-dengan Ruzain sekali terkena
penangannya.
Ruzain sudah
terkedu. Sedar silap sendiri. ‘Padan muka aku!’ Katanya di dalam hati.
“Err… Saya minta
maaf. Saya boleh terangkan semuanya.” Balas Ruzain.
“Apa yang awak nak
terangkan ni?” Jawab Haz pula.
“Haah! Apa dia?
Kita orang nak tau jugak!” Jawab Yani bagi pihak rakan-rakan yang lain. Dia sudah
berdiri di antara Shima dan Mira sambil memegang bahu mereka dengan kepala dipanjangkan
ke depan. Ketara sangat aksi menyibuknya.
‘Adoi semenjak
bila pulak kawan-kawan aku jadi macam gini ni? Dah lah pening dengan perangai
dua lelaki ni. Ni bertambah pening dengan perangai kawan-kawan aku!’ Haz
bermonolog.
“Cepatlah Ruzain.
Terangkan cepat! Kita orang nak dengar ni!” Mira pula mengambil alih untuk
bersuara. Tidak sabar-sabar saja lagaknya.
Haz sudah menepuk
dahi melihat kerenah rakan-rakannya. Macam mak nenek fikirnya. Kepoh! Rasa seperti
mahu melagakan kepala kawan-kawannya di antara satu sama lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)